Kandungan mesej twitter oleh ketua parti politik semasa pilihan raya negeri Sarawak 2016
List of Authors
  • Mohd Zuwairi Mat Saad , Normah Mustaffa

Keyword
  • Media sosial, Twitter, mesej, politik, pilihan raya

Abstract
  • Twitter merupakan micro blogging dan media sosial yang semakin mendapat perhatian pesat dengan jumlah pengguna yang semakin meningkat saban tahun. Perkhidmatan fleksibel yang disediakan oleh Twitter telah menukar cara bagaimana khalayak bertukar-tukar informasi dan berkongsi maklumat antara satu sama lain. Pengguna boleh berkongsi maklumat terkini melalui status pendek atau ‘tweet’ bersama pengguna lain yang terdiri daripada rakan mereka secara atas talian. Ia juga mengubah bagaimana pengguna mendokumentasikan kehidupan mereka, hubungan interaksi, dan jaringan persahabatan. Pengguna Twitter terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk ahli politik dalam menyampaikan maklumat. Penggunaan Twitter juga dapat mempengaruhi khalayak melalui mesej-mesej yang berbentuk status. Kajian ini memfokuskan jenis kategori kandungan mesej Twitter dan trend oleh ketua parti politik yang melibatkan pihak kerajaan iaitu Dato Sri Najib Tun Abdul Razak dan pembangkang Dato Sri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam arena politik Malaysia. Analisis isi kandungan telah dilakukan terhadap 216 status yang telah dikemas kini sepanjang 12 hari tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri Sarawak. Pemilihan akaun Twitter Dato Sri Najib Tun Razak dan Dato Sri Dr. Wan Azizah Wan Ismail adalah disebabkan oleh mereka merupakan ketua kepada parti masing-masing. Kedua-dua ahli politik ini juga berada di Sarawak semasa tempoh berkempen. Kajian mendapati bahawa ketua ahli politik menumpukan kepada kategori mesej informasi sepanjang tempoh berkempen berbanding kategori lain. Walau bagaimanapun, trend kemas kini status ketua ahli politik tidak konsisten dalam tempoh tersebut. Dalam sepuluh hari pertama berkempen, peratusan mengemas kini status menunjukkan peningkatan. Manakala bagi tiga hari sebelum hari pembuangan undi, nilai peratusan mengalami penurunan. Peratusan tertinggi kemas kini status pada hari kedua kempen disebabkan oleh ketua ahli politik kerajaan mengemas kini status Twitter mengenai Laporan Tahunan Program Transformasi Negara 2015. Manakala nilai peratusan terendah adalah pada hari pertama aktiviti kempen dijalankan.

Reference