Keberkesanan aplikasi mobil premis makanan halal di Kuching, Sarawak
List of Authors
  • Abang Feizal Abang Ibrahim , Ismariani Ismail

Keyword
  • Makanan; Halal; Premis Makanan; Sarawak; Aplikasi Mobil

Abstract
  • Kuching merupakan ibu negeri dan bandaraya terbesar di Sarawak dan ini adalah salah satu bandaraya yang menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Para pelancong bukan sahaja ingin melihat keindahan alam semulajadi akan tetapi pelancong juga boleh menjiwai budaya, sejarah dan makanan istimewa yang ada di Sarawak. Pelancong atau penduduk tempatan yang ingin mencari pelbagai jenis premis makanan akan menemui tempat baru yang tidak mereka kenali. Disebabkan kekangan pengetahuan atau pun tidak mahu keluar daripada rutin biasa, penduduk tempatan cenderung untuk mengunjungi premis makanan yang sama berulang kali kerana risau tentang status halal pada sesebuah premis makanan tersebut. Oleh itu, bagi menyelesaikan masalah ini, satu aplikasi mobil dibangunkan bagi membantu penduduk tempatan dan para pelancong untuk mencari premis makanan berstatus halal di Kuching, Sarawak. Empat kategori premis makanan yang disenaraikan iaitu, Premis dengan Sijil Halal JAKIM, Premis Muslim Tanpa Sijil Halal, Gerai Muslim di dalam Premis Bukan Islam dan Premis Makanan Bukan Islam. Bagi pemilik perniagaan, aplikasi mobil ini dapat membantu mereka mengiklankan kedai mereka pada kadar yang sangat berpatutan. Selain itu, aplikasi mobil ini akan dihubung terus ke aplikasi Waze untuk mencari lokasi premis makanan disukai yang dipilih oleh penduduk tempatan dan pelancong. Bagi pelancong pula, pencarian premis makanan itu mungkin membawa mereka ke beberapa tempat pelancongan dan lokasi yang mungkin tidak disenaraikan dalam mana-mana risalah. Hasil kajian ini adalah, satu aplikasi mudah alih dibangunkan yang memberi penekanan kepada premis makanan halal supaya memudahkan penduduk tempatan dan khususnya kepada para pelancong untuk memilih premis makanan yang mereka kehendaki. Kesimpulannya, aplikasi mobil ini amat sesuai digunakan dalam industri pelancongan di Kuching bahkan boleh diperluaskan lagi penggunaannya diseluruh bahagian di Sarawak.

Reference
  • 1. Ambali, A. and Bakar, A. (2012). People’s Awareness on Halal Foods and Products: Potential Issues for Policy-Makers, ScienceDirect, 3.

    2. Georey, G.P. (2005). Two-sided network effects: A theory of information product design. Management Science, Vol. 51(No. 10): Pages 1494-1504.

    3. Ibrahim, A.F.A. and Ismail, I. (2015). Profiling Pengusaha Premis Makanan Di Bandaraya Kuching: Satu Kajian ‘Pilot’. In: Konferensi Antarabangsa Islam Borneo VIII (KAIB VIII) , 2-3 September 2015, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei Darussalam.

    4. Ismail, I., et al. (2016). Pembangunan Pembelajaran Aplikasi Mobil untuk Bahasa Jawi. In: Konferensi Antarabangsa Islam Borneo XI, 6 September 2016, Universitas Lambung Mangkurat, Banjarmasin Indonesia.

    5. Shapiro, C. and Hal R.V. (1998). Information Rules: A Strategic Guide to the Network Economy. Harvard Business School Press, November 1998.