Kajian ini membincangkan tentang penggunaan aplikasi VR Tour sebagai bahan bantu dalam pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk komentar pelancongan. Sebelum menyampaikan komentar pelancongan yang menarik, pelajar perlu mengetahui tip dan teknik yang boleh diaplikasikan bagi tujuan tersebut sama ada di tempat lawatan mahupun di dalam di dalam bas. Oleh itu, pelajar perlulah menguasai tip dan teknik untuk menyampaikan komentar pelancongan sebelum melaksanakannya sewaktu sesi latihan amali di dalam kelas mahupun ujian amali. Kebanyakan pelajar menghadapi masalah untuk menguasai teknik ini kerana mereka hanya akan mendengar penerangan yang diberikan oleh pensyarah sewaktu latihan amali sama ada di dalam kelas atau di dalam bas. Oleh itu, aplikasi VR Tour yang menerangkan tip dan teknik untuk menyampaikan komentar pelancongan telah dibangunkan untuk mengatasi masalah tersebut. Kajian ini dijalankan untuk melihat sejauh mana keberkesanan penggunaan aplikasi VR Tour sebagai penambahbaikan dalam kaedah mengajar bagi memahami teknik menyampaikan komentar pelancongan di dalam bas. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif di mana sebanyak 35 borang soal selidik telah diedarkan kepada responden. Dapatan menunjukkan maklum balas yang positf diperolehi dari soalan yang diberikan. Penggunaan aplikasi VR Tour ini bukan sahaja dapat menambahbaik cara pengajaran dan pembelajaran bagi topik komentar pelancongan, malah ia dapat meningkatkan pemahaman pelajar terhadap topik yang dipelajari dengan lebih mudah.
Reference
1. Ahmad Haffizu Abdullah. (2022). Persepsi pensayrah terhadap Proses Pengajaran dan Pembelajaran Norma Baharu Secara Dalam Talian. Satu Kajian di Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan. National Creative Design Digest 2022 8th Edition.
2. Azrina Mohamad Sabiri, Ngatinah Jaswadi & Azira Mohd Puteh. (2020). Penerapan Teori Konstruktivisme Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Video Bagi Amali Sains Kejuruteraan di Politeknik Merlimau. Proceeding National Digital Learning Talk 2020. Dicapai pada Mei 20, 2023 dari http://www.pmm.edu.my/nDLearnT20/zxc/proceed/FINAL%20PROCEEDING%202020-2.pdf
3. Marzni Mohamaed Mokhtar et al. (2021). Inovasi Video Pengajaran 360 Darjah: Penerimaan Bakal Guru Bahasa Melayu Terhadap Penggunaan Teknologi Realiti Maya dan Aplikasi Thinglink. International Journal of Modern Education Volume 3 Issue 10 (september 2021) PP.19-31. Dicapai pada Jun 1, 2023, dari http://www.ijmoe.com/PDF/IJMOE-2021-10-09-02.pdf
4. Norazmira Zainuddin, Nur Amisha Danian & Nurul Aina Saleh. (2019). Pembelajaran dan Pengajaran Berbentuk Realiti Maya 360O dalam Seni Bina. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah. Special Issue. Dicapai pada Julai 25, 2022, dari http://journal.kuis.edu.my/jsass/images/special3/jsass_khas03_010_norazmira.pdf
5. Rabaah Abdullah, Wan Noorlizawati Wan Mat Ali & Adnan Jusoh. (2021). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam Subjek Tema “Penjajahan di Asia Tenggara pada Abad ke-19". Jurnal Perspektif (2021) Jil. 13 bil.1(1-13). Dicapai pada Jun 27, 2023 dari https://doi/10.37134/perspektif.vol13.1.1.2021
6. Sharifah Nur Abu. (2019). Penggunaan Kaedah Permainan “I-Comm Game“ Dalam Pengajaran dan Pembelajran. Proceeding of NIICe 2019. Dicapai pada Jun 24, 2023 dari https://niice.uthm.edu.my/images/galeri/Buku_Proceeding_NIICe2019_complete_8_jan_2020.pdf
7. Siti Aminah Sallehin & Fazlinda Ab Halim. (2018). Penggunaan Alat Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Multimedia dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah Menengah zon Besut. Dicapai pada Jun 27, 2023 dari https://penerbit.uthm.edu.my
8. Zaleha Abdullah & Nurhidayah Omar. (2011). Cadangan penggunaan realiti maya (desktop) sebagai bahan bantu mengajar dalam matapelajaran Lakkulus II (Graf Fungsi/Hubungan Dalam Tiga Matra) : Satu Kajian Terhadap Pelajar Tahun 2 SPT, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Journal of Science & Mathematics Education. Dicapai pada May 31, 2023 dari http://eprints.utm.my/id/eprint/12006/1/Cadangan _Penggunaan_Realiti_Maya.pdf
9. Zuraida Yaacob, Faizah Yusof, Kamal Ali, Nur Lyana Mohd Shaifuddin & Nabila Farhana (2018). Tourist Guide: An Introduction. Politeknik Merlimau Melaka.
11. Zuraida Yaacob & Faizah Yusof (2022). Penggunaan Aplikasi Realiti Maya (VR360) sebagai Medium Pengajaran dan Pembelajaran bagi Topik Komentar Pelancongan di dalam Bas. National Creative Design Digest 2022 8th Edition.