Tekanan kewangan dan pengurusan tekanan kewangan dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi berasaskan status sosioekonomi
List of Authors
  • Awien Azuyien Jamri , Suraiya Ishak

Keyword
  • Status sosiekonomi (SES), Institusi pengajian tinggi (IPT), tekanan kewangan, pengurusan, stratafikasi sosial

Abstract
  • Peningkatan kos sara hidup telah memberi impak kepada masyarakat, termasuk pelajar di institusi pengajian tinggi. Sehubungan itu, ia telah memberi tekanan kewangan kepada golongan pelajar terlibat dalam menjalani rutin harian sebagai pelajar di universiti. Berasaskan kerangka teori Sosioekonomi (SES), mahasiswa daripada kelompok latar belakang sosioekonomi berlainan dijangka terdedah kepada tahap tekanan kewangan yang berbeza disebabkan pengaruh konteks sosioekonomi masing-masing. Objektif kajian ini adalah untuk mengukur tahap tekanan kewangan mahasiswa institusi pengajian tinggi awam tempatan mengikut kelompok sosioekonomi mereka. Selain itu, ia turut menganalisis respon pengurusan tekanan kewangan dalam kalangan pelajar IPTA mengikut kelompok taraf hidup mereka. Kajian ini menggunakan teknik survei dengan melibatkan sampel berjumlah 118 pelajar tahun akhir daripada dua buah fakulti di sebuah IPTA di Lembah Kelang. Pemilihan sampel kajian adalah dibuat secara persampelan bertujuan daripada sebuah kerangka persampelan pelajar tahun akhir daripada fakulti sasaran berjumlah 170 orang. Data dianalisis secara deskriptif dan analisis tabulasi silang (crosstab). Hasil kajian mendapati pelajar daripada latar belakang kelompok B40 dan M40 mempunyai tahap tekanan kewangan yang tinggi. Manakala kelompok taraf sosioekonomi tinggi iaitu T20 cenderung mempunyai tahap tekanan kewangan yang rendah berbanding kelompok B40 dan M40. Di samping itu, kajian menemui kebanyakan mahasiswa dalam semua kelompok latar belakang sosioekonomi telah menunjukkan respon pengurusan tekanan kewangan pada tahap yang relatifnya sederhana. Implikasi penemuan ini membuktikan pemberian bantuan kewangan secara bersasar kepada kelompok mahasiswa kategori keluarga B40 adalah wajar kerana mereka merupakan aset perubahan taraf sosiekonomi keluarga. Implikasi ilmu menunjukkan kerangka SES relevan dalam kajian tekanan kewangan dalam kalangan kelompok sosioekonomi berbeza.

Reference
  • 1. Abu Bakar, N., Asri, N. M., Laili, I. A., & Saad, S.(2019). Masalah kewangan dan tekanan dalam kalangan mahasiswa. Jurnal Personalia Pelajar, 22(2), 113-120.
    2. Adams, D. R., Meyers, S. A., & Beidas, R. S. (2016). The relationship between financial strain, perceived stress, psychological symptoms, and academic. Journal of American College Health, 64(5), 362-370. https://doi.org/10.1080/07448481.2016.1154559
    3. Amran, S. N. M. E. (2019, March 21). Mahasiswa bekerja sambilan tangani cabaran sara hidup. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/03/543812/mahasiswa-bekerja-sambilan-tangani-cabaran-sara-hidup
    4. Asri, N. M., Abu Bakar, N., Laili, I. A., & Saad, S. (2017). Status kewangan dan tekanan dalam kalangan mahasiswa. Jurnal Pengguna Malaysia, 5(29), 63-83.
    5. Aysan, F., Thompson, D., & Hamarat, E. (2002). Test anxiety, coping strategies and perceived health in a group of high school students: A Turkish sample. The Journal of Genetic Psychology, 162(4), 402-11.https://doi.org/10.1080/00221320109597492
    6. Azmi, S. N. S., Rahman, S. A., Ibrahim, S., Muhamad, N., & Esa, M. E. (2018). Amalan pengurusan kewangan mahasiswa. Jurnal Inovasi Perniagaan, 3(2), 9-23.
    7. Baba, R., Muhammad Nor, N. Z. & Hassan, J. (2022). Tahap literasi kewangan, masalah kewangan dan tekanan dalam kalangan mahasiswa. Jurnal ‘Ulwan, 7(2), 173-190. http://dx.doi.org/10.4103/IJCFM.IJCFM_32_20
    8. Caderet, M. C., & Bennett, S.R. (2019). College students' reported financial stress and its relationship to psychological distress. Journal of College Counseling, 22, 225-239.https://doi.org/10.1002/jocc.12139
    9. Deshmukh, P. R., & Akkilagunta, S. 2020. Socioeconomic status: A theoretical framework for the development and use of assessment tools. Indian Journal of Community and Family Medicine, 6(1),4-8. http://dx.doi.org/10.4103/IJCFM.IJCFM_32_20
    10. Drentea, P., & Reynolds, J. R. (2015). Where does debt fit in the stress process model?. Society and Mental Health, 5(1), 16-32. https://doi.org/10.1177%2F2156869314554486
    11. Falconier, M. K., & Epstein, N. B. (2011). Couples experiencing financial strain: What we know and what we can do. Family Relations: An Interdisciplinary Journal of Applied Family Studies, 60(3), 303–317.https://psycnet.apa.org/doi/10.1111/j.1741-3729.2011.00650.x
    12. Fox, G. L., & Chancey, D. (1998). Sources of economic distress: Individual and family outcomes. Journal of Family Issues, 19(6), 725-749. https://psycnet.apa.org/doi/10.1177/019251398019006004
    13. Ganesan Y., Talwar P., Fauzan, N., & Oon, Y. B. (2018). A Study on stress level and coping strategies among undergraduate students. Journal of Cognitive Sciences and Human Development, 3(2), 37-47. https://doi.org/10.33736/jcshd.787.2018
    14. Gutman, L. M., & Eccles, J. S. (1999). Financial strain, parenting behaviors, and adolescents' achievement:Testing model equivalence between African American and European American single- and two-parent families. Child Development, 70(6), 1464-1476. https://doi.org/10.1111/1467-8624.00106
    15. Human Development Report (2022). Uncertain times, unsettled lives: shaping our future in a transforming world. UNDP.https://www.undp.org/egypt/publications/human-development-report-2021-22-uncertain-times-unsettled-lives-shaping-our-future-transforming-world
    16. Husin, N. (2021). Status kewangan dan tekanan dalam kalangan pelajar. Proceeding of The 8th International Conference on Management and Muamalah 2021, 405-415.
    17. Idris, F., Krishnan, S. D., & Azmi, N. (2013). Relationship between financial literacy and financial distress among youths in Malaysia – an empirical study. Geografia Malaysian Journal of Society and Space,9(4), 106-117.
    18. Jabatan Perangkaan Malaysia. (2020). Banci penduduk dan perumahan Malaysia, 1-4.
    19. Jiang, Y. (2021). How socio-economic status affects academic performance. A study of education inequality in junior high school students in China based on a structural equation model. Proceedings of the 7th International Conference on Humanities and Social Science Research (ICHSSR 2021), 554, 1299-1310.
    20. Jones, S., McMullen, J., Campbell, R., McLaughlin, J., McDade, B., O’Lynn., P. & Glen, C. (2018). Multilingual minds: The mental health and wellbeing of newcomer children and young people in Northern Ireland and the role of the Education Authority Youth Service. EA Youth Service Newcomer Research Report. Northern Ireland: Stranmillis University College. https://www.eani.org.uk/sites/default/files/201810/EA%20Youth%20Service%20Newcomer%20Research%20Report.pdf (akses 15 Julai 2023)
    21. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). (2020). (2023, Ogos 9). Program Pembangunan Siswa SULUNG Iltizam KPT Membantu Mahasiswa B40 Capai Cita-Cita. https://www.mohe.gov.my/hebahan/sorotan-aktiviti/program-pembangunan-siswa-sulung-iltizam-kpt-bantu-mahasiswa-b40-capai-cita-cita
    22. Khoo, K. K. L., & Nor, M. Farah. (2021). Financial distress and perceived stress among university students in health sciences. Jurnal Personalia Pelajar. 24(1), 41-52.
    23. Kinnunen, U., & Feldt, T. (2004). Economic stress and marital adjustment among couples: Analyses at the dyadic level. European Journal of Social Psychology, 34(5), 519-532. https://psycnet.apa.org/doi/10.1002/ejsp.213
    24. Lam, G. (2014). A theoretical framework of the relation between socioeconomic status and academic achievement of students. Education, 134(3), 326,
    25. Lim, H. N., Heckman, S. J., Letkiewicz, J. C., & Montalto, C.P. (2014). Financial stress, self-efficacy, and financial help-seeking behavior of college students. Journal of Financial Counseling and Planning, 25(2), 148-160.
    26. Mahdzan, N. S., Zainudin, R., Abd Sukor, M. E., Zainir, F., & Ahmad W. M. W. (2020). An exploratory study of financial well-being among Malaysian households. Journal of Asian Business and Economic Studies, 27(3), 285-302. http://dx.doi.org/10.1108/JABES-12-2019-0120
    27. Murugiah, L. (2016). The level of understanding and strategies to enhance financial literacy among Malaysian. International Journal of Economics and Financial Issues, 6(3), 130-139.
    28. Pinto, M. B., & Mansfield, P. M. (2006). Financially at-risk college students: An exploratory investigation of student loan debt and prioritization of debt repayment. Journal of Student Financial Aid, 35(2), 22-32.
    29. Robb, C. A., & Sharpe, D. L. (2009). Effect of personal financial knowledge on college students’ credit card behavior. Journal of Financial Counseling and Planning, 20(1), 25–43.
    30. Santacroce, S. J., Killela, M. K., Kerr, G., Leckey, J. A., & Kneipp, S. M. (2020). Fathers' psychological responses to pediatric cancer–induced financial distress. Pediatric Blood & Cancer, 67(6), e28281. https://doi.org/10.1002/pbc.28281
    31. Shala, A., & Grajcevci, A. (2016). The relation between socio-economic status (SES) and early development. Empirical findings and theoretical perspective. Socioeconomica, 5(10), 309-329. http://dx.doi.org/10.12803/SJSECO.51011
    32. Tesfaw, A. A., & Yitayih, T. T. (2018). A study on financial stress and coping strategies among students in Rift Valley University, Ethiopia. Humanity & Social Sciences Journal, 13(1), 01-10.
    33. Voydanoff, P., & Donnelly, B. W. (1990). Economic distress and mental health: The role of family coping resources and behaviors. Lifestyles, 10(2), 139–162. https://psycnet.apa.org/doi/10.1007/BF00988534
    34. Yusoff, M. S. B., Abdul Rahim, A. F., & Yaacob, M. J. (2010). Prevalence and sources of stress among University Sains Malaysia Medical Students. Malaysian Journal of Medical Sciences, 17, 30-37.