Pemikiran Umar, M. S. dalam tafsir Nur al-Ihsan: Satu penilaian terhadap ayat-ayat sifat
List of Authors
  • Mohd Sholeh Sheh Yusuff , Muhamad Zahir Othman

Keyword
  • Umar, M. S., pemikiran, ayat-ayat sifat, kajian teks, penilaian, Tafsir Nur al-Ihsan

Abstract
  • Para Sarjana Islam di Nusantara khususnya Malaysia, Indonesia dan Selatan Thailand telah bergiat cergas dalam menghasilkan karya dalam pelbagai bidang pengajian Islam. Bidang-bidang tersebut seperti fiqah, akidah, tasawuf, hadith dan tafsir al-Quran. Salah satu karya yang ditulis dalam bidang tafsir al-Quran tersebut ialah Tafsir Nur al-Ihsan yang dihasilkan oleh Umar, M. S. Karya dalam bidang tafsir al-Quran ini menjadi bahan bacaan serta rujukan masyarakat secara meluas dalam memahami isi kandungan al-Quran. Kehebatan ulama Nusantara ini tergambar dalam Tafsir Nur al-Ihsan yang mana terdapat banyak fakta ilmiah termuat di dalamnya seperti perbincangan mengenai sebab turun ayat-ayat al-Quran, kisah-kisah umat terdahulu, kelebihan surah dan ayat-ayat al-Quran, serta perbahasan mengenai ayat-ayat sifat. Namun, fakta-fakta seperti yang dinyatakan itu sebahagiannya tidak dikaji dan dirungkai secara terperinci oleh para pengkaji. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji dan mengenal pasti salah satu fakta ilmiah dalam Tafsir Nur al-Ihsan iaitu pegangan dan pemikiran Umar, M. S. tentang ayat-ayat sifat. Dalam menjalankan penyelidikan ini pengkaji mengaplikasi kaedah analisis kandungan dan kajian kepustakaan bagi menganalisis dan mendedahkan hal tersebut. Diharapkan setelah kajian ini selesai dijalankan ia dapat memberi pengetahuan baharu kepada masyarakat tentang kandungan Tafsir Nur al-Ihsan di samping dapat memartabatkan karya ini setanding karya-karya muktabar yang lain.

Reference
  • 1. ‘Itr, N. D. (1996). ‘Ulum al-Qur’an al-Karim. Dimashq: Dar al-Subl.

    2. Al-Ghazali, A. H. M. (n.d). al-Mustafa min ‘Ilm al-Usul. Beirut: Dar al-Arqam bin Abi al-Arqam.

    3. Al-Hasani, A. A. K. (1996). Al-Jawharah fi Sharh al-Jawharah. Dimashq: Silsilat al-Qadaya al-I’tiqadiyyah.

    4. al-Nabhan, M. F. (2005). al-Madkhal ila ‘Ulum al-Qur’an al-Karim. Halab: Dar ‘Alim al-Qur’an al-Karim.

    5. al-Nasafi, A. B. A. (1999) Tafsir al-Nasafi, Madarik al-Tanzil wa Haqaiq al-Ta’wil. Bayrut: Dar Ibn Kathir.

    6. Al-Sya’rawi, M. M. (1991). Tafsir al-Sya’rawi. Mesir: al-Azhar Islamic Research Academy, General Department.

    7. Mohd Sholeh, S. Y., et. al. (2021a). Penilaian Semula Sabab Nuzul Āyah dalam Tafsir Tarjuman Al-Mustafid Berdasarkan Pendekatan Genetik: Tumpuan Kajian Terhadap Surah Al-Baqarah, Jurnal Dunia Pendidikan, Vol. 3, No. 4, 285-292, 2021.

    8. Mohd Sholeh, S. Y., et. al. (2021b). Kritikan Terhadap Teks Karya Ma’alim al-Tanzil oleh Muhammad al-Husayn Al-Baghawi Dalam Tafsir Nur al-Ihsan, International Journal of Advanced Research in Islamic and Humanities, Vol. 3, No.4, 1-7, 2021.

    9. Taib, M. I. (2003). Israiliyyat Dalam Tafsir: Kajian Terhadap Kitab Nur al-Ihsan, Karya Haji Muhammad Said bin Umar. Disertasi Sarjana Pengajian Islam, Universiti Malaya.

    10. Umar, M. S. (1391H/1970M). Tafsir Nur al-Ihsan. Fatani: Matba’ah Bin Halabi.

    11. Wan Nasyrudin, W. A. (2008) “Tafsir Tarjuman al-Mustafid: Kajian Intertekstualiti”. Tesis Dr. Fal. Universiti Malaya.

    12. Yusuff, M. S. (2020). Bacaan Intertekstual Terhadap Tafsir Nur al-Ihsan: Kajian Menurut Kaedah Ekspansi, Jurnal Dunia Pengurusan, Vol. 2, No. 2, 1-11, 2020.

    13. Zaim, M. N. (2010). Kajian Takhrij Hadith Dalam Tafsir Nur Al-Ihsan.Disertasi Sarjana Sastera, Universiti Sains Malaysia.