Impak persekitaran maklumat terhadap kepuasan komunikasi sektor awam
List of Authors
  • Maizatul Haizan Mahbob , Wan Idros Wan Sulaiman

Keyword
  • Impak persekitaran, pengurusan maklumat, kepuasan komunikasi, sektor awam, Malaysia

Abstract
  • Sektor awam penting dalam merancang, membentuk dan melaksanakan pelbagai program pembangunan demi memperkukuhkan sistem pentadbiran dan pengurusan negara. Justeru, kerajaan sentiasa melakukan pemantauan yang serius dengan pelbagai kaedah pengurusan maklumat terhadap bidang tugas kakitangan awam, corak hubungan majikan dengan pekerja dan tugas serta tanggung jawab yang diberikan supaya perancangan dan pelaksanaan kerja dapat dilaksanakan dengan sempurna seterusnya membantu kerajaan mencapai matlamat yang diingini. Sehubungan dengan itu, pengurusan komunikasi yang baik di dalam organisasi adalah amat penting agar dapat menjana kepuasan komunikasi terhadap keseluruhan kakitangan dalam organisasi yang dipercayai sebagai pemangkin kepada kepuasan individu terhadap pelbagai aspek komunikasi yang berkaitan dalam pengurusan dan pentadbiran organisasi. Oleh yang demikian, objektif utama kajian memfokuskan kepada hubungan di antara pengurusan maklumat dengan kepuasan komunikasi. Kajian tertumpu kepada organisasi sektor awam dalam konteks pengurusan maklumat yang berasaskan kepada Teori Maklumat Organisasi Weick (1979). Kaedah kajian yang digunakan ialah Kaedah Survei yang melibatkan 420 kakitangan awam kumpulan sokongan di lima buah kementerian di Putrajaya sebagai responden kajian. Persampelan rawak mudah diaplikasikan dan soal selidik dijalankan dengan kaedah bersemuka dan mengandungi 4 bahagian iaitu Bahagian A merangkumi soalan berdasarkan profil responden, Bahagian B memfokuskan kepada aspek-aspek utama Pengurusan Maklumat iaitu persekitaran maklumat, ketidakjelasan maklumat dan kitaran komunikasi. Manakala, Bahagian C menumpukan kepada kepuasan komunikasi. Pengukuran pembolehubah berdasarkan Skala Likert dan dianalisis dengan menggunakan SPSS (Statistical Package for Social Sciences) Versi 17 dan AMOS (Analysis Moment of Structure) Versi 21. Dapatan kajian mendapati bahawa wujud hubungan yang signifikan di antara kesemua aspek pengurusan maklumat dengan kepuasan komunikasi dalam kalangan kakitangan sokongan. Dalam konteks ini, dapatan kajian mendapati bahawa aspek kitaran komunikasi dilihat lebih banyak menyumbang kepada kepuasan komunikasi iaitu sebanyak 90% diikuti dengan aspek ketidakjelasan maklumat (28%) dan aspek persekitaran maklumat (25%). Sementara itu, bagi faktor penyederhana seperti umur dan pengalaman bekerja, dapatan kajian menunjukkan bahawa wujud kesan hubungan yang signifikan di antara pengurusan maklumat dengan kepuasan komunikasi. Diharapkan dengan maklumat yang diperolehi daripada hasil kajian ini, amalan yang signifikan pengurusan maklumat yang lebih cekap dapat dilaksanakan secara berterusan untuk mempertingkatkan kepuasan komunikasi dalam sektor awam. Selain daripada itu, kajian ini diharapkan dapat dijadikan sebagai garis panduan untuk kajian akan datang

Reference
  • 1. Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2003). Komunikasi di tempat kerja. Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
    2. Ab. Samad Kechot. (2013). Peranan pengurus sebagai penyebar maklumat: Kes Istana Budaya, Kuala Lumpur. Malaysia Journal of Society and Space, 9(1),79-88.
    3. Birkner,R.M. & Birkner, L.R. (2001). Overcoming roadblocks to effective learning and communication. Occupational Hazards, 63(4),12-13.
    4. Bordia, P., Hunt, E., Paulsen, N., Tourish, D., & DiFonzo, N. (2001). Communication and uncertainty during the organizational change: It’s all about control. Paper presented at the International Communication Association, Washington DC, United States of America.
    5. Byers, P.H. (2006). Organizational communication : Theory and behavior.(5th edition). Boston : Allyn and Bacon.
    6. Campling, J., Poole, D., Wiesner, R & Schermerhorn, J.R. (2006) Management (2nd Asia-Pacific Edition). Australia : John Wiley & Sons.
    7. Che Su Mustafa. (2004). Keberkesanan komunikasi organisasi: Satu analisis multidemensi. IJMS, 11(2), 91-122.
    8. Choo, C. W. (2002). Information management for the intelligent organization: The art of scanning the environment. 3rd ed. United States of Amerika : Information Today, Inc.
    9. Ciulla, J.B. (2004). The working life: The promise and betrayal of modern work.(2nd edition). New York : Three Rivers Press.
    10. Delahaye, B. (2011). Human resource development. Managing learning and knowledge capital. Australia : Tilde University Press.
    11. Downs, C., & Hazen, M. (1977). A factor-analytic study of communication satisfaction. Journal of Business Communication, 14(3), 63-74.
    12. Dutta, M.J. (2008). Communicating health: A culture-centered approach. London : Polity Press.
    13. Goldhaber, G.M. (2009). Communication in organization. (7 th edition). Iowa: WM.C. Brown Publishers.
    14. Hinton, M. (2006). Introducing information management: The business approach. Jordan Hill Oxford: Elsevier Butterworth-Heinemann.
    15. Ismail Sualman. (2000). Kesan komunikasi ketua-subordinat ke atas personaliti, motivasi kerja dan kepuasan kerja. Latihan Ilmiah, UKM.
    16. Johlke, M.C. & Duhan, D.F. (2000). Supervisor communication practices and service employee job outcomes. Journal of Service Research, 3(2), 154-165.
    17. King, W., Lahiff, J., & Hatfield, J. (1988). A discrepancy theory of the relationship between communication and job satisfaction. Communication Research Reports, 5, 36-43.
    18. Kramer, M.W., & Hess, J.A. (2002). Communication rules for the display of the emotions in organizational setting. Management Communication Quarterly. 14, 50-89.
    19. Kuczmarski, S.S. & Thomas, D. (2003). Values-based leadership. Rebuilding employee commitment, performance and productivity. New Jersey : Prentice Hall.
    20. Littlejohn, S.W., & Foss, K.A. (2005). Theories of human communication. (8th edition). Canada : Thomson Wadsworth.
    21. McDonald, T. (2000). Plain and simple. Successful meetings, 49(5), 32.
    22. Muhammad Rais Karim.(2000). Cabaran pembaharuan pentadbiran sektor awam menjelang abad ke 21. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Kebangsaan Pembaharuan Perkhidmatan Awam di Malaysia. UKM.
    23. Nik Hasnaa Nik Mahmood. (1994). Kesan komunikasi ketua-pekerja ke atas kepuasan kerja dan iltizam pekerja kepada organisasi: Tinjauan di sebuah kilang elektronik di Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. Latihan Ilmiah, UKM.
    24. Putnam, L., & Sorenson, R. (1982). Equivocal messages in organizations. Human Communication Research 8, 114-132.
    25. Putti, J.M., Aryee, S., & Phua, J. (1990). Communication relationship satisfaction and organizational commitment. Group and Organization Studies, 15, 44-52.
    26. Razali Mat Zin. (1999). Organizational climate and communication climate as predictors of commitment to the organization: A case study. Malaysia Management Review, 31(4), 24- 35.
    27. Ridder, J.A. (2004). Organizational communication and supportive employees. Human Resource Management Journal, 14, 20-30.
    28. Samsuddin A. Rahim. (2003). Komunikasi asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Seiler, W.J. (2002). Communication: foundations, skills and applications. (5th edition). United States of America: Harper Collins.
    29. Thili, M. & Bovee, M.K. (1981). The inter relationship between organizational communication, organizational climate and job satisfaction in a local government agency. Englewood Cliffs : Prentice Hall.
    30. Tushmann, M. L & Nadler, D. A. (1978). Information processing as an intergrating concept in organizational design. Academy of Management. 1, 613-624.
    31. Vardi, Y. (2001). The effect of organizational and ethical climates on misconduct at work. Journal of Business Ethics, 29, 325-327.
    32. Weiss, W. H. (1985). Communication: key to successful supervision. The Wall Street Journal, 19, 237-245.
    33. West, R., & Turner, L. (2000). Introducing communication theory: Analysis and application. Mountain View : Mayfield Publishing Co.
    34. Wheeless, B., Wheeless, L., & Howard, R. (1983). An analysis of the contribution of participative decision making and communication with supervisor as predictors of job satisfaction. Research in Higher Education, 18, 145-160.
    35. White, A. (2005). The essential guide to developing your staff. London : Piatkus.
    36. Zalabak, P.S. (2002). Fundamentals of organizational communication: Knowledge, sensitivity, skills and values. Boston : Allyn & Bacon.