Faktor yang mempengaruhi prestasi pelajar diploma akauntansi di Politeknik Hulu Terengganu
List of Authors
  • Azmah binti Salleh , Syuhairah binti Ghani

Keyword
  • Pendedahan awal, sikap, minat, pengajaran dan pembelajaran pensyarah, prestasi

Abstract
  • Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi pelajar Diploma Akauntansi (DAT) di Politeknik Hulu Terengganu (PHT). Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti adakah faktor pendedahan awal dalam subjek prinsip akaun, pengaruh sikap, minat dan kaedah pengajaran dan pembelajaran pensyarah mempengaruhi prestasi pelajar. Jumlah responden yang digunakan adalah 89 orang terdiri daripada pelajar Diploma Perakaunan Semester dua (2) hingga lima (5). Instrumen kajian yang digunakan adalah melalui soal selidik. Analisa data dibuat menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 21.0. Nilai kebolehpercayaan item adalah 0.902 menunjukkan kebolehpercayaan soalan yang amat baik. Hasil kajian menunjukkan faktor pengajaran dan pembelajaran pensyarah merupakan faktor tertinggi yang mempengaruhi prestasi pelajar dengan nilai min = 4.24, diikuti oleh faktor sikap (min = 3.81) dan faktor minat (min = 3.74). Kajian juga mendapati tiada hubungan yang signifikan antara pendedahan awal dalam subjek prinsip akaun dengan prestasi HPNM pelajar melalui ujian t(1.95) yang menunjukkan nilai 0.054 lebih besar dari nilai 0.05 signifikan . Oleh yang demikian,kajian ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada pihak Politeknik Hulu Terengganu dan juga pihak-pihak berkepentingan yang lain ke arah pendidikan yang cemerlang pada masa akan datang.

Reference
  • 1. Ahmad Rizal Madar, Nurul Akmar Kamarudin & Saifullizam Puteh. (2005). Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Menguasai Mata Pelajaran Kejuruteraan di Politeknik - Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Prosiding Seminar Pendidikan JPPG 2005 Pendidikan Untuk Pembangunan Lestari.

    2. Bond, T. G., & Fox, C. M. (2015). Applying The Rasch Model Fundamental Measurement in the Human Sciences. (Routledge & T. & F. Group, Eds.) (Third Edit). New York & London.

    3. Doreen Ting Jia Chzin & Shahlan Surat. (2021). Sorotan Literatur Bersistematik: Faktor-Faktor Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar. Malaysian Journal of Social Science and Humanities (MJSSH), Volume 6, Issue 12, 137 – 157

    4. Eskew, R.K & Faley,R.H (1988). Some Determinants of Student Performance in the first College-Level Financing Accounting Course. The Accounting Review, 63 (1), 137 - 147

    5. Halimatus Saadiah Kariya (2020). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar Politeknik Metro Betong Sarawak. Jurnal Dunia Pendidikan, 2 (4), 9-18

    6. Hanifah Mahat, Paulin Chang Poh Ling, Nasir Nayan, Mohmadisa Hashim & Yazid Saleh. (2017). Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Geografi Sekolah Menengah di Sabah. Jurnal Sains Humanika, 9 (2), 1 – 7.

    7. Garkaz M, Banimahd B, Esmaeili H. (2011) Factors Affecting Accounting Students’ Performance: The case of students at the Islamic Azad University. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 29: 122 -128

    8. Jemali I. (1988). Exposure, Attitudes, Motivation And Achievement In ESL Among Malay Learners: A SocioPsycholinguistic Study. The British Library, West Yorkshire

    9. Mohd Erfy Ismail et.al. (2019). Factors That Influence Student’s Learning: An Observation on Vocational College Students. Journal of Technical Education and Training, 11 (1), 93-99.

    10. Mohamad Rofian Ismail, Ahmad Redzaudin Ghazali, Khairatul Akmar Abdul Latif, Fahed Maromar & Saupi Man. (2020). Hubungan Antara Faktor Dalaman dan Faktor Luaran Dalam Mempengaruhi Kemahiran Menulis Bahasa Arab Pelajar di Institusi Pengajian Tinggi. e-Jurnal Bahasa dan Linguistik, 2(1), 1-12

    11. Mohamad Shafiq Mohd Razali & Noraini Abdol Raop. (2018). Mengenalpasti Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar Sarjana Muda Psikologi, Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM). Jurnal Sains Sosial, 7, 77-87

    12. Muda S, Hussin AH, Johari H, Sapari JM, Jamil N (2013). The Key Contributing Factors Of Non-Accounting Students’ Failure In The Introduction To Financial Accounting Course. Procedia –Social and Behavioral Sciences, 90, 712 – 719

    13. Noraini Idris. (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill Malaysia Sdn Bhd

    14. Nur Syazwani Mohammad Fadzillah & Anis Barieyah Mat Bahari (2018). Faktor Yang Mempengaruhi Prestasi Pelajar Diploma Perakaunan dalam Subjek Perakaunan. GADING (Online) Journal for Social Science, Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang Vol 22 (Special Issue September) KONAKA 2018

    15. Portal Ambilan Pelajar Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej komuniti

    16. Prochazka, D (2016). The Determinants of Students’ Success in the Introduction to Accounting Course at the University Level. The Turkish Online Journal of Educational Technology, Special issue, 777-784

    17. Rohana Yusuf. (2004). Penyelidikan Sains Sosial. Bentong, Pahang : PTS Publications. & Distributors.

    18. Wijewardena H, Rudkin K (1999) An Empirical Investigation Of Some Factors Affecting Student Performance In Introductory Accounting. The International Journal of Accounting and Business Society, 7(1), 39-53

    19. Zuaini Ishak, Nor Aziah Abdul Manaf & Rosliza Mat Zin. (2008). Faktor Penentu Prestasi Pelajar Matrikulasi Dalam Subjek Perakaunan. Malaysian Journal Learning and Instruction, 5, 99 – 115