Pengawalan dan pencegahan denggi di Malaysia: satu tinjauan terhadap penglibatan kerajaan Malaysia
List of Authors
  • Noor Suleeyia Sulaiman

Keyword
  • Denggi, Aedes, pengawalan denggi, vektor, epidemik

Abstract
  • Denggi merupakan satu epidemik. Denggi dibawa dan disebarkan oleh nyamuk Aedes. Terdapat dua jenis nyamuk Aedes iaitu Aedes Agypti dan Aedes Albopictus. Virus denggi disebarkan melalui gigitan. Denggi dikatakan sebagai satu epidemik kerana virus ini mudah berjangkit dan disebarkan dalam skala yang besar. Objektif kajian ini adalah untuk (1) memberi penerangan tentang Aedes dan denggi serta (2) meneliti langkah yang diambil oleh pihak kerajaan dalam mengawal dan mencegah denggi di Malaysia. Hal ini dilihat penting kerana denggi merupakan satu wabak penyakit yang boleh mengakibatkan kematian. Malah, dengan penyebarannya yang begitu cepat dan mudah, maka langkah pengawalan dan pencegahannya perlulah dilaksanakan dari semasa ke semasa dan perlu bersifat proaktif agar masalah ini dapat ditangani. Walaupun Aedes dikatakan mampu beradaptasi dengan pelbagai teknik pencegahannya, namun pihak kerajaan perlu sentiasa menjana idea dalam mencari pelbagai teknik dan cara mengawal pembiakan Aedes dan penyebaran wabak denggi. Oleh itu, penelitian terhadap langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerjaan perlulah dilakukan agar langkah terbaik dalam mencegah dan mengawal wabak denggi ini dapat dikenalpasti. Kajian ini merupakan kajian kepustakaan iaitu satu kajian yang dilakukan dengan menjadikan kajian-kajian lepas sebagai bahan utama kajian. Kajian ini memberi fokus kepada langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan dalam mengawal dan mencegah penyebaran wabak denggi. Berdasarkan hasil kajian, didapati terdapat pelbagai langkah yang telah diambil oleh pihak kerajaan yang akan dibincangkan di dalam hasil kajian. Diharapkan dengan adanya hasil kajian ini dapat memberi idea kepada pengkaji yang akan datang dalam melakukan kajian berkenaan denggi dan dapat menjadi rujukan dalam usaha mencegah dan mengawal denggi.

Reference
  • 1. Abdul Wahab Abdul Rahman. 1988. Artropod Sebagai Vektor Penyakit. Malaysia:Dewan Bahasa dan Pustaka.
    2. Falope, O., Hanson, K., dan Azliyati Azizan. 2015. Dengue and mosquito control programs:A comparative analysis. Journal of Applied Life Sciences International 2(1):35-48.
    3. Kemeterian Kesihatan Malaysia. 2009. Pelan Strategik Pencegahan dan Kawalan Denggi 2009- 2013. http://www.moh.gov.my/images/gallery/Garispanduan/PELAN_DENGGI.pdf [20 Jun 2016].
    4. Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI). 2013. iDengue untuk komuniti. http://idengue.remotesensing.gov.my/idengue/page2.php?kandungan=content/s_pengenala nD.html# [29 Mei 2016].
    5. Ministry of Health Singapore. 2016. Weekly infectious disease bulletin epidemioogical week 14.https://www.moh.gov.sg/content/dam/moh_web/Statistics/Infectious_Diseases_Bulletin /2016/April/2016_week_14.pdf [29 Mei 2016].
    6. Ministry of Health Singapore. 2016. Weekly infectious disease bulletin epidemioogical week 23.https://www.moh.gov.sg/content/dam/moh_web/Statistics/Infectious_Diseases_Bulletin /2016/June/2016_week_23.pdf [29 Mei 2016].
    7. Muzium British. 1949. Mosquitoes and Their Relation to Disease. London:William Clowes And Sons.
    8. Noor Hisham Abdullah. 2016. Kenyataan akhbar KPK 13 Jun 2016: Situasi terkii demam denggi dan zika di Malaysia bagi minggu 22/2016 (29 Mei hingga 4 Jun 2016). https://kpkesihatan.com/2016/06/13/kenyataan-akhbar-kpk-13-jun-2016-situasi- terkinidemam-denggi-dan-zika-di-malaysia-bagi-minggu-222016-29-mei-hingga-4- jun- 2016/ [10 Jun 2016].
    9. Pesuruhjaya Penyemak Undang-undang Malaysia. 2006. Akta 154 Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975. http://www.agc.gov.my/agcportal/uploads/files/Publications/LOM/MY/Akta%20154.pdf [29 Mei 2016].
    10. WHO. 2016. Dengue situation update 482. http://www.wpro.who.int/emerging_diseases/ dengue_biweekly_20160113.pdf?ua=1 [29 Mei 2016].
    11. WHO. 2012. Global strategy for dengue prevention and control. World Health Organization.
    12. Yap Han Heng. 1992. Pengawalan Nyamuk Vektor di Malaysia. Malaysia:Universiti Sains Malaysia.