Pengaruh budaya organisasi terhadap latihan dan pembangunan dalam kalangan kakitangan kumpulan sokongan di UOM
List of Authors
Norhafizah Abd Rani
Keyword
Budaya , organisasi, kakitangan kumpulan sokongan, Universiti Putra Malaysia
Abstract
Budaya dicipta melalui nilai yang dicetuskan oleh ahli organisasi itu sendiri dan memainkan
peranan penting dalam sesebuah organisasi. Malah boleh dikatakan jatuh dan bangunnya
sesebuah organisasi tersebut bergantung kepada budaya yang dimilikinya. Samada ia negatif
ataupun tidak ia bergantung kepada pengamal budaya itu sendiri. Latihan dan pembangunan
akan mempengaruhi budaya organisasi di samping kepuasan dan produktiviti ahli organisasi.
Keberkesanan dalam latihan dan pembangunan akan memberi kesan yang positif kepada
organisasi dalam jangka masa panjang. Dalam konteks ini, kajian tertumpu kepada organisasi
sektor awam iaitu UPM yang memfokuskan kepada tiga aspek dalam budaya organisasi iaitu
budaya organisasi dari aspek nilai, budaya organisasi dari aspek tingkah laku dan budaya
organisasi dari aspek kepelbagaian budaya yang berasaskan kepada Teori Budaya Organisasi
yang diasaskan oleh Michael Pacanowsky dan Nick O’ Donnel-Trujillo pada tahun 1983. Kajian
rintis dijalankan dan nilai Cronbach’s Alpha ialah 0.83. Kemudian, kajian sebenar dijalankan
dan maklumat diperolehi dengan mengedarkan borang soal selidik kepada 250 responden yang
terdiri daripada kakitangan kumpulan sokongan di UPM. Data kajian dianalisis dengan
menggunakan Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 22. Ujian Korelasi Pearson
digunakan untuk menganalisis data dan hasil kajian mendapati bahawa hipotesis pertama
diterima ini bermakna bahawa pembolehubah budaya organisasi dalam kajian ini mempunyai
hubungan yang positif dengan latihan dan pembangunan. Selain itu ujian regresi turut dilakukan
bagi menguji hipotesis dua,tiga dan empat untuk melihat pengaruh antara kedua-dua
pembolehubah. Hanya aspek kepelbagaian budaya sahaja mempunyai hubungan dan pengaruh yang signifikan terhadap latihan dan pembangunan dalam kalangan kakitangan sokongan di
UPM. Diharapkan dengan maklumat yang diperolehi daripada hasil kajian, pendekatan budaya
organisasi yang telah dikenalpasti dapat meningkatkan keberkesanan dalam melaksanakan
latihan dan pembangunan dalam sektor awam di UPM.