Tahap persepsi muslim dan non-muslim mengenai hubungan interaksi antara agama: kajian tinjauan di negeri Kedah dan Selangor
List of Authors
  • Jaffary Awang , Muhammad Nazmi Abd Halim

Keyword
  • Kajian lapangan, tahap persepsi, hubungan interaksi antara agama, sosiologi dan analisis statistik

Abstract
  • Persepsi merupakan suatu mekanisme kompleks yang membentuk budaya pemikiran seseorang hasil daripada interaksi dengan alam sekelilingnya berdasarkan memori lampau, dan juga imbasan yang melihat pada masa kini dan akan datang. Melaluinya, kita sedar akan sesuatu perkara yang ditanggapi. Berdasarkan landskap sosiologi agama di Malaysia, kelihatan bahawa hubungan interaksi antara agama sering dibayangi dengan kecenderungan terhadap persepsipersepsi yang negatif dalam kalangan masyarakat multi-etnik dan agama. Oleh itu, kajian lapangan ini dilaksanakan bertujuan untuk menganalisis sejauh manakah tahap persepsi masyarakat lokal yang berlainan kepercayaan dan anutan mengenai hubungan interaksi antara agama di Malaysia khususnya di negeri Kedah dan Selangor. Maka, kajian kuantitatif ini melibatkan seramai 555 responden yang dipilih berdasarkan faktor agama dominan melibatkan penganut daripada agama Islam mewakili komuniti Muslim serta Buddha, Hindu dan Kristian yang mewakili komuniti non-Muslim. Manakala, analisis yang digunakan melibatkan ujian statistik deskriptif seperti frekuensi, peratusan, min dan ujian statistik inferensi seperti Mann Whitney-U dan Kruskal Wallis-H digunakan bagi menerangkan latar belakang responden dan menilai tahap persepsi responden terhadap objektif kajian yang dilakukan. Seterusnya, hasil kajian mendapati tahap persepsi dalam kalangan komuniti Muslim dan non-Muslim berada pada kadar tinggi meskipun terdapat perbezaan yang signifikan pada kadar Mann Whitney-U: (Z - 8.264, p = .000). Sementara itu, terdapat perbezaan yang signifikan antara komposisi etnik dan negeri yang terlibat dengan masing-masing mencatatkan kadar Kruskal Wallis-H: [x2 (1, N=555) = 70.857, p=.000] dan [x2 (1, N=555) = 26.229, p=.000]. Analisis berdasarkan hasil kumpulan data soal selidik yang telah diproses melalui program SPSS daripada kajian Pola Interaksi Sosial Antara Muslim dan Non-Muslim: Kajian Tinjauan di Negeri Kedah dan Selangor yang telah dijalankan oleh penyelidik pada tahun 2013-2015. Tuntasnya, persepsi memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju terhadap jaminan hubungan interaksi antara agama berjalan dengan harmoni.

Reference
  • 1. Abdullah, Asma & Pedersen, Paul B. 2003. Understanding Multicultural Malaysia: Delights, Puzzles & Irritations. Petaling Jaya: Pearson, Prentice Hall.
    2. Abdul Rahman, Nur Farhana & Khambali@Hambali, Khadijah. 2013. Religious Tolerance in Malaysia: Problems and Challenges. In International Journal of Islamic Thought, Vol. 3: (June), 2013.
    3. Ali, Abdullah Yusuf. 2006. The Meaning of The Noble Quran. koran@pdf-koran.com. Accessed on 1 Mei 2015.
    4. Anon (2010). Population Distribution and Demographic Characteristics: Population and Housing Census of Malaysia, Department of Statistic, Malaysia 2010. Accessed on Jan 10 2013.
    5. Baharuddin, Shamsul Amri (ed.) (2007). Module of Ethnic Relations. Shah Alam: UPENA.
    6. Berita Harian. 2007. 'Beri Perhatian Isu Agama, Perkauman'. 1 November.
    7. Hock, Oo Yu. 1991. Ethnic Charmeleon: Multiracial Politics in Malaysia. Petaling Jaya: Pelanduk Publications.
    8. Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970). Determining Sample Size for Research Activities Educational and Psychological Measurement, SAGE Journals 30, 21 September. p. 607- 610.
    9. Marsh, Ian. 2000. Sociology: Making Sense of Sociology (2nd). New York: Pearson Education Limited.
    10. Mohd Syarif, Mohd. Farid. 2012. Maaf...Tuhan Kita Tidak Sama: Mengulas Interaksi Agama di Malaysia. Jitra: Bitara Media.
    11. Muzaffar, Chandra. 1987. Islamic Resurgence in Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
    12. Muzaffar, Chandra. 1989. Challenges and Choices in Malaysian Politics and Society. Penang: Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN). Chandra
    13. Muzaffar. 1993. Cultural Diversity: Reflections on the Malaysian Experience. In Kukathas, Chandran, Multicultural Citizens: The Philosophy and Politics of Identity. Australia: The Centre for Independent Studies Limited.
    14. Muzaffar, Chandra. 2002. Rights, Religion and Reform: Enhancing Human Dignity Through Spiritual and Moral Transformation. New York: RoutledgeCurzon.
    15. Osman, Fathi. 1997. Concepts of the Quran: A Topical Reading. Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
    16. Piaw, Chua Yan (2008). Method and Statistical Research (Basic Statistic Research: Data Analysis Nominal and Ordinal Scale. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
    17. Ramli, Abdul Halim (2009). Race Relations in Malaysia: History and Basic of Unity. Shah Alam: University Publication Centre of UiTM (UPENA).
    18. Robertson, Ian (1987). Sociology (3rd. ed). New York: Worth Publishers, Inc.
    19. Sekaran, Uma (2003). Research Methods for Bussiness (4th ed.): A Skill-Building Approach. New York: John Wiley & Sons, Inc.
    20. Yahaya, Jahara, Peng, Tey Nai & Kheng, Yeoh Kok. 2004. Ethnic Interaction and Segregation on Campus and the Workplace. Kuala Lumpur: CEDER (Center for Economic Development and Ethnic Relations) Universiti of Malaya.