Kajian Kes Aplikasi Rasional Emotif Tingkah Laku (REBT) dalam Menangani Isu Tekanan
List of Authors
  • Hadijah Johari

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Pemikiran tidak rasional menyebabkan tekanan kepada seseorang pekerja sehingga membentuk emosi yang tidak seimbang dan membawa tingkah laku yang tidak wajar. Hal ini, berlaku akibat konflik diri atau interaksi dengan orang lain  atau reaksi terhadap kehidupan. Teori Rational Emotive Behavior Therapy (REBT) merupakan salah satu teori yang digunakan dalam sesi kaunseling atau terapi tetapi penerokaan REBT dalam mengatasi tekanan masih terbatas.  Kajian ini merupakan kajian dokumentasi yang menganalisis kajian kajian lepas tentang pemikiran tidak rasional akibat tekanan di tempat kerja dan diaplikasikan dalam satu kajian kes. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk membincangkan penggunaan terapi REBT bagi mengatasi kebimbangan yang dialami klien semasa dalam tekanan seterusnya mengaplikasikannya  dengan teknik ABCDE. Selain itu, kajian ini  mendapati bahawa aplikasi REBT dan proses Tazkiyah al Nafs yang melibatkan proses mujahadah al–nafs (al takhali) dan Riyadah al-Nafs (al-thalli) akan memudahkan proses menggantikan idea yang tidak rasional. Akhirnya, hasil penyelidikan ini amat berguna kepada penyelidik dan komuniti kerana didapati bahawa terapi REBT mampu membantu mengatasi tekanan akibat pemikiran yang tidak rasional.


Reference
  • No Data Recorded