Pembelajaran KOMSAS Bahasa Melayu terhadap murid sekolah menengah melalui pendekatan terbeza
List of Authors
  • Jeniffer Len anak Janang , Zamri Mahamod

Keyword
  • pembelajaran, KOMSAS, Pendekatan Terbeza, murid sekolah menengah

Abstract
  • Kepelbagaian jenis murid dalam satu kelas sudah pasti mempunyai corak pembelajaran yang pelbagai dalam memahami KOMSAS. Malah, pelbagai pendekatan digunakan bagi menarik minat murid dalam mempelajari elemen ini termasuk Pendekatan Terbeza. Maka, kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap sikap serta minat murid sekolah menengah dan perbezaan min sikap dan minat yang signifikan berdasarkan faktor jantina murid dalam mempelajari elemen KOMSAS melalui Pembelajaran Terbeza. Pengkaji menggunakan soal selidik dengan empat skala likert untuk mengumpulkan data bagi kajian ini. Analisis deskriptif soal selidik mendapati sikap (min=3.08) dan minat (min=3.17) murid terhadap Pembelajaran KOMSAS melalui Pendekatan Terbeza. Manakala Ujian-T mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina iaitu sikap murid perempuan (min=3.19) lebih tinggi daripada sikap murid lelaki (min=3.02). Namun didapati bahawa tiada perbezaan yang signifikan antara minat murid lelaki dan murid perempuan. Minat murid lelaki (min=3.15) dan murid perempuan (min=3.19). Oleh itu, diharapkan para guru mengenal pasti kepelbagaian corak pembelajaran murid berdasarkan faktor jantina dan mempelbagaikan pedagogi untuk mengubah sikap murid dan meningkatkan lagi minat murid dalam mempelajari KOMSAS melalui Pendekatan Terbeza. Kajian ini juga diharapkan dapat membantu dalam memberikan maklumat tentang corak pembelajaran KOMSAS kepada guru dan pengkaji-pengkaji yang akan datang.

Reference
  • 1. Alizah Lambri dan Zamri Mahamod. (2017). Penggunaan alat bantu mengajar dalam pengajaran Bahasa Melayu menggunakan pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar. International Jurnal of Education, Psychology and Counseling, 4(33),78-94.

    2. Chew Fong Peng dan Siti Syahirah. (2021). Pengetahuan, sikap dan kesediaan pelajar terhadap peta pemikiran I-Think dalam pembelajaran KOMSAS dalam Bahasa Melayu di sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Jil. 11(2), 15-25.

    3. Hamir dan Mohamad Hilmi. (2019). Inovasi pengajaran untuk menarik minat pelajar menguasai ilmu tajwid. International Journal of Humanities Technology and Civilization, 1(6), 1689-1699.

    4. Harackiewicz, J.M., Smith, J.L. dan Priniski, S. J. (2018). Interest matters: The importance of promoting interest in education. Policy Insights Behavior Brain Science, 3(2), 220-227

    5. Mat Lui, M. Z., & Ahmad, A. (2021). Minat Murid Terhadap Gaya, Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Guru dalam Pendidikan Sejarah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(2), 211 - 221. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i2.676

    6. Mispuah Hassan. (2015). Keberkesanan Pembelajaran Berasaskan Projek Terhadap Kemahiran Abad ke-21 Dalam Topik MitosiS. Prosiding International Seminar On Technical Vocational Education. 18(1)

    7. Noor Erma Abu dan Leong Kwan Eu. (2014). Hubungan antara sikap, minat, pengajaran guru dan pengaruh rakan sebaya terhadap pencapaian Matematik Tambahan tingkatan 4. Jurnal Kurikulum dan Pengajaran Asia Pasifik, 2(1), 1-10.

    8. Santangelo dan Tomlinson. (2008). The application of differentiated instruction in postsecondary environments: Benefits, challenges, and future directions. International Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 20(3), 307-323

    9. Salleh. (2005)

    10. Srikandi Saemah, Samaon and Mary Fatimah, Subet (2020) Teori Relevans dalam Pembelajaran KOMSAS. Borneo International Journal, 2 (4). pp. 47-54. ISSN 2636-9826

    11. Tomlison, C. A. (1999) . Mapping a route toward a differentiated instruction. Educational Leadership, 57(1), 12.

    12. Wan Dyarudin Wan Mustappa. (2017). Keberkesanan teknik membaca SQ3R dalam pengajaran kefahaman membaca di sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7(1), 1-10

    13. Yulianingsih dan Lumban. (2019). Keterampilan guru PAK untuk meningkatkan minat belajar murid dalam proses pembelajaran di kelas. FIDEI: Jurnal Teologi Sistematika dan Praktikal, 2(1), 100-119. https://doi.org/10.34081/fidei.v2i1.47