Elemen didik hibur dalam buku teks matematik kurikulum standard sekolah rendah
List of Authors
  • Mohamad Rizwan Mohd Nor , Roslinda Rosli

Keyword
  • didik hibur, buku teks, matematik, Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Abstract
  • Didik hibur merupakan satu jenis pembelajaran yang berasaskan permainan, permainan digital atau gamifikasi. Dua dimensi penting yang perlu ada dalam didik hibur adalah unsur keseronokan dalam pembelajaran dan penggabung jalinan unsur pendidikan dalam hiburan. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kepelbagaian jenis aktiviti (kreativiti) pada elemen didik hibur dalam buku teks matematik KSSR. Reka bentuk kajian tinjauan dengan mempraktikkan kaedah analisis dokumen sebagai instrumen kajian telah diguna pakai oleh penyelidik. Buku teks matematik KSSR tahun 1 sehingga tahun 6 pula akan menjadi sampel utama kajian semasa proses pengumpulan data. Dapatan kajian menunjukkan sebanyak 49 aktiviti didik hibur mengikut kategori telah dikenal pasti dalam buku teks matematik KSSR tahun 1 sehingga tahun 6. Aktiviti-aktiviti tersebut telah dibahagikan mengikut kumpulan seperti aktiviti permainan, nyanyian, puisi (seni bahasa), kolaj (seni visual) dan kembara. Sebanyak 34 aktiviti berasaskan permainan antaranya permainan kad, dam ular, teka kata, tarsia, mengumpul cip dan teroka ria telah digunakan dalam buku teks matematik. Elemen didik hibur nyanyian pula sebanyak 8 aktiviti telah direkodkan yang kebanyakannya berada pada buku teks tahap 1 (tahun 1, 2 dan 3). Terdapat 4 elemen didik hibur berasaskan bahasa iaitu puisi yang melibatkan 3 pantun dan 1 sajak. Satu aktiviti kesenian telah di jadikan elemen didik hibur melibatkan aktiviti membuat kolaj. Selain daripada itu terdapat dua aktiviti kembara pada buku teks matematik tahun 4 dan tahun 6.

Reference
  • 1. Amin Senin. (2018). Melangkah Ke Hadapan, Gerak Kerja & Fokus Tumpuan KPPM 2018, Kementerian Pendidikan Malaysia.

    2. Aminudin Ahmad. (2017). Temu bual Bersama Aminudin Ahmad (Ditemu bual oleh Azhar Ahmad) Penerapan elemen ‘didik hibur’. Kosmo Online. Retrieved from http://www.kosmo.com.my/special/moe/penerapan-elemen-didik-hibur- 1.557676

    3. Aina, et al. (2021). Penerimaan Murid Tingkatan Satu Terhadap Pembelajaran Topik Operasi Asas Aritmetik Melibatkan Integer Menggunakan Permainan Damath. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 14, 51-59.

    4. Bessant, K. C. (1995). Factors Associated with Types of Mathematics Anxiety in College Students. Retrieved From https://www.researchgate.net/publication/325621246

    5. Chen, H. H., & Yuan, Y. H. (2021). The study of the relationships of teacher’s creative teaching, imagination, and principal’s visionary leadership. SAGE Open, 11(3).

    6. CMN Academy. (2019). Belajar Matematik Dengan Teknik ‘Fun Learning’ (Didik Hibur) Retrieved from https://cmnacademy.com/sesi-perkongsian-live-funtastic-math-swip-swap/

    7. Connie Cassy Ompok. (2021). Penggunaan Kaedah Permainan, Buku Nombor dan Lembaran Kerja dalam Pembelajaran Matematik Awal Kanak-kanak. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(10), 235-251. doi: 10.47405/mjssh. v6i10.1117.

    8. Farhana B., & Vijay K. (2019). The use of humour in teaching and learning in higher education classrooms: lecturers' perspectives. Journal of English for Academic Purposes, 40, pp. 15-25. ISSN 1475-1585

    9. Faridah Mohd Jamel, Mohd Norawi Ali & Nur Jahan Ahmad. (2019). The needs analysis in game-based STEM module development for KSSM science teachers. International Journal of Recent Technologu and Engineering, 8(3), 6622-6628.

    10. Franklin-Guy, Sherri, & Donna Schnorr. (2016). Student Engagement in Schools: Examination of a Construct for Effective Instructional and Educational Practices. The International Journal of Pedagogy and Curriculum, 23(4), 17-23. doi: 10.18848/ 2327-7963/CGP/v23i04/17-23

    11. Glasnovic Gracin, D. (2018). Requirements in mathematics textbooks: a five-dimensional analysis of textbook exercises and examples. International Journal of Mathematical Education in Science and Technology, 49(7), 1003-1024.

    12. Jamshed, S. (2014). Qualitative research method-interviewing and observation. Journal of Basic Clinical Pharmacy, 5(4), 87–88. doi:10.4103/0976-0105.141942

    13. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Matematik Tahun Enam. Kuala Lumpur, Malaysia: Kementerian Pendidikan Malaysia.

    14. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Laporan Tahunan 2016 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (PADU) Putrajaya. Malaysia.

    15. Kurikulum Standard Sekolah Rendah. (2018). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Matematik. Bahagian Pembangunan Kurikulum, Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

    16. Majlis Peperiksaan Malaysia. (1992). Laporan Keputusan Peperiksaan 1991. Kuala Lumpur: Majlis Peperiksaan Malaysia.

    17. Mazlan Ismail. (2016). Pengajaran Bahasa Melayu: didik hibur dan seni bahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka.

    18. Mohd Razak Mohd Nordin & Masitah Ahmad. (2015). Pendekatan Didik Hibur Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu: Tinjauan Terhadap Sikap Dan Minat Murid Orang Asli Di Negeri Perak. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 9, 100-120. http://www.ipgmipoh.edu.my/journal/index.php/dedikasi/article/view/33/30

    19. Mohd Zahar & Affero. (2016). Penerapan kaedah didik hibur terhadap motivasi belajar di kalangan murid di sebuah sekolah rendah daerah Kluang. In Seminar Pendidikan Johor.

    20. Ng S. G. (1983). Masalah Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Sekolah Menengah di Malaysia, dalam Berita Matematik (27), Julai, Kuala Lumpur, Kementerian Pendidikan Malaysia.

    21. Norlela Ahmad & Samsudin Othman. (2020). Penggunaan kaedah Didik Hibur dalam pengajaran kemahiran membaca guru Bahasa Melayu sekolah rendah. International Journal of Education and Training (InjET), 6(2), 1-11.

    22. Nur Aliah Izzaty, H., (2019). Penggunaan kaedah didik hibur untuk pembelajaran matematik dalam kalangan murid Sekolah Rendah Taman Sri Rampai/Nur Aliah Izzaty Hisamudin (Doctoral dissertation, University of Malaya).

    23. Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Belajar Cara Belajar. Kuala Lumpur, Malaysia: Kementerian Pendidikan Malaysia

    24. Quek Miow Leng. (2006). Pengaruh rakan sebaya dengan pencapaian matematik di kalangan pelajar tingkatan 4 di daerah Batu Pahat. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia.

    25. Ramlah Jantan & Mahani Razali. (2002). Psikologi Pendidikan-Pendekatan Kontemporari. Kuala Lumpur: UPSI.

    26. Reynolds, J. M. (2003). The role of mathematics anxiety in mathematical motivation: a path analysis of the cane model. In https://www.researchgate.net/publication/325621246_ Mathematics_Anxiety_Perceive d Mathematics_Self

    27. Rosnee Ahad, Mohamad Zaid Mustafa, Salina Supiyan & Abdul Rassid Abdul Razzaq. (2018). Keberkesanan Penggunaan Petak Sifir dalam Penguasaan Fakta Asas Darab dalam Matematik tahun 2. Online Journal for TVET Practitioners.

    28. Sabri Ahmad, Tengku Zawawi Tengku Zainal & Aziz Omar. (2006). Isu isu dalam Pendidikan matematik. Kuala Lumpur: Penerbit Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd

    29. Shaffe Mohd Daud, Ramli Basri, Roselan Baki, Sahandri Ghani Hamzah & Mokhtar Nawawi. (2011). Pengaruh Amalan Jenaka Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Murid. Asia Pacific Journal of Educators and Education, 26(1), 125-144, 2011.

    30. Sii Kiong Ming & Mohd Razimi Husin. (2019). The Implementation of Humorous Practices in the Teaching and Learning of Malay Language Literature Component. International Journal of Academic Research in Progressive Education and Development, 8(4), 1063-1073.

    31. Tuah Ishak & Mohini Mohamed. (2010). Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI): Suatu Isu Berulang. Jurnal Teknologi, 53(1), 53-60. doi:10.11113/jt.v53.11

    32. Zanariah Wahab & Zambri Mahamod. (2017). Pengetahuan, kemahiran pelaksanaan dan sikap guru Bahasa Melayu sekolah rendah terhadap pendekatan Didik Hibur. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. (Tidak Diterbitkan). Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

    33. Zhu, Y. & Fan, L. (2006). Focus on the representation of problem types in intended curriculum: A comparison of selected mathematics textbooks from Mainland China and the United States. International Journal of Science and Mathematics Education, 4(4), 609-626.

    34. Zorica, M. B. (2014). Edutainment atthe higher education as an element for the learning success. Proceedings of EDULEARN14 Conference, 7th-9thJuly 2014, 4089-4098.