Meneroka Hubungan antara Literasi Fizikal dan Kesejahteraan Psikologi: Satu Tinjauan Konseptual
List of Authors
Maziatul Adhwa Adnin, Shahlan Surat
Keyword
literasi fizikal, kesejahteraan psikologi, aktiviti fizikal, kesihatan mental
Abstract
Kesejahteraan psikologi memainkan peranan penting dalam perkembangan dan kesihatan mental kanak-kanak. Walau bagaimanapun, penurunan tahap kesejahteraan psikologi dalam kalangan kanak-kanak semakin membimbangkan. Literasi fizikal telah dikenal pasti sebagai pendekatan yang berpotensi untuk meningkatkan kesejahteraan psikologi dengan membina keyakinan diri, kemahiran pergerakan dan motivasi dalaman untuk kekal aktif sepanjang hayat. Artikel ini mengkaji hubungan antara literasi fizikal dan kesejahteraan psikologi berdasarkan literatur dan kajian empirikal terkini. Pelbagai bukti menunjukkan bahawa literasi fizikal bukan sahaja menggalakkan penglibatan dalam aktiviti fizikal, tetapi turut menyokong kesihatan fizikal, kesihatan mental, membina daya tahan dan meningkatkan hubungan sosial. Kajian ini menekankan keperluan untuk menerapkan program literasi fizikal secara sistematik dalam pelbagai bidang untuk memperbaiki kesihatan dan kesejahteraan secara menyeluruh.