Cabaran pentadbiran Pengerusi JPKKOA Wanita Orang Asli mendepani pandemik COVID-19 di Malaysia
List of Authors
  • Mimi Hanida Abdul Mutalib , Norliza Mohammad Basiron

Keyword
  • Wanita Orang Asli, pentadbiran, cabaran, Pengerusi JPKKOA, pandemik COVID-19

Abstract
  • Wabak COVID-19 yang melanda bukan hanya di Malaysia malahan seluruh dunia telah menjejaskan kehidupan semua golongan penduduk dunia termasuk golongan penduduk pribumi. Hal ini kerana COVID-19 telah menyebabkan berlakunya krisis kemanusiaan apabila sekatan yang dikenakan bagi mengawal penularan virus telah memberi kesan terhadap sektor ekonomi dan sosial masyarakat. Oleh yang demikian, situasi begini menyebabkan pelbagai cabaran terpaksa dilalui oleh semua pemimpin masyarakat termasuk pemimpin dalam kalangan Orang Asli dalam melaksanakan tugas semasa pandemik COVID-19. Kajian ini bertujuan meneroka pengalaman dan cabaran yang dilalui oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) wanita ketika melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin kampung semasa pandemik COVID-19. Pendekatan kajian secara kualitatif telah diguna-pakai dalam mengumpul maklumat daripada sembilan (9) orang pengerusi JKKOA dari kalangan wanita suku kaum Temuan menggunakan cara persampelan bertujuan . Data dijana dari temu bual mendalam dengan pengerusi JPKKOA kaum Temuan yang terlibat berdasarkan soalan secara separa berstruktur. Data analisis menemui tiga (3) cabaran yang dihadapi oleh mereka ketika era pandemik iaitu perubahan pentadbiran dan pengurusan kampung, sinergi pentadbiran kampung yang tempang serta perlu mendepani kegusaran masyarakat berkaitan isu COVID-19. Cabaran-cabaran tersebut penting bagi menterjemahkan situasi yang tidak pernah berlaku sebelum ini dalam kalangan masyarakat Orang Asli. Oleh itu, dapatan kajian ini diharap dapat menyumbang kepada pengetahuan baharu berkaitan cabaran kepimpinan pengerusi JPKKOA wanita Orang Asli semasa pandemik COVID-19 di Malaysia.

Reference
  • 1. Braun, V., & Clarke, V. (2006). Using thematic analysis in psychology. Qualitative Research in Psychology, 3(2), 77–101. https://doi.org/10.1191/1478088706qp063o
    2. Connolly, M., Jacobs, B., & Notzon, F. C. (2021). Covid-19 among American Indians and Alaska natives in the United States: An early look. Statistical Journal of the IAOS, 37(1), 25 – 36. https://doi.org/10.3233/SJI-210790
    3. Cranston, J., & Whitford, R. (2022). Still thriving: A case illustrating how Covid-19 affected indigenous health and wellness. Canadian Journal of Educational Administration and Policy, 200, 96–103. https://doi.org/10.7202/1092710ar
    4. Dadzie, G. M., Ebron, J., & Kipenda, M. (2021) Why African women and girls’ voices are not heard in the fight against COVID-19. Cities & Health, 5(Sup 1), S112–S118. https://doi.org/10.1080/23748834.2021.1907504
    5. de Oliveira, T. B. S., de Sousa Moreira, J. L., Feitosa, P. W. G., Lima, D. G. S., Dionízio, B. S., & Neto, M.L. R. (2021). The spread of COVID-19 and psychiatric impact on indigenous peoples. Avanços Em Medicina, 1(3), 134–137. https://doi.org/10.52329/AvanMed.37
    6. Ghani, E. K., Muhammad, K., & Jais, I. R. M. (2021). Impact of Covid-19 pandemic on economic activities of Orang Asli in Malaysia. Turkish Online Journal of Qualitative Inquiry, 12(8), 94–107.
    7. Hassan, M. S., & Abdullah, R. (2021). Situasi dan cabaran perundangan kepada Orang Asli dalam era pandemik Covid-19. Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat, SI, 97–108.
    8. Idrus, R., Man, Z., Williams-Hunt, A., & Chopil, T. Y. (2021). Indigenous resilience and the Covid-19 response: A situation report on the Orang Asli in Peninsular Malaysia. AlterNative: An International Journal of Indigenous Peoples, 17(3), 439-443. https://doi.org10.1177/11771801211038723
    9. Ithnin, M., Mohamad Nor, N. U., Juliana, N., Mohd Effendy, N., & Mohd Rani, M. D. (2021). Health seeking behaviour among adult Orang Asli (indigenous peoples) from rural Negeri Sembilan, Malaysia: A mixed-methods study. Malaysian Journal of Public Health Medicine, 21(2), 348–358. https://doi.org/10.37268/mjphm/vol.21/no.2/art.1045
    10. Jessica, L., Salim, S. S., Zaremohzzabieh, Z., & Ahrari, S. (2022). The role, experience, and challenges to headmasters of indigenous primary schools amid COVID-19 in Malaysia. Asian Journal of University Education, 18(1), 231–243. https://doi.org/10.24191/ajue.v18i1.17191
    11. Kalra, S., Arora, N., & Talalnusair. (2021). Leadership in the pandemic times (COVID-19) - Pandemic style leadership: Proposed practices to be embodied by the leaders. Webology, 18(2), 687–692. https://doi.org/10.14704/web/v18i2/web18347
    12. Kapoor, P. (2020). Women in COVID-19 pandemic: Influential leadership is the need of the hour. Indian Journal of Cardiovascular Disease in Women WINCARS, 5(3), 271–273. https://doi.org/10.1055/s-0040-1718505.
    13. Mayer, C. H., & May, M. S. (2021). Women leaders transcending the demands of COVID-19: A Positive Psychology 2.0 perspective. Frontiers in Psychology, 12. https//doi.org/10.3389/fpsyg.2021.647658
    14. Mohd Noor, N. A., & Abd Razak, N. A. (2022). Overcoming learning challenges during the COVID-19 pandemic: Traditional knowledge as an educational alternative for the Orang Asli. ICR Journal, 13(1), 31–50. https://doi.org/10.52282/icr.v13i1.907
    15. Nisha, M., Khir, N., & Davamani, F. (2020). Impact of COVID-19 pandemic towards common neglected tropical diseases among indigenous group in Malaysia. Research Square [preprint]. https://doi.org/10.21203/rs.3.rs-120974/v1
    16. Nyawo, S. (2022). Christian religious understandings and responses to Covid-19 in Eswatini. In F. Sibanda, T. Muyambo, & E. Chitando (Eds.), Religion and the Covid-19 pandemic in Southern Africa (pp.141–154). Routledge. https://doi.org/10.4324/9781003241096-10
    17. Park, S. (2022). Gendered leadership during the COVID-19 pandemic: How democracy and representation moderate leadership effectiveness. Public Management Review, 24(11), 1802–1823. https://doi.org/10.1080/14719037.2021.1937294
    18. Sibanda, F., Muyambo, T., & Chitando, E. (2022). Introduction: Religion and public health in the shadow of COVID-19 pandemic in Southern Africa. In F. Sibanda, T. Muyambo, & E. Chitando (Eds.), Religion and the COVID-19 Pandemic in Southern Africa (pp. 1–24). Routledge. https://doi.org/10.4324/9781003241096-1
    19. Thomas, A., Mangubhai, S., Fox, M., Meo, S., Miller, K., Naisilisili, W., Veitayaki, J. & Waqairatu, S. (2021). Why they must be counted: Significant contributions of Fijian women fishers to food security and livelihoods. Ocean and Coastal Management, 205, 105571. https://doi.org/10.1016/j.ocecoaman.2021.105571
    20. Welch, J. K. (1992). Review of qualitative evaluation and research methods by M. Q. Patton. The Modern Language Journal, 76(4), 543–544. https://doi.org/10.2307/330063
    21. Widodo, A. (2020). Pandemi dan bentuk diskriminasi baru: Sebuah kritik terhadap perilaku masyarakat dalam menghadapi wabah COVID-19. Jurnal Pendidikan Sosial Keberagaman, 7(2). https://doi.org/10.29303/juridiksiam.v7i2.138