Kefahaman Dan Amalan Pendekatan Tematik Daripada Persepsi Guru Bahasa Melayu Di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Petaling Jaya, Selangor
List of Authors
  • Alice Anak Wat, Zamri Mahamod

Keyword
  • Pendekatan Tematik, Guru, Pengajaran, Pembelajaran, Kefahaman Guru, Kurikulum

Abstract
  • Tujuan kajian ini dijalankan adalah menilai tahap kefahaman, menganalisis amalan pengajaran dan mengenalpasti cabaran guru-guru Bahasa Melayu di SJKC Petaling Jaya mengenai pendekatan tematik dalam pengajaran dan pembelajaran. Reka bentuk kajian ialah kajian berbentuk kuantitatif dan kualitatif. Kajian ini dilaksanakan seramai 88 orang guru yang terpilih dan menemubual 4 orang guru dari sebuah sekolah rendah jenis kebangsaan cina di daerah Petaling Jaya, Selangor sebagai peserta kajian. Dapatan data dikutip melalui soal selidik dan temu bual. Kajian ini menggunakan analisis tematik untuk menganalisis data menggunakan statistik deskriptif dan inferensi seperti frekuensi dan min dengan bantuan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 16.0 serta temu bual. Hasil kajian mendapati tahap kefahaman guru terhadap pendekatan tematik berada pada tahap sederhana, kekangan masa dan kekurangan sumber pengajaran serta kesukaran dalam penyelarasan tema dan kandungan kurikulum menuntut pengubahsuaian kurikulum yang lebih fleksibel dan responsif terhadap keperluan pendekatan tematik. Kajian ini mencadangkan agar memperkukuhkan program latihan dan pembangunan profesional bagi guru-guru, terutamanya dalam memperkenalkan pendekatan tematik secara lebih komprehensif.

Reference
  • No Data Recorded