Peranan whistleblowing dalam meningkatkan integriti anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM): kajian ke atas kontinjen Perak
List of Authors
  • Megat Ayop Megat Arifin

Keyword
  • Whistleblowing, persepsi, praktik, amalan, anggota PDRM, budaya, integriti, organisasi, pengaruh

Abstract
  • Praktik whitsleblowing merupakan salah satu amalan positif dalam organisasi yang mampu untuk meningkatkan tahap integriti ahli-ahli dalam sesebuah organisasi. Namun begitu, praktik whistleblowing juga turut tidak dapat mengelak daripada mengundang pelbagai respon khususnya dalam kalangan ahli organisasi itu sendiri. Praktik sebegini turut dilihat sebagai salah satu faktor yang boleh memudaratkan organisasi di samping mendedahkan pelapor (whistleblower) kepada beberapa bentuk ancaman ugutan dari luar dan diskriminasi dalam organisasi. Kertas ini merupakan satu upaya untuk melihat perkaitan antara persepsi anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Perak melalui peranan amalan whistleblowing terhadap persepsi peningkatan integriti anggota. Seterusnya, mengenalpasti maksud whistleblowing dan pengaruhnya terhadap tahap integriti anggota dalam organisasi. Kajian ini menggunakan analisis kuantitatif berbentuk deskriptif bagi mengenalpasti corak hubungan yang wujud antara persepsi terhadap amalan whistleblowing dengan persepsi terhadap peningkatan integriti berdasarkan tiga pembolehubah asas iaitu faktor demografi, tanggapan terhadap praktik whistleblowing dan kesan daripada tindakan membuat laporan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa anggota PDRM Perak mempunyai persepsi yang positif terhadap praktik whistleblowing yang mana ianya dilihat perlu dilaksanakan dalam meningkatkan integriti anggota.

Reference
  • 1. __________. (1988). Personnel Psychology: “Individual and Situational Correlates of Whistleblowing.” 41: 267-281.
    2. Glazer, M. P. and Glazer, P.M. (1989). The Whistleblowers: Exposing Corruption in Government and Industry. New York. Basic Books, New York Publication.
    3. Hair, J. F., Anderson, R. E., Tatham, R. L., & Black, W. C 2007. Multivariate Data Analysis, fifth edition. New Jersey: Prentice-Hall International, Inc.
    4. Ikerd, T. E. 1989. Examining the institutionalization of problem-oriented policing: the charlotte- mekcklenburg police deparment as a case study. Dissertation Degree of Doctor Philosophy. University of Nebraska.
    5. Johson, R. A. 2003. Whistleblowing: When it Works--and why. London: Lynne Reinner Publishers.
    6. Kadir, Nadhrah, Jusoff & Kamaruzaman. 2009. Strategic management and improvement of the Malaysian police from the perspective of the Royal Commission Report.
    7. Journal of Law and Conflict Resolution, 1 (4). 072-078. Strategic management and improvement of the Malaysian police from the perspective of the Royal Commission Report.
    8. Kelman, S. 1987. Making Public Policy: A Hopeful View of American Government. NewYork: Basic Books.
    9. Krajcie, P., & Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610
    10. Miceli, M. P., Near, J., Dworkin, T,. 2013. Whistle-Blowing in Organizations New York: Taylor & Francis Group.
    11. Nadrah, Kamaruzaman, Kadir, & Jusoff. 2009. The Royal Commision Report for strategic management and improvement of the Royal Malaysian Police. Management Science and Engineering , 3 (3). pp. 28-37.
    12. Near, J.P. and Micelli M.P. 1985. Organizational Dissidence: The case of whistleblowing. Journal of Business Ethics, 4: 1-6.
    13. New Straits Time. Report of the Royal Commission to Enhance the Operation and Management of the Royal Malaysia Police. (2005). Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.
    14. Report of the Royal Commission to Enhance the Operation and Management of the Royal Malaysia Police. 2005. https://books.google.com.my/books?id=P77aAAAAMAAJ&q=Report+of+Ro yal+Commission,+2005&dq=Report+of+Royal+Commission,+2005&hl=en& sa=X&ved=0ahUKEwiCoJXnvr3LAhUVC44KHY47AL8Q6AEIGjAA [2 Disember 2015]
    15. Reiner, R. 2010. The Politics Of The Police. United State: Oxford University Press.
    16. Schein, E. H. 2010. Organizational Culture and Leadership. San Francisco: John Wiley Imprint.
    17. Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia. Transparency International. 2010. http://www.transparency.org/ [2 Januari 2016]
    18. Zawiyah Baba. 2004. Bersama ke arah masyarakat berilmu. Perutusan tahun baru 2004 disampaikan di Auditorium Perpustakaan Negara Malaysia, 12 Januari.
    19. Zawiyah Mohd Zain, Noor Faizah Dollah & Muslimin Wallang. 2005. Laporan Kajian: Pengalaman, Persepsi dan Faktor Penggalak ‘Whistleblowing’ Di Kalangan Pegawai Kastam Kedah dan Perlis.