Ekspresi emosi sebagai satu bentuk komunikasi watak menerusi Hikayat Nakhoda Muda dan Hikayat Parang Puting
List of Authors
  • Nadiatul Shakinah Abdul Rahman

Keyword
  • Bahasa, emosi, ekspresi, komunikasi, Hikayat Nakhoda Muda, Hikayat Parang Putting

Abstract
  • Kesusasteraan yang dihasilkan bertujuan untuk dikongsikan bersama khalayak pembaca. Penghasilan karya sastera bertunjangkan kepada idea, pemikiran, gagasan dan perasaan pengarang yang diadun menggunakan medium bahasa sebagai saluran penyampaian. Bahasa berfungsi sebagai alat komunikasi dalam menyampaikan ilmu, idea, pendapat, buah fikiran, melahirkan emosi dan perasaan melalui pengucapan, gerak-geri atau bahasa badan, tulisan, lukisan dan isyarat. Sehubungan itu, emosi merupakan salah satu unsur yang mendasari sesebuah karya sastera. Hal ini kerana unsur emosi di dalam karya sastera bukan sahaja berperanan sebagai saluran komunikasi tetapi, turut mewarnai dan mencorakkan penceritaan di dalam karya tersebut. Lantaran itu, menerusi artikel ini akan membincangkan ekspresi emosi watak sebagai wahana komunikasi watak utama dalam Hikayat Nakhoda Muda dan Hikayat Parang Puting yang digunakan sebagai data kajian artikel ini. Artikel ini akan menggunakan kaedah kepustakaan dan analisis data kajian. Justeru, penelitian terhadap ekspresi emosi akan ditelusuri menerusi ekspresi wajah, suara, tingkah laku dan sentuhan dalam berkomunikasi. Hasil dapatan artikel ini akan dapat memberikan sumbangan dalam pengkajian ekspresi emosi khususnya dalam kesusasteraan dan menjadi rujukan kepada para pengkaji yang seterusnya.

Reference
  • 1. Ahmad, J. (1980). Hikayat parang puting. Dewan Bahasa dan Pustaka.
    2. Aziz, S. A. (2012). Duka sebagai satu ekspresi sastera: Estetika syair-syair terpilih. Dlm. Salleh, M. H. Pandangan dunia Melayu pancaran sastera. Dewan Bahasa dan Pustaka.
    3. Gani, W. A. (2004). Hikayat nakhoda muda. Dewan Bahasa dan Pustaka.
    4. Hude, M. D. (2006). Emosi: Penjelajahan religio-psikologis tentang emosi manusia di dalam al-Quran. Penerbit Erlangga.
    5. Kadir, N. H. B. N. A. (2005). Citra komsas. Penerbit Universiti Sultan Idris.
    6. Maksum, M. S. (2009). The power of air mata. Mutiara Media.
    7. Omar, A. (1990). Aspek bahasa dan kajiannya: Kumpulan siri ceramah peristilahan. Dewan Bahasa dan Pustaka.
    8. Othman, M.B., & Ahmad, M.K. (2015). Pengantar komunikasi. Penerbit Universiti Utara Malaysia.
    9. Zainal, A. (2007). Berfikir dan emosi. Dlm. Zainal, A., & Shuib, M. Meningkatkan potensi minda. PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.