Keberkesanan kolaborasi Politeknik Kuala Terengganu dan industri terhadap pencapaian gred lulus kursus matematik di kalangan pelajar
List of Authors
  • Melati Sabtu , Rashid Mohamad

Keyword
  • kolaborasi politeknik-industri, pencapaian pelajar, kursus Matematik, keberkesanan kolaborasi

Abstract
  • Kursus Matematik merupakan kursus teras yang wajib diambil dan lulus oleh pelajar Politeknik Kuala Terengganu (PKT) untuk memenuhi syarat penganugerahan diploma. Namun, kegagalan pelajar dalam kursus Matematik setiap semester memberi kesan negatif kepada prestasi individu dan keseluruhan PKT. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan kolaborasi antara PKT dan industri dalam meningkatkan pencapaian kelulusan pelajar dalam kursus Matematik. Inisiatif ini dilaksanakan oleh Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK). Kajian ini melibatkan 50 sampel yang dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 26.0 melalui analisis statistik deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan hubungan positif yang signifikan antara markah Penilaian Berterusan dan Peperiksaan Akhir setelah pelaksanaan program kolaborasi PKT dan industri, dengan koefisien korelasi r(50) = .342. Analisis inferensi juga menunjukkan nilai Sig.= .015 (ρ < .05), yang menandakan terdapat hubungan signifikan antara pelaksanaan program kolaborasi PKT dan industri terhadap pencapaian gred lulus kursus Matematik di kalangan pelajar. Secara keseluruhannya, kajian ini memberikan bukti yang kukuh bahawa kolaborasi antara politeknik dan industri dapat membantu meningkatkan pemahaman dan pencapaian lulus pelajar dalam kursus Matematik. Penemuan dan implikasi dapatan kajian ini akan memperkukuhkan hubungan antara politeknik dan industri dalam usaha meningkatkan kecekapan dan kebolehpasaran graduan.

Reference
  • 1. Abdul Rahman, N. H., Embi, M. A., & Wahab, S. R. A. (2018). Matematik Dalam Kalangan Pelajar Politeknik di Malaysia: Suatu Kajian Literatur [Mathematics Among Polytechnic Students in Malaysia: A Literature Review]. Jurnal Pendidikan Teknologi dan Kejuruteraan, 30(2), 115-125.

    2. Abdullah, S., Mohamed, M. H., Baharuddin, N. A., & Basri, N. H. (2019). The Effectiveness Of Industry Collaboration in Civil Engineering Courses in Polytechnics. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 9(5), 407-421.

    3. Ahmad, Z., Yusof, M. S. M., & Ismail, N. A. (2019). The Effect of Industrial Collaboration on Students' Performance in Mechanical Engineering Courses. Journal of Technical Education and Training, 11(1), 1-8.

    4. Hussin, N., Harun, M. F., Omar, N., & Nordin, N. M. (2017). Industry Collaboration in Polytechnics for Enhancing Teaching and Learning of Mathematics. International Journal for Studies on Children, Women, Elderly and Disabled, 3, 115-124.

    5. Kirsch, P., Braun, H., Yamamoto, K., & Sum, A. (2012). Adult Literacy in OECD Countries: Technical Report on the First International Adult Literacy Survey. Paris: Organization for Economic Cooperation and Development.

    6. Leung, K. C., & Kaplan, N. (2015). The Importance of Mathematical Literacy: A Review of International Assessments. Educational Research and Evaluation, 21(4), 345-364.

    7. Mohd Jamil, S. A., Mohamed Noor, N., & Ghazali, Z. (2018). Kolaborasi Politeknik-Industri Dalam Meningkatkan Keupayaan Pelajar di Dalam Pemindahan Teknologi. Jurnal Pendidikan Teknikal dan Vokasional, 8(1), 76-89.

    8. Mokhtar, M., Harun, H., Kassim, K., & Zainal Abidin, N. A. (2019). The Collaboration Between Polytechnic And Industry in Malaysia: An Overview. Journal of Technical Education and Training, 11(2), 44-54. DOI: 10.30880/jtet.2019.11.02.005.

    9. Mustapha, R., Yahaya, A., & Hassan, Z. (2019). The Role of Mathematics in The Development of the Economy: A Case Study of Malaysia. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 9(3), 596-611.

    10. Rahim, A., Bakar, A., & Ahmad, N. (2017). The Effectiveness of Industrial Collaboration Program in Improving Students' Performance in Final Examination. Journal of Technical Education and Training, 9(1), 39-48.

    11. Ramli, N. M., Hamzah, M. I., & Zakaria, E. (2018). Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Kegagalan Pelajar Dalam Mata Pelajaran Matematik Teknikal di Politeknik Malaysia. Jurnal Pendidikan Teknologi dan Kejuruan, 26(2), 77-88.

    12. Robinson, C., Kumar, V., & Barrett, P. (2017). Mathematics Skills and The Market for New Graduates. International Journal of Mathematical Education in Science and Technology, 48(2), 171-181.

    13. Rosly, H. H., Yusoff, M. S., & Yusoff, M. Z. (2019). The Importance of Mathematics in Daily Life. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 9(7), 822-832.

    14. Shaharuddin, S., Noor, M. M., & Alias, A. (2017). Keberkesanan Penggunaan Modul Latihan Interaktif Dalam Meningkatkan Pencapaian Matematik Pelajar Politeknik. Jurnal Pendidikan Teknologi Dan Kejuruteraan, 22(2), 115-128.

    15. Tan, J. P. L., Kaur, S., Wong, S. L., & Koo, A. C. (2019). Mathematics Learning and Teaching in Technical and Vocational Education and Training (TVET) Institutions in Malaysia: Challenges and Strategies. Journal of Technical Education and Training (JTET), 11(1), 57-66.