Penggunaan Bahan Bacaan Digital Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Untuk Meningkatkan Kemahiran Membaca Dalam Kalangan Murid Penutur Kedua Di SJKC
List of Authors
  • Nor Azwahanum Nor Shaid, Wong Mee Hua

Keyword
  • bahan bacaan digital, kemahiran membaca, Bahasa Melayu, murid penutur kedua, SJKC

Abstract
  • Kemahiran membaca merupakan tunjang utama dalam penguasaan bahasa dan kejayaan akademik murid. Namun, murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) sering berhadapan cabaran dalam pembelajaran Bahasa Melayu kerana bahasa tersebut berfungsi sebagai bahasa kedua dalam kehidupan seharian mereka. Kajian ini bertujuan meneroka penggunaan bahan bacaan digital dalam pengajaran kemahiran membaca Bahasa Melayu Tahun 1 di SJKC luar bandar Sarawak bagi menyokong perkembangan kemahiran membaca murid penutur kedua. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk kajian kes yang melibatkan enam orang guru Bahasa Melayu daripada empat buah SJKC di daerah Subis, Sarawak. Data dikumpul melalui temu bual separa berstruktur dan dianalisis secara tematik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru menggunakan pelbagai bahan bacaan digital seperti e-buku interaktif, video bacaan berpandu berasaskan audio, slaid bacaan digital dan aplikasi fonetik secara berperingkat dan berfokus dalam pengajaran membaca. Penggunaan bahan bacaan digital ini didapati dapat meningkatkan penglibatan murid, menyokong pemahaman bacaan serta membantu pembinaan hubungan antara bunyi, perkataan dan makna apabila disokong oleh strategi pedagogi guru seperti bacaan berpandu, peneguhan positif dan pembetulan tidak langsung. Walau bagaimanapun, pelaksanaan bahan bacaan digital turut berdepan cabaran seperti kekangan infrastruktur teknologi, kekangan masa pengajaran, tahap kemahiran pedagogi digital guru serta ketidaksesuaian linguistik sebahagian bahan bacaan digital dengan tahap penguasaan murid penutur kedua. Kajian ini menegaskan bahawa penggunaan bahan bacaan digital berpotensi menyokong perkembangan kemahiran membaca murid penutur kedua di SJKC luar bandar apabila disokong oleh strategi pedagogi yang berkesan serta sokongan infrastruktur dan pembangunan profesional guru yang berterusan.

Reference
  • No References Recorded