Strategi Kepimpinan Jurulatih Kagat Di Ilmi Bagi Menghasilkan Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Bilik Darjah
List of Authors
Azmi Budin, Mohd Nor Adli Osman, Najib Taib
Keyword
Strategi, Kepimpinan jurulatih, Pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah
Abstract
Penulisan ini bertujuan menghurai dan mengenal pasti strategi kepimpinan jurulatih Institut Latihan dan Kefahaman Islam (ILMI) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk pelatih kursus dalam bilik darjah di ILMI. Pendekatan kepada penelitian kajian ini adalah metod kualitatif dengan menggunakan kaedah menganalisis dokumen, tinjauan dan temubual. Instrumen penelitian adalah menggunakan kaedah temubual secara langsung bersama dengan jurulatih semasa di ILMI, ianya telah dilaksanakan kepada tiga orang jurulatih di pejabat masing-masing yang terletak di ILMI, Port Dickson secara bersemuka. Pengumpulan data menggunakan temubual berstruktur dan analisis dokumen. Temubual secara berstruktur bersama tiga orang jurulatih di ILMI, Port Dickson bertujuan untuk mengumpul data dari responden yang terpilih sahaja. Kesimpulan yang dibuat kepada kajian ini adalah strategi jurulatih dalam menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada pelatih kursus dengan mengenalpasti strategi kepimpinan yang perlu digunapakai dalam bilik darjah.