Bengkel Menjawab Soalan Peperiksaan Akhir: Keberkesanannya Terhadap Kursus Makroekonomi di Institusi Pendidikan TVET
List of Authors
  • Faezah Kamisan

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Pensyarah di institusi pengajian tinggi (IPT) memainkan peranan penting dalam membangunkan individu yang berpendidikan tinggi. Mereka seharusnya berusaha secara aktif untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, menggunakan pelbagai pendekatan, strategi, kaedah dan teknik untuk meningkatkan pemahaman pelajar. Faktor-faktor ini boleh memberi kesan ketara kepada pencapaian akademik pelajar di IPT, khususnya dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Walau bagaimanapun, jabatan akademik sering bimbang tentang kefahaman rendah pelajar terhadap kursus teras seperti Makroekonomi, yang telah menyebabkan kemerosotan prestasi akademik dan peningkatan dalam bilangan pelajar yang mengulang kursus ini. Oleh itu, satu kajian telah dijalankan untuk mengumpul maklum balas pelajar tentang keberkesanan bengkel yang direka untuk membantu penyediaan peperiksaan akhir bagi kursus Makroekonomi dan menilai keberkesanan bengkel sebagai kaedah pengajaran. Kajian ini melibatkan 54 orang pelajar semester dua yang mengambil kursus Makroekonomi di Jabatan Perdagangan, Politeknik Muadzam Shah. Borang soalselidik maklumbalas, sebelum dan selepas bengkel digunakan sebagai alat pengumpulan data manakala analisis deskriptif digunakan untuk menjawab persoalan kajian. Dapatan menunjukkan peningkatan dalam pencapaian akademik pelajar setelah bengkel dilaksanakan, serta penurunan jumlah pelajar yang mengulang. Cadangan kajian lanjutan boleh dilaksanakan dengan melibatkan pelajar daripada semua politeknik di Malaysia yang mengambil kursus Makroekonomi.


Reference
  • No Data Recorded