Pengaruh faktor personaliti dan teknostres teknologi berlebihan terhadap keberkesanan gaya kepimpinan teknologi
List of Authors
  • Siti Haslina Md Harizan , Zainil Hanim Saidin

Keyword
  • ICT, kepimpinan teknologi, pendidikan jarak jauh, personaliti big five, teknostres

Abstract
  • Kajian terdahulu telah membuktikan kepentingan gaya kepimpinan teknologi terhadap perkembangan organisasi moden. Walau bagaimanapun, kajian yang mengukur kepimpinan daripada pelbagai dimensi tidak menjurus secara khusus kepada gaya kepimpinan teknologi berlandaskan ICT dan secara relatif, kajian mengenainya juga masih kurang serta tidak komprehensif. Sekiranya faktor kemanusiaan individu seperti personaliti dan teknostres berlebihan tidak diuruskan dengan lebih baik, ia akan memberi kesan buruk kepada organisasi seperti kadar pusing ganti pekerja yang tinggi akibat pekerja tidak dapat berkembang seiring dengan kepesatan teknologi. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat dengan lebih terperinci kesan personaliti individu bersama teknostres teknologi berlebihan dan bagaimana kedua-duanya memberi kesan terhadap gaya kepimpinan teknologi. Kajian ini dibuat berpandukan Teori Personaliti Big Five yang mengupas faktor dalaman individu iaitu personaliti dan stres yang didapati memberi kesan kepada kepimpinan khususnya aspek keberkesanan gaya kepimpinan teknologi. Sebanyak 316 set borang soal selidik telah dikumpul daripada para pelajar separuh masa Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia yang juga merupakan pekerja di pelbagai organisasi di seluruh Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan kedua-dua pemboleh ubah tidak bersandar iaitu teknostres teknologi berlebihan dan personaliti mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan gaya kepimpinan teknologi. Kajian ini boleh memberi panduan kepada pemimpin organisasi khususnya dalam mencari titik keseimbangan antara menguruskan manusia dan teknologi melalui pengurusan organisasi yang strategik.

Reference
  • 1. Abd Wahab, N., & Abdullah, M. Y. (2019). Hubungan gaya kepimpinan dan pengurusan kerja guru besar dengan kepuasan kerja guru Sekolah Agama Kerajaan Johor. Jurnal Ilmi, 8(1), 136-150.
    2. Ambotang, A. S., Hamid, R. H., Nazarudin, M. N., & Talip, R. (2021). Pengaruh kepimpinan instruksional, kecerdasan emosi dan personaliti guru besar terhadap prestasi kerja guru sekolah rendah di Sabah. Sains Insani, 6(1), 35–44. https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol6no1.236
    3. Andiaswati, A., Sujiono, S., & Kristiyana, N. (2018). Dampak implementation of technology computer dan computer anxiety pada technostress perangkat desa di Kecamatan Tegalombo, Pacitan. In Prosiding Seminar Nasional dan Call for Paper 3 (pp. 301-318). Fakultas Ekonomi Universitas Muhammadiyah Ponorogo.
    4. Arifin, N. F., Rahman, R. S. A. R. A., & Othman, N. (2020). Tahap personaliti Big Six dan hubungannya dengan kecenderungan keusahawanan digital dalam kalangan pelajar kolej komuniti. Jurnal Pendidikan Malaysia, 45(1 (SI)), 101-110.
    5. Asbulah, L. H., Lubis, M. A., Aladdin, A. S. H. I. N. I. D. A., & Sahrim, M. (2018). Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen strategi pembelajaran kolokasi bahasa Arab: Analisis menggunakan model Rasch. Jurnal Pendidikan Malaysia (Malaysian Journal of Education), 43, 131-140. http://dx.doi.org/10.17576/JPEN-2018-43.03-14
    6. Azis. (2015, Januari 14). Belajar statistik dengan SPSS dan manual. https://Osf.Io/92ne7/Download.
    7. Azis, E., Prasetio, A. P., Putri, L. S., & Zhafira, A. Y. (2018). Gaya kepemimpinan dan tingkat stres kerja karyawan perusahaan telekomunikasi Indonesia. Jurnal Riset Manajemen dan Bisnis, 12(2), 137-148.
    8. Aziz, S., Raop, N. A., & Shukor, M. F. A. (2021). Pengaruh faktor teknologi maklumat dan komunikasi terhadap kualiti hidup dalam kalangan belia. Jurnal 'Ulwan, 6(1), 110-126.
    9. Bahari, A. (2020, Januari 2). Pengaruh kepimpinan servant, personaliti proaktif, ciri sosial reka bentuk kerja terhadap gelagat kewarganegaraan organisasi. https://etd.uum.edu.my/8091/2/s94364_02.pdf.
    10.
    11. Bujang, Z., & Yusof, Y. Z. (2015). Trait personaliti dan hubungan dengan prestasi akademik bakal guru di sebuah institusi latihan perguruan. Jurnal Bitara Edisi Khas (Psikologi Kaunseling), 8, 171-180.
    12.
    13. Chandrarin, G. (2017, Februari 15). Metode riset akuntansi: Pendekatan kuantitatif. https://openlibrary.telkomuniversity.ac.id/pustaka/141638/metode-riset-akuntansi-pendekatan-kuantittif.html.
    14. Daud, W. R. W., Muhamad, T. A., & Yunus, M. M. (2020). Hubungan dan pengaruh personaliti Big Five kepada sikap terhadap sukan dalam kalangan pelajar pintar cerdas akademik. Jurnal Pendidikan Malaysia (Malaysian Journal of Education), 45(1), 41-51.
    15. Esplin, N. L., Stewart, C., & Thurston, T. N. (2018). Technology leadership perceptions of Utah elementary school principals. Journal of Research on Technology in Education, 50(4), 305-317. http://dx.doi.org/10.1080/15391523.2018.1487351
    16. Fadil, S., Rahayu, E., & Yulidar, S. (2021). Pengaruh gaya kepemimpinan otokratik, demokratik, dan laissez–faire terhadap kinerja karyawan pt. Diva cash dan kredit Palembang [Doctoral dissertation, University of Palembang].
    17. Fayol, H. (1916). General principles of management. Classics of Organization Theory, 2(15), 57-69.
    18. Fuad, N. I. B. A., & Maat, S. M. (2020). Sorotan literatur bersistematik: Faktor stres dalam kalangan guru Matematik. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(11), 167-173. https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i11.554
    19. Goldberg, L. R. (1992). The development of markers for the Big-Five factor structure. Psychological Assessment, 4(1), 26. https://psycnet.apa.org/doi/10.1037/1040-3590.4.1.26
    20. Hashim, A., Mustapha, N. H., Malek, M. C., & Shaedin, A. F. (2017). The relationship between big five personality and organizational citizenship behavior. In Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah (ICoMM 2017). http://conference.kuis.edu.my/icomm/4th/eproceedings/IC%20029.pdf
    21. Hazmir, I. (2017, November 3). Stres dan kesihatan. https://kl.utm.my/pendaftar/files/2017/10/Stress-dan-kesihatan-Dr.-Izzat-Hazmir-bin-Ismaal.pdf.
    22. Ibrahim, H., Shamsudin, F. M., Zin, M. L. M., & Subramaniam, C. (2018). Understanding user characteristics as antecedents of technostress towards HRMIS: A Mixed-Method Study. Jurnal Pengurusan, 53, 37-47. http://dx.doi.org/10.17576/pengurusan-2018-53-04
    23. Ismail, F., & Kadir, A. A. (2021). Personaliti Big Five dengan prestasi kerja pengurusan sumber manusia. Human Sustainability Procedia, 1(1), 29-44.
    24. John, O. P., Donahue, E. M., & Kentle, R. L. (1991). Big five inventory. Journal of Personality and Social Psychology, 61(2), 349-358. https://doi.org/10.1037/0022-3514.61.2.349
    25. Juraime, F., & Hamzah, M. I. M. (2017). Kepimpinan teknologi pengetua dan hubungannya dengan prestasi akademik sekolah di Malaysia. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 2(5), 215-230.
    26. Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH). (2011). Panduan menangani stres. https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Rujukan/NCD/Kesihatan%20Mental/6_Panduan_Menangani_Stres.pdf
    27. Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607-610. https://doi.org/10.1177/001316447003000308
    28. Latif, N. S., & Rodzalan, S. A. (2021). Hubungan di antara ciri-ciri pekerjaan dan faktor yang mempengaruhi teknostres dalam kalangan guru sekolah menengah di Johor Bahru. Research in Management of Technology and Business, 2(1), 106-122.
    29. Lee, A. R., Son, S. M., & Kim, K. K. (2016). Information and communication technology overload and social networking service fatigue: A stress perspective. Computers in Human Behavior, 55, 51-61. https://doi.org/10.1016/j.chb.2015.08.011
    30. Norhayati, M. D., & Aida Hanim, A. H. (2018). Kepimpinan teknologi pengetua dan hubungan terhadap kompetensi ict guru Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Seremban dan Kuala Pilah. In Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam 2018.
    31. Okolo, D., Kamarudin, S., & Ahmad, U. N. U. (2020). Technostress creators and counterproductive work behavior: A cross-sectional study of Nigerian Banks. Organizational Cultures, 20(1), 23. http://dx.doi.org/10.18848/2327-8013/CGP/v20i01/23-36
    32. Omar, M. N., Ismail, S. N., & Kasim, A. L. (2019). Hubungan kepimpinan teknologi pengetua dan efikasi kendiri guru. JuPiDi: Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 6(4), 1-21.
    33. Omar, M. N., Ismail, S. N., & Kasim, A. L. (2020). Karakter kepimpinan teknologi pengetua dalam pengintegrasian ICT di sekolah menengah. JuPiDi: Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 7(1), 28-46.
    34. Penado Abilleira, M., Rodicio-García, M. L., Ríos-de Deus, M. P., & Mosquera-González, M. J. (2021). Technostress in Spanish university teachers during the Covid-19 pandemic. Frontiers in Psychology, 12, 617650. https://doi.org/10.3389/fpsyg.2021.617650
    35. Pinatih, I. G. B. A., & Gorda, A. A. N. E. S. (2017). Gaya kepemimpinan, beban kerja, stres kerja, teknologi informasi, dan kinerja karyawan. Jurnal Ilmiah Manajemen dan Bisnis, 2(2), 298-310.
    36. Rammstedt, B., & John, O. P. (2007). Measuring personality in one minute or less: A 10-item short version of the Big Five Inventory in English and German. Journal of Research in Personality, 41(1), 203-212. https://doi.org/10.1016/j.jrp.2006.02.001
    37. Rizkya, P. K., & Prasetio, A. P. (2018). Pengaruh gaya kepemimpinan terhadap stres kerja anggota Polri Divisi PROPAM Polda Jawa Barat. Almana: Jurnal Manajemen dan Bisnis, 2(1), 105-115.
    38. Rosellini, A. J., & Brown, T. A. (2011). The NEO Five-Factor Inventory: Latent structure and relationships with dimensions of anxiety and depressive disorders in a large clinical sample. Assessment, 18(1), 27-38. https://doi.org/10.1177/1073191110382845
    39. Shirish, A. (2021). Cognitive-affective appraisal of technostressors by ICT-based mobile workers and their impacts on technostrain. Human Systems Management, 40(2), 265-285. http://dx.doi.org/10.3233/HSM-200979
    40. Shukor, A. S., & Abdullah, N. A. (Year). Relationship of personality traits and work suitability in the emergency and trauma department among assistant medical officers. Jurnal Psikologi Integratif, 8(1), 93-102.
    41. Taib, N. H. B. (2018). Kajian hubungan di antara personaliti Big Five dengan gaya kepimpinan di sebuah organisasi swasta. http://eprints.utm.my/id/eprint/86173/1/NorHudaTaibMFM2018.pdf
    42. Talip, R. B., & Tiop, T. A. (2020). Kesan komitmen organisasi pendidikan sebagai moderator ke atas hubungan kepimpinan teknologi pengetua dalam pengurusan kurikulum dengan efikasi kendiri guru. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(3), 30-46. https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i3.373
    43. Tarafdar, M., Cooper, C. L., & Stich, J. F. (2019). The technostress trifecta‐techno eustress, techno distress and design: Theoretical directions and an agenda for research. Information Systems Journal, 29(1), 6-42. https://doi.org/10.1111/isj.12237
    44. Thamodharan, T., Ghani, M. F. A., & Radzi, N. M. (2021). Kepimpinan teknologi pengarah dan pengurusan TMK Kolej Vokasional Zon Tengah, Malaysia. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 9(3), 34-49.
    45. Thannimalai, R., & Raman, A. (2018). Principals’ technology leadership and teachers’ technology integration in the 21st century classroom. International Journal of Civil Engineering and Technology, 9(2), 177-187. http://dx.doi.org/10.29333/iji.2019.12428a
    46. Yunus, M. K. (2019). Pengaruh teknologi informasi dan gaya kepemimpinan terhadap kinerja organisasi pada PT. Bosowa Semen. Economics Bosowa, 5(001), 14-32.