Faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan pelajar dalam unit beruniform
List of Authors
  • Norazlina Mat Nayan , Ruhil Naznin Azaman

Keyword
  • kokurikulum, unit beruniform, penglibat

Abstract
  • Unit beruniform merupakan kegiatan kokurikulum yang memupuk nilai dan membangun karakter pelajar secara menyeluruh sejajar dengan salah satu bidang tumpuan di dalam Rancangan Malaysia ke 12 iaitu pembangunan modal insan. Politeknik dengan matlamat menjayakan bidang tumpuan tersebut telah mewajibkan kursus kokurikulum di dalam silibus pengajian yang diambil oleh pelajar semester 1 dan 2 samada mengikuti sukan atau pun unit beruniform. Namun, kebanyakan pelajar kurang berminat untuk melibatkan diri dalam unit beruniform. Justeru itu, satu kajian telah dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan pelajar dalam unit beruniform di Politeknik Seberang Perai. Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen dan diedarkan secara atas talian melalui Google Form. Sampel terdiri daripada 302 orang pelajar Kejuruteraan Elektrik dan Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Seberang Perai. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) bagi mendapatkan frekuensi dan skor min bagi menganalisa secara statistik deskriptif. Analisa Korelasi Pearson digunakan untuk mengkaji hubungan antara penglibatan pelajar dalam unit beruniform dengan pencapaian akademik pelajar di Politeknik Seberang Perai. Dapatan dari analisis kajian mendapati faktor pembangunan diri merupakan faktor yang dominan yang mempengaruhi penglibatan pelajar dalam unit beruniform dengan julat skor min antara 3.94 hingga 4.13 iaitu pada tahap yang sangat tinggi. Faktor pengurusan dan fasiliti yang mencapai skor min yang paling rendah tetapi dalam tahap sederhana iaitu 3.46 menunjukkan keperluan untuk pihak institusi menambahbaik fasiliti sedia bagi meningkatkan penglibatan pelajar dalam unit beruniform ini. Selain itu, dapatan analisis menunjukkan terdapat hubungan linear secara positif yang signifikan tetapi lemah antara antara penglibatan pelajar dengan pencapaian akademik pelajar dengan nilai pekali korelasi adalah p = 0.008 dengan nilai r = 0.152.

Reference
  • 1. Ahmad, J. (2002). Pemupukan Budaya Penyelidikan Di kalangan Guru di Sekolah: Satu Penilaian. Ph.D. Thesis, Fakulti Pendidikan Universiti, Kebangsaan Malaysia, Bangi.

    2. Bond, T. G., & Fox, C. M. (2015). Applying The Rasch Model Fundamental Measurement in the Human Sciences. (Routledge & T. & F. Group, Eds.) (Third Edit). New York & London.

    3. Esa, A. & Jamaludin, H (2009). Peranan Kokurikulum di Universiti dalam Membentuk Ketrampilan Mahasiswa. Universiti Tun Hussein Onn.

    4. Fadzil, N. S. & Ahmad, J. (2010). Kepentingan Kokurikulum dalam Pendidikan di Sekolah Menengah. Proceedings of The 4th International Conference On Teacher Education; Bandung, Indonesia.

    5. Ismail, F. (2020). Mastery of Soft Skills Through Co-curricular Uniform Body. Journal of Social Transformation and Regional Development, 2(3), 150-155.

    6. Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970) Determining Sample Size for Research Activities, Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610.

    7. Jumelan, J. E. (2014). Penguasaan Kemahiran Insaniah Pelajar dalam Penglibatan Aktiviti Kokurikulum Unit beruniform di UTHM (Doctoral dissertation, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia).

    8. Marican, S. (2009). Penyelidikan Sains Sosial: Pendekatan Pragmatik. Kuala Lumpur: Edusystem Sdn. Bhd.

    9. Micheal, S. (2023). Pengaruh Minat Murid, Sokongan Ibu Bapa dan Kompetensi Guru Terhadap Penglibatan Murid dalam Aktiviti Kokurikulum. Jurnal Pemikir Pendidikan, 11(1), 36-49.

    10. Micheal, S. & Ambotang, A. S. (2019). Hubungan Pengurusan Kokurikulum dengan Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Kokurikulum Sekolah Menengah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 4(7), 202-207.

    11. Mohamad, N. H., & Esa, A. (2012). Pembangunan Modal Insan Holistik Pelajar Menerusi Aktiviti Kokurikulum Politeknik. Johor: UTHM.

    12. Mohamed, N.A.S., Mohamed, N.A., & Mohamed, N.H. (2017). Proses Pelaksanaan Pengurusan Kokurikulum Yang Diamalkan Oleh Kumpulan Pengurusan Kokurikulum (Kpp Koku) Di Sekolah Menegah Harian, Lembah Klang, Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 5(1), 32-54.

    13. Ong, T. C., Nazili, T. M. A. T. M., & Lai, C. S. (2021). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Keterlibatan Pelajar Bidang Teknologi Kimpalan Dalam Ko-Kurikulum di Kolej Vokasional: Factors that Influence Welding Technology Students Involvement in Co-Curriculum at Vocational College. Online Journal for TVET Practitioners, 6(2), 80-90.Harrington, A. (2005). Modern Social Theory. 1-13.

    14. Rancangan Malaysia Kedua Belas, 2021-2025 (2021). Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. 5-32.

    15. Rozali, M. Z., & Puteh, S. (2014). Keterlibatan Pelajar Secara Aktif dalam Kokurikulum (Sukan) Terhadap Peningkatan Kemahiran Generik. Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

    16. Shamshuritawati, S. (2019). Statistics for non-statisticians: Basic guide to spss.

    17. Singh, A. (2017). Effect of Co-Curricular Activities on Academic Achievement of Students. International Journal of Education and Multidisciplinary Studies, 6(3), 241-254.

    18. Surat, S., & Rahman, S. (2022). Penglibatan Aktiviti Kokurikulum dan Kemahiran Insaniah dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(4), e001451-e001451.

    19. Tahir, L & Othman, O. (2010). Keperluan Aktiviti Kokurikulum (Beruniform) Kepada Pelajar Tingkatan Empat Di Sekolah Menengah Kebangsaan Di Daerah Langkawi. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

    20. Wamin, A. (2015). Hubungan Antara Sikap Guru Terhadap Aktiviti Kokurikulum Dengan Pengurusan Kokurikulum Sekolah Berasrama Penuh di Negeri Selangor. Tesis: Universiti Sultan Idris.