Peranan Bahasa Mandarin dalam Interaksi dengan Komuniti Cina: Kajian di MACMA Kedah dan Pulau Pinang
List of Authors
Tan Hua An, Tan Tiam Lai
Keyword
bahasa Mandarin, MACMA, Cina Muslim
Abstract
Kajian ini bertujuan mengkaji penggunaan bahasa Mandarin dalam aktiviti dan program yang dianjurkan oleh Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) di Kedah dan Pulau Pinang serta kesannya terhadap komuniti sasaran. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui temu bual separa berstruktur melibatkan empat orang responden yang aktif dalam persatuan tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa bahasa Mandarin digunakan secara meluas dalam aktiviti persatuan, kelas pengajian, komunikasi harian dan program sosial. Dalam aktiviti dan program yang melibatkan pelbagai kaum, bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar untuk memastikan keterangkuman dan mengelakkan jurang komunikasi. Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan penggunaan bahasa Mandarin bukan sahaja berkesan dalam menyampaikan dakwah, tetapi juga berperanan sebagai medium komunikasi yang menyokong interaksi sosial, memperkukuh hubungan silaturahim, memelihara identiti budaya serta meningkatkan pemahaman terhadap ajaran agama dalam kalangan Cina Muslim dan komuniti Cina bukan Muslim.