Kontras penyuaraan bunyi plosif awal kata oleh kanak-kanak melayu: satu penelitian awal
List of Authors
  • Badrulzaman Abdul Hamid , Shahidi, A. H.

Keyword
  • Kontras penyuaraan bunyi, plosif, awal kata, kanak-kanak, melayu

Abstract
  • Masa Mula Suara (Voice Onset Time-VOT) merupakan penanda akustik yang paling terserlah untuk melihat beza penyuaraan pada bunyi plosif pada kedudukan awal kata. Kajian ini merupakan satu penelitian awal untuk melihat beza penyuaraan (voicing contrast) antara bunyi bersuara dengan tak bersuara pada bunyi plosif bahasa Melayu yang dihasilkan oleh kanak-kanak Melayu. Pendekatan fonetik akustik dan analisis spektrogram via PRAAT dimaanfaatkan dalam kajian ini. Analisis beza penyuaraan yang akan dilakukan ialah pada kedudukan bunyi plosif yang hadir pada awal perkataan Bahasa Melayu. Hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang nyata antara nilai VOT bunyi plosif bersuara dengan tak bersuara. Nilai VOT negatif bunyi plosif bersuara menunjukkan berlakunya awalan suara (voicing lead) sebelum pelepasan sekatan manakala nilai VOT positif pada bunyi plosif tak bersuara menunjukkan berlakunya lag suara (voicing lag) yang menunjukkan berlakunya penyuaraan selepas pelepasan sekatan. Kekecualian berlaku pada kanak-kanak yang berusia tiga tahun, yang mana tidak terdapat awalan suara semasa penghasilan bunyi plosif bersuara. Ini menunjukkan mereka belum menguasai bunyi plosif bersuara Bahasa Melayu. Kajian ini memberi implikasi langsung dalam penyelidikan Sains Pertuturan dan Linguistik di Malaysia, khususnya dalam usaha mereka bentuk ujian pertuturan berasaskan data akustik bagi kegunaan ahli terapi pertuturan dan ahli terapi bahasa. Ahli terapi pertuturan dan ahli terapi bahasa dapat memanfaatkan dapatan kajian ini dalam usaha mengenal pasti kewujudan masalah pertuturan dan perkembangan fonologi kanak-kanak Melayu.

Reference
  • 1. Lisker, L. & Abramson, A. 1964. A Cross-Language Study in Initial Stops: Acoustical Measurements. Words 20, 384-442.
    2. Cho, T., & Ladefoged, P. (1999) Variations and universals in VOT: evidence from 18 languages. Journals of Phonetics, 27, 207-229.
    3. David, B., & Macken, M.A. (1978). The acquisition of the voicing contrast in English: a study of voice onset time in word-initial stop consonants. J. Child Lang, 7, 41-74.
    4. Davis, K. (1995) Phonetic and phonological contrasts in the acquisition of voicing: voice onset time production in Hindi and English. J. Child Lang. 22, 275-305.
    5. Kenney, M.K., & Smith, B.L. (1999). A longitudinal study of the development of temporal properties of speech production: Data from 4 children. Phonetica, 56, 56-72.
    6. Koenigsknecht, R.A., & Zlatin, M.A. (1976). Development of the voicing contrast: A comparison of voice onset time in stop perception and production. Journal of Speech and Hearing Research, 19, 78-92.
    7. Kuijpers, C.T.L. (1993 b). Temporal aspects of the voiced – voiceless distinction in speech development of young Dutch children. Journals of Phonetics, 21, 313-327.
    8. Marshall, J., & Whiteside, S.P. (2001). Phonetica, 58, 196-210.
    9. Shahidi, A.H. 2006. Analisis akustik terhadap realisasi kontras penyuaraan bunyi plosif dalam bahasa Melayu: Satu penelitian awal dlm. Kemelayuan Indonesia dan Malaysia: Sejarah dan Sejarah Maritim, Sosial-Politik dan Ekonomi. Vol 1. Seminar bersama Universitas Hasanuddin dan Universitas Kebangsaan Malaysia. Jakarta: Departemen Kebudayaan dan Pariwisata K1.
    10. Shahidi, A.H. 2010. An acoustic and perceptual analysis of the phonetic properties of Malay English in comparison to those of Malay. Tesis Dr. Fal, Speech and Language Sciences Section, University of Newcastle upon Tyne.
    11. Shahidi, A.H, Rahim Aman & Zulkifley Hamid. (2012). Kajian akustik realisasi kontras penyuaraan bunyi plosif bahasa Melayu. GEMA Online, Journal of Language Studies. 12(2): 745-760.