Keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dalam kalangan murid-murid program pendidikan khas integrasi (PPKI)
List of Authors
  • Maritza Marsya Sahat Abdullah , Mohd Hasrudi Ibrahim

Keyword
  • Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), keberkesanan, pelaksanaan, impak

Abstract
  • Kajian ini dilakukan untuk menilai keberkesanan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dalam kalangan murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di Sekolah Kebangsaan Tabuan Ulu, Kuching. Ia juga mengkaji kesan pelaksanaan PdPR terhadap ibu bapa dan penjaga. Metodologi kajian menggunakan analisis deskriptif. Borang soal selidik secara dalam talian menggunakan Google Form digunakan untuk memperoleh data kuantitatif. Seramai 32 orang responden yang terdiri daripada ibubapa dan penjaga murid-murid PPKI Sekolah Kebangsaan Tabuan Ulu, Kuching terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian ini menunjukkan tahap keberkesanan PdPR yang tinggi. Murid-murid PPKI menunjukkan tahap kemajuan dalam PdPR. Ibu bapa turut memberi respon positif terhadap pelaksanaannya. Kesimpulannya, pelaksanaan PdPR dalam kalangan murid-murid PPKI adalah berkesan dan memberi impak positif kepada murid-murid dan ibu bapa.

Reference
  • 1. Hairia’an, N. H. (2020). Pengajaran Dan Pemudahcaraan Dalam Talian Semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, 9, 18-28.

    2. Hassan, N. &. (2021). Persepsi Guru Pendidikan Khas Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Atas Talian Sewaktu Pandemik Covid-19. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(4), 239-251.

    3. Kirin, A. S. (2021). Impak Pengajaran Dan Pembelajaran Secara Online: Kajian Kes Terhadap Pelajar sekolah Rendah, Menengah dan Universiti Semasa Pandemik Covid-19. Advances in Humanities and Contemporary Studies, 2(1), 127-136.

    4. Mahad, I. M. (2021). Sikap Dan Motivasi Murid Sekolah Rendah Terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Talian Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 11(1), 16-28.

    5. Mahalingam, N. &. (2021). Impak Dan Cabaran Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Atas Talian Semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(4), 104-115.

    6. Mesman, N. &. (2021). Kajian Kesediaan Pelajar Mengikuti Pembelajaran Dalam Talian Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Membendung Covid-19 Fasa 2. Journal of Education and Pedagogy, 3(1), 195-202.

    7. Nasir, N. M. (2021). Cabaran Guru Dalam Melaksanakan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR): Suatu Pemerhatian Awal. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 6(7), 416-421.

    8. Rosli, S. N. (2021). Pelaksanaan PdPR Terhadap Murid Ketidakupayaan Pendengaran: Pandemik Covid-19. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(4), 174-188.

    9. Saifudin, N. H. (2021). Cabaran Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) dalam Talian Dengn Murid sekolah Rendah. Jurnal Dunia Pendidikan, 3, 250-264.

    10. Shamsuddin, S. S. (2021). Pandemik Covid-19: Pengajaran Dan Pembelajaran (PDP) Pendidikan Islam Dalam Pendidikan Khas Bagi Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) Masalah Pembelajaran di Malaysia. Journal of Quran Sunnah Education and Social Needs, 5.

    11. Zaini, Z. H. (2021). Kesediaan Ibu Bapa Terhadap Penglibatan dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR). Jurnal Kesidang, 6, 80-95.

    12. Zazila, S. Z. (2021). Keberkesanan Penggunaan Video Pembelajaran Bahasa Melayu Dalam Kalangan Murid Tahun 6 Semasa Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR). Journal of ICT in Education, 1, 76-99.

    13. Zuriani, H. Z. (2021). Kesediaan Ibu Bapa Terhadap Penglibatan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR). Jurnal Kesidang Kolej Universiti Islam Melaka, 6, 80 95.

    14. Pautan Soal Selidik: https://forms.gle/kGryYsPhx71xY29m6