Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) Dalam Pendidikan
List of Authors
  • Hazrati Husnin, Nur Aisyah Kamaluddin

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam bidang pendidikan di abad 21 bukanlah satu fenomena yang baru. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) banyak mempengaruhi budaya masa kini, pengaplikasian teknologi ini dalam pengajaran dan pembelajaran memberikan satu anjakan baru dalam teknik pedagogi guru. Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, PPPM (2013-2025) anjakan ketujuh dari 11 anjakan dalam pelan tersebut adaah mengenai keperluan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Anjakan ketujuh bertujuan untuk meningkatkan kapasiti internet dan pembelajaran lebih kursus selain dimanfaatkan dalam mata pelajaran kritikal. Pembelajaran maya yang merupakan proses PdPc berasaskan internet turut berkembang dalam era TMK ini. Secara tidak langsung, ia akan membantu dan memudahkan pengajaran berkualiti guru dan menarik minat murid untuk belajar. Dalam menerapkan penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran, masalah seperti kesukaran dalam melaksanakan sistem TMK disebabkan kurangnya kemahiran dan pengetahuan dalam bidang teknologi. Guru lebih memilih menggunakan kaedah pengajaran tradisional berbanding pengajaran secara teknologi kerana kurang pengetahuan untuk menggunakan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Sikap guru dalam menyampaikan maklumat mengenai TMK juga merupakan salah satu faktor yang membuatkan murid kurang berminat dalam mempelajari dan menggunakan TMK semasa proses pembelajaran. Justeru itu, pelbagai strategi dan kaedah yang perlu seorang guru rancang bagi melaksanakan pengajaran yang menarik dan kreatif dengan menggunakan bantuan teknologi maklumat dan komunikasi. Penggunaan TMK sebagai alat bantuan untuk proses pengajaran dan pembelajaran juga dapat membantu guru dalam melaksanakan pengajaran dengan lebih kreatif serta dapat menarik minat murid serta memberi motivasi kepada murid untuk belajar.

     


Reference
  • No Data Recorded