Gender dan ruang pekerjaan: persepsi pegawai rendah polis terhadap kepimpinan pegawai kanan polis wanita
List of Authors
  • Azlina Talib , Nur Hafizah Yusoff

Keyword
  • Gender, kepimpinan, organisasi, pekerjaan, sosiologi, wanita

Abstract
  • Gaya kepimpinan merupakan suatu keperluan dalam membina kekuatan organisasi terutama dalam memimpin komitmen pekerja ke arah menuju dan mencapai matlamat yang ingin dicapai bersama. Gaya kepimpinan yang berkesan merupakan nadi dalam organisasi untuk mencapai sesuatu matlamat organisasi sekaligus meningkatkan komitmen pekerja terhadap organisasi. Kajian ini memberi tumpuan kepada pemimpin polis wanita dengan kualiti feminine mereka yang semulajadi, boleh bertindak sebagai agen perubahan dalam mengurangkan isu-isu, konflik dan masalah yang berkaitan kemasyarakatan dan negara. Pendekatan kuantitatif dengan menggunakan kaedah soal selidik telah digunakan dan seramai 221 responden kajian terdiri daripada pegawai rendah polis IPD Putrajaya telah dipilih sebagai responden kajian. Data dianalisis dan dipserembahkan secara statistik deskripsi dan statistik inferensi. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat empat dimensi gaya kepimpinan dalam pegawai kanan polis di IPD Putrajaya yang menjadi teras keberkesanan dan kejayaan sesebuah organisasi. Kajian ini juga menunjukkan keempat-empat dimensi tersebut iaitu dimensi gaya kepimpinan demokratik, gaya transformasi, gaya laszie-faire dan gaya autokratik adalah penting dan perlu diseimbangkan bagi mencapai kejayaan sesebuah organisasi. Walau bagaimanapun, rata-rata responden bersetuju bahawa pegawai kanan polis wanita di IPD Putrajaya lebih cenderung ke arah gaya kepimpinan transformasi. Justeru itu, melalui kepimpinan transformasi ini diharapkan ianya dapat membawa Polis Diraja Malaysia ke tahap pengurusan kepolisan bertaraf dunia.

Reference
  • 1. Abdul Aziz Hj Awang Darus. (2015). Kualiti kepimpinan dalam kalangan pegawai kanan polis wanita [Tesis PhD, Universiti Putra Malaysia].
    2. Alghazo, A. M. & Al-Anazi. M. (2016). The Impact of leadership style on employee’s motivation. International Journal of Economics and Business Administration, 2(5), 37-44.
    3. Bahtia, N., & Bahtia, S. (2021). Changes in gender stereotypes over time: a computational analysis. Psychology Women Quartile, 45, 106-125. https://doi.org/10.1177/0361684320977178
    4. Banks-Hail, R. (2017). Exploration of leadership skills for organizational strategy execution [Doctoral dissertation, Walden University]. Scholar Works https://scholarworks.waldenu.edu/dissertations/4035/
    5. Bass, B.M. (1998). Transformational leadership: Industrial, Military and educational impact. Lawrence-Erlbaum, Mahway, NJ.
    6. Burke, R. J., & Mikkelsen, A. (2005). Gender issue on policing: do they do matter?. Women in Management Review, 20(2), 133-143. http://dx.doi.org/10.1108/09649420510584463
    7. Christier, J. C. (2013). Womanhooad is not easy as it seems: feminity requires both achievement and restraint. Psychology Men Masculanity, 14, 117-120. http://dx.doi.org/10.1037/a0031005
    8. DuBin, R. (1958). The world of work. Routledge.
    9. DuBrin, A. J. (2013). Leadership: Research findings, practice and skills. South-Western.
    10. Ejere, E. I., & Abasilim, U. D. (2013). Impact of transactional and transformational leadership styles on organisational performance: empirical evidence from Nigeria. The Journal of Commerce, 5(1), 30-41.
    11. Fein E. C, Tziner, A., & Vasiliu, C. (2010). Age cohort effects, gender and Romanian leadership preferences. Journal of Management Development, 29(4), 364-376. http://dx.doi.org/10.1108/02621711011039169
    12. Harb, B., Hachem, B., & Hamdan, H. (2020). ‘Public servants’ perception of leadership style and its impact on organizational commitment. Problems and Perspectives in Management, 18(4), 319-333. http://dx.doi.org/10.21511/ppm.18(4).2020.26
    13. Hasibuan, M. S. P. (2017). Manajeman sumber daya manusia (Edisi Revisi). Bumi Aksara.
    14. Keddie, A. (2019). Gender equality reform and police organizations: A social justice approach. Gender, Work & Organization, 30(3), 810-825. https://doi.org/10.1111/gwao.12918
    15. Liezelle, K. (2021). Perceptions and lived realities of women police officers in UN Peace Operations. International Peace Journal, 2, 1-12.
    16. Martinez, A. (2010). Policewomen: College student’s perceptions of women in policing [Phd dissertation, University of North Dakota]. https://commons.und.edu/theses/3284.
    17. Mulugeta, A., & Hailermariam, E. (2018). Employees’ perception towards leadership style and organizational commitment in public organizations. International Journal of Scientific and Research Publications, 8(6), 354-362. http://dx.doi.org/10.29322/IJSRP.8.6.2018.p7845
    18. Na Fu, TongYue, Z., Xiaodan, N., & Min, L. (2021). Research on the influence of leadership style on employee innovation behavior in agricultural science and technology enterprises. Journal on Agriculture, 9, 128-135. http://dx.doi.org/10.1051/e3sconf/202123501020
    19. Northouse, P. G. (2017). Leadership: Theory and practice. SAGE Publication.
    20. Obasan, K. A, & . Banjo, K. A. (2016). Test of the impact of leadership styles on employee performance: A study of department of petroleum resources. International Journal of Management Sciences, 2(3), 149-160.
    21. Yulk, G. (1998). Leadership in organization. Prentice-Hall.