Keperluan memantapkan pendidikan seni visual (PSV) pendidikan sekolah rendah: Satu tinjauan
List of Authors
  • Anis Farahin Abdul Aziz , Azlin Iryani Mohd Noor , Norakmal Abdullah

Keyword
  • keperluan PSV, kraf tangan, kognitif, emosi

Abstract
  • Pendidikan memainkan peranan penting dalam perkembangan dan pembangunan sesebuah negara. Proses pembelajaran dan pengajaran yang berlaku dalam bilik darjah merupakan penentu utama kejayaan masa depan negara. Namun, Pendidikan Seni Visual dipinggirkan dalam mata pelajaran di sekolah dan kurang diberi perhatian untuk kemenjadian murid. Artikel ini bertujuan untuk membincangkan satu tinjauan sorotan kajian sarjana berkaitan keperluan PSV di sekolah rendah. Pengumpulan data artikel ini diperoleh dari sumber Pendidikan memainkan peranan penting dalam perkembangan ekonomi dan pembangunan sesebuah negara. Proses pembelajaran dan pengajaran yang berlaku dalam bilik darjah merupakan penentu utama kejayaan masa depan negara Google Scholar yang merangkumi artikel sarjana yang didapati tahun penerbitan dari 2011 hingga 2021. Hasil sorotan ini mendapati dua aspek menjadi tumpuan para pengkaji sarjana iaitu pengajaran dan pembelajaran dan aplikasi dan perisian bantuan pengajaran dalam PSV. Terdapat lapan artikel yang merangkumi dua artikel pengajaran dan pembelajaran dan enam artikel aplikasi dan perisian bantuan pembelajaran. Melalui hasil kajian ini, dapat membantu keperluan kajian-kajian berkaitan dengan PSV lebih banyak dilakukan terutama dalam kraf tangan agar meningkatkan perkembangan kognitif dan emosi murid.

Reference
  • 1. Adnan.R, (2017). Penggunaan “Helper Board” bagi Meningkatkan Kemahiran Mengayam Murid Tahun 1 dalam Aktiviti Ayaman Dam, Penyelidikan Tindakan Pendidikan Seni Visual 2017.

    2. Baharudin, R., Nayan, N., Fathil, N. S., Mohd Noor, A. S., Abd Hamid, S., Uyub, A., & Hasan, A. H. (2019). Pembangunan Perisian Multimedia Interaktif: Seni Anyaman Melayu: Development Interactive Multimedia Software: Malay Woven Art. Journal of ICT in Education, 1, 73–86. Retrieved from https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JICTIE/article/view/2593

    3. Baharudin.R et al (2015), Pembangunan Perisian Multimedia Interaktif: Seni Ayaman Melayu, Journal of ICT Education

    4. Hussain. F. I (2015), Penggunaan „Easy Board‟ Membantu Meningkatkan Minat Kemahiran Menghasilkan Kraf Tradisionalanyaman Kertas Bagi Murid Tahun Tiga Disekolah Kebangsaan Kebor Ayer,Kuala Terengganu, academia. edu.my

    5. Isa.B et al (2011), Pelaksanaan Program Pendidikan Guru Seni Visual Program Pendidikan Seni dan Senireka di Fakulti Pedidikan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Malaysia, Joint Conference UPI-UiTM 2011.

    6. Kementerian Pendidikan Malaysia (2019). Kurikulum Standard Sekolah Pendidikan Seni, Dokumen stadard Kurikulum dan Pentaksiran Tahun 1, Putrajaya

    7. Mahsan. I.P (2021), Ekspresi Seni Dan Komunikasi Visual Murid Berkeperluan Khas Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah, Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, Vol.10 (1), 2021 (41-54) (ISSN 2289-3032 / eISSN 2550-178X)

    8. Mat Rozi.M.D (2002). Pengajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah Kecenderungan dan Kerelevan Memenuhi Hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Wacana Seni Jil/vol.1 2002.

    9. Ramli, S., Syed Abu Bakar, S. A., & Musa Khan, S. (2017). Cabaran Yang Dihadapi Pendidikan Seni Visual Dengan Kemunculan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (Ict) Di Malaysia: Challenges Faced By Visual Art Education With The Existence Of Information And Communication Technology (Ict) In Malaysia. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 26(1), 81–93.