Masalah sosial dalam kalangan pelajar dan peranan pensyarah pendidikan islam dalam pengajaran dan pembelajaran
List of Authors
Ahmad Firdaus Mohd Noor , Kamarul Azmi Jasmi
Keyword
Masalah sosial, peranan pensyarah pendidikan islam, pengajaran dan pembelajaran
Abstract
Artikel ini membincangkan tentang masalah sosial yang berlaku kepada pelajar dan khususnya
kepada remaja. Remaja hari ini adalah tonggak dan harapan generasi akan datang. Di usia
remaja, seharusnya para pelajar ini tekun menelaah pelajaran mereka. Bidang pendidikan adalah
satu pelaburan yang amat berharga buat remaja dan para pelajar ini. Dengan pendidikan, mereka
akan menjadi manusia yang hebat di dunia dan akhirat. Justeru itu, peranan para pensyarah
khususnya Pensyarah Pendidikan Islam seharusnya memainkan tanggungjawab besar dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan supaya pengajaran mereka akan
terkesan di hati para pelajar. Pengajaran yang berkesan ini akan menyentuh hati pelajar dan
seterusnya menjadi peringatan kepada mereka dari terjebak ke dalam gejala sosial.