Kajian ini dilakukan untuk menguji penggunaan sistem perakaunan berkomputer di kalangan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di sekitar bandar Kota Bharu, Kelantan. Penggunaan sistem ini merangkumi kemampuan, kemahiran dan pengetahuan di kalangan usahawan PKS tersebut. Bagi memenuhi objektif kajian, penggunaan borang soal selidik sebagai instrumen dan kaedah kuantitaif dipilih sebagai reka bentuk kajian. Hasil kajian dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif dan perisian SPSS (Statistical Package for the Social Sciences) bagi memudahkan penganalisaan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa usahawan PKS berada pada tahap sederhana di dalam penggunaan sistem perakaunan berkomputer ini. Diharapkan pendedahan dari masa ke semasa mengenai kebaikan penggunaan sistem perakaunan berkomputer oleh pihak-pihak berwajib dan ini akan memberi kesedaran kepada usahawan PKS secara khasnya.