Kertas konsep ini adalah bertujuan untuk melihat pengaruh pembelajaran profesional terhadap pengekalan guru. Pembelajaran profesional dilihat sebagai alat untuk membangunkan keupayaan guru dalam memenuhi tanggungjawab pengajaran dan seterusnya meningkatkan pembelajaran pelajar selain membentuk sikap guru yang lebih mampan dan holistik. Oleh yang demikian, pembelajaran profesioanl ini digunakan untuk melihat kepada perananya dalam mempengaruhi keputusan guru sebelum membuat keputusan seperti meninggalkan profesion. Ini kerana, saban tahun meningkatkan peningkatan persaraan awal dalam kalangan guru yang menunjukkan kepada satu trend yang membimbangkan. Oleh yang demikian, diharapkan kertas konsep ini dapat memberikan peluang dan ruang kepada dunia pendidikan untuk lebih memperhalusi pembelajaran profesional dalam dunia pendidikan berdasarkan kepentingan-kepentingannya disamping membentuk kepribadian guru yang positif terhadap dunia pendidikan.