Keberkesanan kaedah main peranan dalam penguasaan kemahiran bertutur subjek Bahasa Inggeris pelajar tingkatan 2 di sebuah sekolah di daerah Asajaya/Sadong Jaya
List of Authors
  • Abg. Ashmirul Abg. Abu Nawas , Aida Hanim A. Hamid

Keyword
  • keberkesanan, main peranan, role-play, bahasa inggeris, pendekatan komunikatif

Abstract
  • Kajian ini bertujuan mengenalpasti keberkesanan kaedah main peranan terhadap pencapaian pelajar dalam kemahiran bertutur Bahasa Inggeris. Kajian ini turut bertujuan mengenalpasti kesan kaedah main peranan terhadap motivasi pelajar untuk bertutur dalam Bahasa inggeris. Kajian ini menggunakan rekabentuk kuasi-eksperimen. Sampel kajian terdiri daripada 63 orang pelajar lelaki dan perempuan Tingkatan 2 yang dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan di salah sebuah sekolah di daerah Asajaya/Sadong Jaya. Pengumpulan data dilakukan melalui Ujian Bertutur Bahasa Inggeris pra dan pasca kajian, temubual pra dan pasca kajian dan borang pemerhatian. Markah Ujian Bertutur Bahasa Inggeris pra dan pasca kajian dianalisis secara diskriptif bagi mendapatkan min dan sisihan piawai seterusnya membuat perbandingan antara pra dan pasca kajian. Dapatan temubual dan borang pemerhatian pula dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian markah pelajar kumpulan eksperimental dan pelajar kumpulan kawalan. Selain itu, berdasarkan dapatan daripada temubual pasca kajian dan borang pemerhatian, didapati bahawa kaedah main peranan dapat meningkatkan motivasi murid-murid untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris. Melalui hasil kajian ini, guru-guru boleh mengaplikasikan kaedah main peranan untuk meningkatkan kemahiran bertutur dalam subjek bahasa.

Reference
  • 1. Nurul Ajlea, A. R., & Nooreiny, M. (2018). The Effect of Role Play and Simulation Approach on Enhancing ESP Oral Communication Skills. International Journal of Research in English Education 3(3), 64-71.

    2. Akmal. (2018). The Effect of Role-Play Method in English Speaking Skill. Journal of Science and Social Research, 1(1), 48-52. Retrieved from http://jurnal.goretanpena.com/ index.php/JSSR/article/view/99/61

    3. Ana, T., Mulyadi, & Novia, D. (2020). English Teacher's Perception Towards The Use of Role- Play in Teaching Speaking. English Empower, 5(2), 62-65. Retrieved from http://ejournal.unitaspalembang.ac.id/index.php/eejll/article/view/246/199

    4. Antonoyannakis, M. (2018). Impact Factors and the Central Limit Theorem: Why citation averages are scale dependent. Journal of Informetrics, 12(4), 1072-1088. Retrieved from https://doi.org/10.1016/j.joi.2018.08.011

    5. Azian, N. A., Siti, A. M., & Zaharah, O. (2021). Perkembangan Sosioemosi Kanak-Kanak Melalui Aktiviti Main Peranan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Peringkat PraSekolah. Jurnal Pendidikan Awal kanak-kanak Kebangsaan 10(2), 47-60.

    6. Chua, Y. P. (2006) Kaedah Penyelidikan. Serdang. McGraw-Hill.

    7. Dewa, A. S., I, W. A., & Retnyi, A. (2019). Penerapan Teknik Role Play dalam Meningkatkan Kompetensi Berbicara Bahasa Inggeris Siswa Kelas Sebelas Terhadap Keanekaragaman Personality Types di SMK Pariwisata Triatma Jaya Bandung. Litera Jurnal Bahasa dan Sastra 5(2), 46-57.

    8. Gustyawan, T. (2019). Bermain Peran (Role-Play) dalam Pemelajaran Keterampilan Berbicara Bagi Pelajar Bipa Tingkat Pemula. Art and Design Journal 2(2), 65-68. Retrieved from https://e-journal.umaha.ac.id/index.php/deskovi/article/view/515/407

    9. Isnaini, N. (2018). The Use of Role Play Technique to Improve Students' Speaking Ability at Grade X of Seniour High School. Journal of English Language and Language Teaching 2(1), 89-94. Retrieved from https://jurnal.ustjogja.ac.id/index.php/JELLT/ article/view/2716/1551

    10. Mohd, T. T., Nik, M. N., Nooranida, A., Normila, N., Raja, H. R., & Rahimah, E. (2019). Role Playing Techniques in Teaching Arabic Communication: A Case Study at University Sultan Zainal Abidin in Malaysia. International Journal of Academic Research in Business and Social Issues, 7(10), 309-318. Retrieved from https://www.researchgate.net/profile/Zaiton-Mustafa/publication/325120993_Role- Playing_Technique_in_Teaching_Arabic_Communication_A_Case_Study_at_Univer siti_Sultan_Zainal_Abidin_in_Malaysia/links/5b9744e392851c78c419fd51/Role- Playing-Technique-in-Teaching-Arabic-Communication-A-Case-Study-at-Universiti -Sultan-Zainal-Abidin-in-Malaysia.pdf

    11. Muhammad, S. (2021). Teaching Speaking Skills through Role Play at Elementary Level: An Analysis. Jurnal Arbitrer 8(1), 93-100. Retrieved from http://arbitrer.fib.unand.ac.id/ index.php/arbitrer/article/view/241

    12. Nur Anis Hidayah, M. N., & Abdul Malim, M. (2020) Role-Play in Teaching English as a Second Language in Early Childhood Education. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, Special Issue(9), 143-151. Retrieved from https://www.researchgate.net/profile/Abdul-Halim-Masnan/publication/347523206_ ROLE-PLAY_IN_TEACHING_ENGLISH_AS_SECOND_LANGUAGE_IN_ EARLY_CHILDHOOD_EDUCATION/links/5fe0d389a6fdccdcb8ef57c5/ROLE-PLAY-IN-TEACHING-ENGLISH-AS-SECOND-LANGUAGE-IN-EARLY-CHILDHOOD- EDUCATION.pdf

    13. Pentaksiran Tingkatan 3: Instructions to Speaking Examiners (To be Used from 2019) (2019) Revised Version.

    14. Mustaffa, M. S., & Ahmad, R. (2005). Pendekatan Temubual Sebagai Metod Kajian Kes: Suatu Persepsi di Kalangan Pelajar Perempuan Cemerlang terhadap Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. 3rd International Convention, 2-24.

    15. Sirisrimangkorn, L. (2012) The Effect of Drama-Based Role Play Structured by STAD on University Students’ Speaking Skill, Motivation and Self-Esteem.