Motivasi belajar dan keterlibatan dalam pembelajaran kemahiran mengarang bahasa melayu
List of Authors
  • Fadzilah Abd Rahman , Zuraini Jusoh

Keyword
  • Motivasi belajar, keterlibatan dalam pembelajaran, berpencapaian rendah, kemahiran mengarang, Bahasa Melayu

Abstract
  • Murid-murid yang mempunyai motivasi belajar dapat diperhatikan melalui keterlibatan mereka dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kajian lepas menunjukkan bahawa murid rendah pencapaian kurang bermotivasi dan keterlibatan dalam pembelajaran. Namun, timbul persoalan adakah murid-murid ini kurang bermotivasi dan keterlibatan dalam semua mata pelajaran atau mata pelajaran tertentu sahaja? Oleh itu, dengan memberi fokus kepada kemahiran mengarang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, kajian berbentuk tinjauan secara deskriptif menggunakan borang soal selidik telah dijalankan. Sebanyak 166 borang soal selidik menggunakan skala Likert empat mata telah diedarkan kepada tiga buah sekolah. Hasil dapatan menunjukkan bahawa murid-murid rendah pencapaian ini mempunyai motivasi belajar (min = 3.03, sp = 0.38) dan keterlibatan dalam pembelajaran (min = 3.09, sp = 0.39) kemahiran mengarang yang tinggi. Dapatan ini berbeza sekali dengan dapatan pengkaji sebelum ini. Sehubungan dengan itu, kajian lebih lanjut dicadangkan untuk mengetahui secara lebih mendalam apakah faktor yang membuatkan murid-murid ini bermotivasi dan mempunyai keterlibatan yang tinggi dalam kemahiran mengarang. Adakah disebabkan oleh pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru, pengaruh ibu bapa, kesedaran diri murid- murid itu sendiri ataupun faktor lain?

Reference
  • 1. Abdul Sukor Shaari, Yahya Don, & Yaakob Daud (2005). Motivasi belajar dan harga diri : hubungan dengan pencapaian akademik dan kegiatan kokurikulum pelajar sekolah menengah. http://www.psb1.uum.edu.my/TESIS/Penyelidikan%20Print/2005/DR.%20ABD.%20 SUKOR%20SHAARI,%20YAHYA%20DON%20DAN%20YAAKOB%20DAUD.p df.
    2. Ainley, M. (2004). What do we know about student motivation and engagement? Paper Presented at the Anual Meeting of the Australian Association for Research in Education, Melbourne 29 November hingga 2 December. http://www.aare.edu.au/04pap/ain04760.pdf.
    3. Arlindo Francisco Marcal (2006). Pengaruh motivasi belajar dan disiplin diri terhadap prestasi belajar karyasiswa Timor-Lestle di Jakarta. Jurnal Manajemen Punlik dan Bisnis. http://www.scribd.com/doc/68617665/Motivasi-Dan-Displin-Dri.
    4. Awang Sariyan (2004). Teras pendidikan bahasa Melayu asas pegangan guru. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
    5. Azizi Yahaya (2004). Enhancing intrinsic motivation and parenting to help underachieving students to perform well in school. Unpublished. Universiti Teknologi Malaysia. http://eprints.utm.my/5937/.
    6. Bropy, J. (2010). Motivating students to learn (3 rded.) New York: Routledge Taylor & Francis Group.
    7. Chapman, C. & Vagle, N. (2011). Motivating students: 25 strategies to light the fire of engagement. Bloomington: Solution Tree Press.
    8. Cox, H. (2009). Coaching underachieving students to achieve their dreams. http://ezinearticles.com/?Coaching-Underachieving-Students-to-Achieve-Their- Dreams!&id=2350660.
    9. Dunnewind, S. (2002). How to identify underachieving students and motivate them to reach for the stars. http://community.seattletimes.nwsource.com/archive/?date=20021019&slug=underac hieve19
    10. Fredricks, J.A., Blumenfeld, P.C., & Paris, A.H. 2004. School engagement: potential of the concept, state of the evidence. Review of Educational Research, 74 (1), 59 - 109.
    11. Gammill, D.M. (2006). Learning the write way. International Reading Association. The Reading Teacher, 59 (8),754 - 762.
    12. Ghazi Ghaith (2001). Teaching writing: Approaches and activities. http://www.udveksling.com/TeaWrit2010/TeaWrit2010Week2Raimes1Ans.pdf.
    13. Klem, A.M., & Connell, J.P. (2004). Relationship matter: Linking teacher support engagement and achievement. Journal of School Health, 74 (7), 262 - 272.
    14. Mahzan Arshad (2008). Pendidikan literasi bahasa Melayu: Strategi Perancangan dan Pelaksanaan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
    15. Marks, H.M. (2000). Student Engagement in instructional activity: Patterns in the elementary, middle, and high school years. American Educational Research Journal, 37(1), 153 - 184.
    16. Mohd. Majid Konting (2005). Kaedah penyelidikan pendidikan. Selangor: Perpustakaan Negara Malaysia.
    17. National Center for School Engagement (2006). Quantifying school engagement: an initiative of the Colorado faundation for families and children (Research Report). Denver: Anenue Suite.
    18. Noraini Idris (2010). Penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
    19. Othman Puteh (2002). Tip dan motivasi penulisan genre cerpen. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
    20. Stipek, D. (2002). Motivaton to learn: Integrating theory and practice (4 thed.) Boston: Allyn & Bacon.
    21. Suria Baba & Juriah Long (2010). Pedagogi Bestari dalam Aktiviti Prapenulisan Bahasa Melayu. Dalam Juriah Long (Penyunting) (2010). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
    22. Suskim Riantani & Sri Wiludjeng (2008). Analisis faktor-faktor motivasi belajar mahasiswa. Jurnal Bisnis, Manajemen dan Ekonomi. Universitas Widyatama, 9 (3), 1627-1635.
    23. Willms, J.D. (2003). Student engagement at school: A sense of belonging and participation, Result from PISA 2000. OECD, Organization for Economic Co-Operation and Development.
    24. Zaidatol Akmaliah Lope Pihie & Foo Say Fooi (Editor) (2005). Memperkasa pendidikan pelajar berisiko. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
    25. Zulkifley Hamid (2005). Penilaian pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.