“Banteras filem cetak rompak”: saranan pemantapan penguatkuasaan
List of Authors
  • Mohd Nor Shahizan Ali , Noor Aziah Abdullah

Keyword
  • Harta intelek, filem cetak rompak, literasi media, akta dan penguatkuasaan, temubual mendalam

Abstract
  • Aktiviti filem cetak rompak tidak memberi sebarang kesan persepsi kepada masyarakat negara ini. Dengan perkataan lain, aktiviti menjual, mencetak, membeli dan memiliki filem cetak rompak tidak memberi sebarang kegerunan emosi dan makin diterima sebagai budaya kepada masyarakat negara ini. Apabila memperkatakan tentang isu Harta Intelek, perkataan sinonim yang berkaitan dengannya adalah cetak rompak. Oleh kerana filem merupakan salah satu dari kategori hasil karya sastera dan seni yang dilindungi di bawah Harta Intelek, maka makalah ini akan membincangkan kaedah pembanterasan fenomena filem cetak rompak bagi melindungi Harta Intelek ini. Oleh itu, dengan menggunakan kaedah temu bual mendalam bersama para informan yang terdiri dari mereka yang terlibat secara langsung dalam industri ini, maka dapatan temu bual mendapati bahawa Literasi media memainkan peranan yang dominan dalam pelaksanaan pembanterasan aktiviti ini di kalangan masyarakat. Tidak ketinggalan saranan lain seperti penambahbaikan akta, peningkatan penguatkuasaan, peranan pihak industri, dan penglibatan penggiat seni dalam penggubalan dasar dan perundangan berupaya menyumbang kepada pemantapan penguatkuasaan terhadap fenomena filem cetak rompak di negara ini.

Reference
  • 1. Barbie,E. 2001. The Practice of Social Research. International Edition. Wadsworth.Cengage Learning.
    2. Betty Yung.2009.Reflecting on the Common Discourse on Piracy and Intellectual Property Rights: A Divergent Perspective.Journal of Business Ethics. 87:45–57
    3. Deleuze,G.1995.Negotiations, 1972-1990. New York: Columbia University Press.
    4. Einat,T. 2004. Criminal Fine Enforcement In Israel Administration, Policy, Evaluation And Recommendation. Punishment & Society Journal. 6(2): 175–194.
    5. Gall et.al. 2003.Educational Research: An Introduction. Edisi ke-7. Boston.Pearson Education, Inc.
    6. Hasmah Zainuddin. 2009. Regulator and Enforcement: A Case Study On Malaysian Communication And Multimedia Commission (MCMC) Comparatively with FCC, IDA, OFCOM And Other Regulators. Jurnal Pengajian Media Malaysia. Jilid.11.11(1):59-72.
    7. Hettinger,E. 1997. Justifiying Intellectual Property.Dalam.A.Moore.Intellectual Property: Moral, Legal & International Dillemmas.Lanham,MD:Rownan & Littlefield.
    8. Hill, C. W. L. 2007. Digital Piracy: Causes, Consequences, And Strategic Responses. Asia Pacific J Manage, 24, :9–25.
    9. International Intelectual Property Alliance.2009.IIPA Special 301 Report,2009. http://www.iipa.com/rbc/2009/2009SPEC301MALAYSIA.pdfInternational.[15 April 2014].
    10. Karaganis, J. 2011. Media Piracy in Emerging Economies. USA: Social Science Research Council.
    11. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Dasar Harta Intelek.2014.http://www.Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan.gov.my/ [3 Mac 2014]
    12. Lim Hock Eam & Hussin Abdullah. 2004. Gelagat Pembelian Barang Cetak Rompak: Kesan Faktor Harga dan Pendidikan. Jurnal Ekonomi Malaysia 38( 38) 81 –98.
    13. Motion Picture Association America .http://www.mpaa.org/our-story/[5 Mei 2014]. Mclllwain,S.J.2005.Intellectual Property Theft & Organized Crime: The Case of Film Piracy.
    14. Othman Lebar. 2014. Penyelidikan Kualitatif: Pengenalan Kepada Teori Dan Model: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Roslan Mahyuddin. 2013. http://kpdnkk.bernama.com/featuresBm.php?id=995025.[15 Mei 2014].
    15. Treverton,G.F, Matthies, K. J. C. & Goulka.J, Ridgeway G, 2009. A.Film Piracy,Organized Crime, and Terrorism.hlm.67. USA.
    16. Wang, S. 2006. Breaks, Flows, And Other In-Between Spaces: Rethinking Piracy And Copyright Governance. Policy Futures in Education, 4(4). WIPO. 2014. http://www.wipo.int/treaties/en/ip/berne/. diakses pada Januari 2014.
    17. Yar, M. 2005. The global “epidemic” of movie “piracy”: crime- wave or social construction? Media, Culture & Society, Vol. 27(5), 677–696.