Pembinaan kerangkan konseptual kajian mengenai rangka kerja pembangunan ilmu metakognitif untuk work-based learning (WBL) Politeknik Malaysia
List of Authors
W.R.W. Omar , Z. Mohamad
Keyword
BEU, rangka kerja metakognitif, kolaborasi
Abstract
TVET merupakan pendekatan pembelajaran yang mempersiapkan diri seseorang pelajar dengan ilmu dan kemahiran yang sangat berkaitan dengan pekerjaan yang bakal diceburi. Proses pendidikan selain pendidikan umum yang melibatkan pembelajaran dalam bidang berkaitan teknologi dan sains, latihan kemahiran praktikal, serta sikap, pemahaman dan pengetahuan tentang pekerjaan dalam pelbagai sektor ekonomi dan kehidupan sosial. Justeru, Work Based Learning (WBL) merupakan satu kaedah pembelajaran yang menggabungkan dua medium pembelajaran iaitu pembelajaran teori di institusi dan pembelajaran kemahiran di industri yang bertujuan untuk melahirkan graduan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran bidang yang tinggi. Program yang menggunakan kaedah ini telah berkembang apabila politeknik meneruskan penawaran program menggunakan kaedah WBL dalam program Ijazah Sarjana Muda Teknologi kejuruteraan Elektronik (Elektronik Perubatan) dengan kepujian (BEU). Kolaborasi pintar antara Politeknik Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah (PSA) bersama tiga (3) konsesi hospital dan beberapa syarikat berkaitan. kajian menunjukkan melalui proses pelaksanaan yang jelas dan penilaian yang mantap membolehkan pelajar mendapat pengetahuan, kemahiran dan tingkah laku yang cemerlang Artikel ini bertujuan untuk membincangkan kerangka teori kajian berkaitan pembangunan ilmu metakognatif untuk WBL politeknik Malaysia.
Reference
1. Brennan, J. & Little, B. (1996). A Review of Work Based Learning in Higher Education. Department for Education and Employment, The Open University.
2. Department of Polytechnic Education. Polytechnic WBL Success Stories. Department Of Polytechnic Education. 2017.
3. Lemanski, T., Mewis, R. & Overton, T. (2011). An Introduction to Work-Based Learning: A Physical Sciences Practice Guide. UK Physical Sciences Centre.
4. Normah Zakaria, Arasinah Khamis & Norizzati Aqirah Amran. (2019). Domain hasil pembelajaran berasaskan kerja (pbk) dalam latihan industri terhadap pelajar politeknik berdasarkan persepsi pembimbing. UTHM Publisher.
5. Raelin, J. A. (1997). A Model of Work-Based Learning. Organization Science.). 8(6), 563–578
6. Seufert, S. (2000). Work-Based Learning and Knowledge Management: An Integrated Concept of Organizational Learning. In ECIS. (pp. 1413–1420).
7. Shaipul Anuar Mohamed Zainudin , Mohd Amiruddin Ab. Aziz. (2021). Model-model pembelajaran berasaskan kerja (work based learning) dan pelaksanaan di politeknik sultan azlan shah. Proceeding icge. . pp(211-22).
8. Zulkifli Abdul Latif. (2020). Latihan industri berkonsep pembelajaran berasas kerja. Berita Harian: 26 February 2020.
9. Zunuwanas Mohamad & Wan Rosemehah Wan Omar. (2017). The Successfullness Of Work Based Learning (Wbl) In Electronic Engineering (Medical) Programme Collaborated With Industry. 13th AASVET International Conference. (pp. 62-67)