Sumber karya Mafatih al-Ghayb dalam Tafsir Nur al-Ihsan: Satu kajian
List of Authors
  • Mohd Sholeh Sheh Yusuff , Muhd Thoriq Asshiddiq Che Ahmad

Keyword
  • Tafsir Nur al-Ihsan, Mafatih al-Ghayb oleh Muhammad al-Razi, pendekatan genetic, membandingkan, sumber rujukan

Abstract
  • Syeikh Muhammad Said bin Umar telah menulis karya berjudul Tafsir Nur al-Ihsan yang merupakan sebuah karya dalam bidang tafsir al-Quran. Untuk mendalami dan memahami ayat-ayat al-Quran, masyarakat telah menggunakan karya ini sebagai rujukan mereka. Namun, beberapa sarjana telah mengkritik karya Tafsir Nur al-Ihsan ini kerana mereka beranggapan bahawa Syeikh Muhammad Said semata-mata menggunakan pandangannya sendiri ketika mentafsirkan ayat-ayat al-Quran. Hal seperti ini menyebabkan masyarakat menjadi keliru dengan kesahihan tafsiran yang dilakukan olehnya dalam Tafsir Nur al-Ihsan tersebut. Oleh itu, objektif utama penyelidikan ini tertumpu kepada mengkaji dan mengesan sumber-sumber rujukan yang digunakan oleh Syeikh Muhammad Said dalam Tafsir Nur al-Ihsan, di samping pengkaji mendedahkan bagaimana rujukan-rujukan tersebut diolah olehnya. Pendekatan genetik yang diperkenalkan oleh Goldman digunakan ketika kajian ini dijalankan. Menerusi pendekatan ini, semua sumber rujukan yang pengarang gunakan daripada karya Mafatih al-Ghayb oleh Muhammad al-Razi didedahkan. Kajian memperlihatkan bahawa pengarang Tafsir Nur al-Ihsan telah mengambil empat pendekatan ketika mengolah teks dari karya yang beliau rujuk itu iaitu; teks dinukil secara tepat dan selari dari karya Mafatih al-Ghayb oleh Muhammad al-Razi, pengarang menukil teks secara abstrak daripada karya tersebut, pengarang menghilangkan beberapa perkataan dari teks yang dirujuk sebelum dimuatkan dalam Tafsir Nur al-Ihsan, dan pengarang menambah huraian dan penjelasan terhadap teks yang dinukil. Pengkaji mendedahkan bahawa Syeikh Muhammad Said merujuk karya Mafatih al-Ghayb oleh Muhammad al-Razi ketika menulis Tafsir Nur al-Ihsan bertujuan mengukuhkan karyanya. Oleh itu, beliau berjaya berbuat demikian disebabkan teks yang dirujuk bertepatan dengan teks dalam karyanya itu.

Reference
  • 1. Zaim, M. N. (2010). Kajian Takhrij Hadith Dalam Tafsir Nur Al-Ihsan.Disertasi Sarjana Sastera, Universiti Sains Malaysia.

    2. Taib, M. I. (2003). Israiliyyat Dalam Tafsir: Kajian Terhadap Kitab Nur al-Ihsan, Karya Haji Muhammad Said bin Umar. Disertasi Sarjana Pengajian Islam, Universiti Malaya.

    3. Yusuff, M. S. (2020). Bacaan Intertekstual Terhadap Tafsir Nur al-Ihsan: Kajian Menurut Kaedah Ekspansi, Jurnal Dunia Pengurusan, Vol. 2, No. 2, 1-11, 2020.

    4. Sohaimi, A. Z. (2001). Kesusasteraan Bandingan: Perkembangan, Pendekatan Praktis. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

    5. Basmeih, A. (2000). Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Qur’an. Cetakan ke-16. Kuala Lumpur: Dar al-Fikr.

    6. Ronidin. (2011). Malin Kundang, Ibunya Durhaka. Lingua Didaktika, Volume 4 No 2, 114-125.

    7. al-Razi, M. F. (1981) Mafatih al-Ghayb. Beirut: Dar al-Fikr.

    8. Sinar, T. T. Z. (2003). Pancaran Filosofis Rabindranath Tagore dan Hinduisme pada Sanusi Pane: Satu Pendekatan Genetik. Studia Kultura, Nomor 3 Tahun 2, 211-228.

    9. Lubis, M. B. (1994). Pendekatan Genetik dalam Kesusasteraan Bandingan: Beberapa Pengantar Awal dalam Jaafar Husin (ed.), Pengantar Kesusasteraan Bandingan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    10. Shaw, J.T. (1990). “Keberhutangan Kesusasteraan dan Kajian Sastera Bandingan”, dalam Newton P. Stallknecht dan Horst Frenz (ed.), Sastera Perbandingan: Kaedah dan Perspektif, Kuala Lumpu: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    11. Umar, M. S. (1391H/1970M). Tafsir Nur al-Ihsan. Fatani: Matba’ah Bin Halabi. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.