Datuk nenek menjaga cucu: faktor penyumbang dan cabaran penjagaan
List of Authors
  • Doris Dagang , Khadijah Alavi

Keyword
  • Penjagaan, cabaran, datuk nenek, cucu, anak dewasa

Abstract
  • Perubahan sosial dan struktur keluarga yang berlaku dalam masyarakat hari ini telah menyebabkan datuk nenek terlibat dalam tugas menjaga cucu. Datuk nenek sememangnya memainkan peranan penting dalam mengukukuhkan hubungan intergenerasi keluarga di negara ini. Tugas menjaga cucu yang diambil alih oleh datuk nenek bukanlah suatu tanggungjawab yang mudah. Pelbagai aspek berkaitan dengan permasalahan ini berjaya diterokai. Artikel ini dijalankan bertujuan untuk menganalisis beban dan cabaran yang dihadapi oleh datuk nenek yang menjalankan tugas menjaga cucu sepenuhmasa. Pendekatan kualitatif yang digunakan ialah kaedah temubual mendalam keatas 6 responden berumur 60 tahun ke atas untuk mendapatkan pengalaman mereka dalam penjagaan cucu secara sepenuhmasa. Hasil kajian mendapati terdapat beberapa faktor penyumbang dan cabaran yang dihadapi oleh datuk nenek yang mengambil alih tugas menjaga cucu secara sepenuhmasa. Faktor penyumbang kepada penjagaan cucu merangkumi penglibatan anak dewasa dalam pekerjaan, melanjutkan pengajian, perceraian dan kematian muda. Manakala dari segi cabaran yang dihadapi dalam kalangan datuk nenek ialah beban fizikal, kewangan, kesihatan mental dan kesihatan. Artikel ini merumuskan bahawa dalam era modenisasi, anak dewasa perlu ada kesedaran dan prihatin mengenai kesejahteraan hidup ibu bapa tua (datuk nenek) yang menghadapi pelbagai cabaran dalam menjaga cucu secara sepenuhmasa. Justeru itu, keluarga, komuniti dan pihak berkepentingan perlu mengambil tanggungjawab dalam menangani isu penjagaan cucu oleh datuk nenek dengan program dan aktiviti lebih komprehensif.

Reference
  • 1. Dorothy Ayer’s Conts. 2007. Introduction: The Practice and Prospects of Grandparenting in the Pacific. University of British Columbia, Okanagan.
    2. Duniform, R., & Kowalksi-Jones, L. (2007). The Influence of Grandparents in Single Mother Families. Journal of Marriage and Family.
    3. Eun Ha Namkung. 2009. Grandparents Raising Grandchildren. Ethnic and Household Dif erences in Health and Service Use. George Warren Brown School of Social Work, Washington University in Saint Louis.
    4. Gerald Y. Michaels, Wendy A. Goldberg. 1998. The Transition Of Parenthood. Cambridge Press Syndicate of the University of Cambridge.
    5. Gregory. E. Kennedy. 2006. Updating for Curriculum Development. Grandparenthood Literature for Family Life Educators. Central Missouri State University.
    6. Hj. Ishammudin Hj. Ismail. 2009. Kaunseling Keibubapaan ke Arah Pembentukan Sahsiah Mulia Bakal Pewaris Negara. Selangor Darul Ehsan. Aras Mega (M) Sdn. Bhd.
    7. Jacqueline V. Lerner. 2004. Working Women and Their Families. California. Sage Publication John Eekelaar, Petar Sarcevic. 2005. Parenting in Modern Society. Netherland. Martinus Nijhoff Publisher.
    8. John O. Copper, Denzil Edge. 2006. Strategies & Educational Methods. London. Charles E.Merril Publishing Co.
    9. Kenneth H. Rubin Ock Boan Chung. 2006. Parenting Beliefs, Behaviours, and Parent Child Relation. Britain. Taylor & Francis Group.
    10. Kim John Payne, Lisa M. Ross. 2009. Simplicity Parenting. New York. Random House Publishing Group.
    11. Kvale S. 1996. Interviews: An Introduction to Qualitative Research Interviewing. London.Sage Publications.
    12. ldrop, D. P., & Weber, J. A. (2001). From grandparent to caregiver: The stress and satisfaction of raising grandchildren. Families in Society: Journal of Contemporary Human Services.
    13. Luciano L’abate. 2002. Family Evaluation Psychological. United Kingdom. Sage Publication Ltd. Marc H. Bornstein, Miriam R. Linver & Jeanne Brooks-Gunn. 2004. Parenting : Science &Practice. London. Publishers Mahwah New Jersey.
    14. Mark Kramer. 2012. Grandparent and Psychological Parent Right in Oregon after Troxel. Kramer Associates, Portland.
    15. Meme Hieneman, Karen Child, Jane Sergay. 2006. Parenting with Behaviour Support. New York. Paul H. Brooking Publishing.
    16. Merrim, S.B. 1998. Qualitative Research and Case Study Application ini Education. Ed ke-2. Thousand Oaks, Caluff: Sage.
    17. Mikiyasu Hakoyama & Eileen E. MaloneBeach. 2012. Young Adult Grandchildren’s Perceptions of Grandfather Roles. The American Association of Behavioral and Social Sciences Journal.
    18. Nattavudh Powdthavee. 2011. Life Satisfaction and Grandparenthood. Evidence from a Nationwide Survey. Nanyang Technological University and IZA.
    19. Orit Taubman, Ben-Ari. 2008. Becoming and Developing. Personal Growth in the Wake of Parenthood and Grandparenthood. The Louis and Gabi Weisfeld School of Social Work, Bar Ilan University, Israel.