Konsep Halalan Toyyiba dalam penggunaan air
List of Authors
  • Muhammad Azizan Sabjan , Ummi Zainab Mohd Ghazali

Keyword
  • Islam, Halalan Toyyiba, air, patuh Syariah, domestik

Abstract
  • Halalan Toyyiba adalah konsep menyeluruh yang dibawa oleh Islam. Mengikut konsep ini, sumber penggunaan mestilah bersih dan suci. Setiap titik sumber, dari proses pengeluaran awal dan kaedah hinggalah kepada pengurusan akhir, seperti kaedah pelupusan sisa, perlu diambil kira bagi memenuhi syarat halalan toyyiba. Zaman kini menyaksikan penggunaan berasaskan air semakin meluas dalam kehidupan seharian. Tegasnya, konsep dasar halalan toyyiba patuh syariah dalam penggunaan air seperti untuk agrikultur dan penternakan masih kurang dibincangkan secara serius. Justeru, isu halalan toyyiba patuh syariah dalam penggunaan air amat penting untuk dikaji dan dirangka panduan patuh syariah untuk masyarakat Malaysia khususnya umat Islam. Konsep ini bertepatan dengan agenda nasional negara iaitu Dasar Hab Halal Negara. Objektif utama kertas kerja ini adalah untuk mengkaji idea halalan toyyiba dalam pengurusan air domestik di Malaysia. Kertas kerja ini berdasarkan kaedah kualitatif. Sumber berasaskan fatwa, penerbitan ilmiah, jurnal dan sebagainya akan dianalisis dan dirumuskan secara deskriptif untuk menghasilkan kesimpulan yang menjawab objektif kertas kerja. Dapatan kajian menunjukkan konsep dasar halalan toyyiba patuh syariah mengenai pengurusan air domestik di Malaysia masih belum terlaksana sepenuhnya. Justeru adalah penting polisi ini dilaksanakan secara jitu di Malaysia.

Reference
  • 1. Abidin, T. Z., Hidayati, T. N., Ahmad, H., & Hairul, M. (2017). Konsep halal dan al-istibra pangasius sutchii menurut perspektif Islam dan Sains Akuakultur. Journal of Contemporary Islamic Studies, 3(1), 85-98.
    2. Affendi, A. R., Yaakob, E., & Abd Halim, A. H. (2022). Peranan eksekutif halal dalam industri makanan halal. Journal of Fatwa Management and Research, 27, 196-208. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol27no2-SE.497
    3. Al-Fawzan, S. (2009). A summary of Islamic Jurisprudence. Al-Maiman Publishing House.
    4. Al-Ghazali, A. H. (1993). Kitab al-halal wa al-haram min ihya’ ‘ulum al-din. Dar al-Kutub al- ‘Ilmiyyah.
    5. Al-Qaradawi, Y. (2000). The Lawful and the Prohibited in Islam. Al-Falah Foundation.
    6. Al-Quran Al-Karim. (2007). Al-Quran darul iman. Pustaka Darul Iman.
    7. Al-Syarbini, & Ahmad (1993). Mughni al-muhtaj ila ma’rifat ma’ani alfaz al-minhaj. Dar Al-Fikr.
    8. Al-Syaukani, & Ali, M. (2021). Nailul authar min al-ahadits said al-akhyar syarh muntaqa al-akhbar. Dar Al-Fikr.
    9. Alzeer, J., Rieder, U., & Hadeed, K. A. (2018). Rational and practical aspects of halal and tayyib in the context of food safety. Trends in Food Science & Technology, 71, 264-267. https://doi.org/10.1016/j.tifs.2017.10.020
    10. Amiruddin, A. M. A. (2015). Air dalam perspektif hadis. Tahdis: Jurnal Kajian Ilmu Al-Hadis, 6(1), 1-22.
    11. Ascalone, E., & Frongia, R. M. G. (2007). Mesopotamia: Assyrians, sumerians, babylonians. University of California Press
    12. Berita Harian. (2014, Ogos 5). Sampel tulang haiwan kolam ikan patin di Perak sah babi. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2014/08/660/sampel-tulang-haiwan-kolam-ikan-patin-di-perak-sah-babi.
    13. Berita Harian. (2021, Oktober 12). Kerang di Sungai Geting dicemari toksin saraf. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/10/875155/kerang-kerangan-di-sungai-geting-dicemari-toksin-saraf.
    14. Chan, N. W. (2005). Non-governmental organizations and community participation in water resources management in Malaysia. In Mazlin B. Mokhtar, Salmah Zakaria, Low Kwai Sim, Fauzi A. Samad & Zalilah Selamat (Eds.), The national dialogue on effective water governance in Malaysia. (pp. 33-48). https://www.researchgate.net/publication/239557113.
    15. Cheunbarn, S., & Peerapornpisal, Y. (2010). Cultivation of spirulina platensis using anaerobically swine wastewater treatment effluent. International Journal of Agriculture and Biology, 12(4), 586-590.
    16. Fitri, B. B. M. & Kashim, M. I. A. M. (2019). Penentuan hukum penggunaan baja daripada najis haiwan. Fikiran Masyarakat, 6(3), 136-147.
    17. Gleick, P. H. (2002). Dirty-water: Estimated deaths from water-related diseases 2000-2020. Pacific Institute for Studies in Development, Environment and Security
    18. Gunardi, S., Awang, M. S., Mohd Salleh, M, M., & Ab Halim, M. A (2021). Panduan makanan dan minuman halal: Kajian menurut perspektif syariah dan perundangan Malaysia. E-Prosiding Seminar Antarabangsa Islam dan Sains, Universiti Sains Islam Malaysia, Negeri Sembilan
    19. Harian Metro. (2006, Januari 18). Edisi nasional: Sungai di Pahang 'samak' patin babi rebus. Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Wednesday/BeritaUtama/20060118083036/Article/indexm html.
    20. Hasan, Z. (2007). Undang-undang produk Halal di Malaysia: Isu penguatkuasaan dan pendakwaan. Konvensyen Undang-Undang Produk Halal, 1-21
    21. Tafsir Ibn Kathir. Dar al-Salam.
    22. Ibn Manzur, Muhammad ibn Mukrim Ibn Ali. (1999). Lisan al-Arab. Tahqiq: Muhammad Abdul Wahab wa Muhammad al-Sadiq al-Aubaydi. Dar Ihya’al-Turath al-Arabi.
    23. Imamudin, M. (2001). Peranan air dalam perspektif al-Quran. El–Hayah, 3(1). https://doi.org/10.18860/elha.v3i1.2220
    24. Karkos, P. D., Leong, S. C., Karkos, C. D., Sivaji, N., & Assimakopoulos, D. A. (2011). Spirulinain clinical practice: Evidence-based human applications. Evidence-based Complementary and Alternative Medicine, 1–4. https://doi.org/10.1093/ecam/nen058
    25. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia. (2023, 19 Julai). Dasar sumber air negara. https://www.doe.gov.my/wp-content/uploads/2021/09/Dasar-Sumber-Air-Negara.pdf
    26. Kosmo (2021, Oktober 11). Spesies kerang di Sungai Geting tercemar Kosmo. https://www.kosmo.com.my/2021/10/11/spesies-kerang-di-sungai-geting tercemar.
    27. Kushwah, A., & Kumar, R. (2017). HACCP–its need and practices. Acta Chemica Malaysia, 1(2), 01-05.
    28. Mackay, A. (2008). Climate change 2007: Impacts, adaptation, and vulnerability. contribution of working group ii to the fourth assessment report of the intergovernmental panel on climate change. Cambridge University Press.
    29. Malaysiakini. (2006, Januari 17). Awas! Ikan patin, tilapia, keli Afrika diberi makan daging babi. Malaysia Kini. https://www.malaysiakini.com/news/45843
    30. Malaysiakini. (2019, Februari 21). Hati-hati, ada ikan diberi makan babi. Malaysiakini. https://www.malaysiakini.com/news/465055.
    31. Mohd Idris, A. Z., Hehsan, A., & Ab. Rahim, S. (2022). Tahap pematuhan pensijilan halal Malaysia dalam kalangan pengurus restoran makanan segera di negeri Johor. International Journal of Islamic and Civilizational Studies, 9(3), 41–52. https://doi.org/10.11113/umran2022.9n3.560
    32. Mokhtar, M. I., & Abdullah, R. (2012). Undang-undang air Islam: Analisis komparatif terhadap aspek kualiti air. Jurnal Syariah, 20(2), 185-218.
    33. Mstar. (2014, Mac 12). MB arah siasat isu ikan tilapia diberi makan bangkai babi. Mstar. https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2014/12/03/mb-siasat.
    34. Nawawi, A. Z. (1970). Kitab al-majmuk. Maktabah al-Irsyad.
    35. Palmegiano, G. B., Agradi, E., Forneris, G., Gai, F., Gasco, L., Rigamonti, E., Sicuro, B., & Zoccarato, I. (2005). Spirulina as a nutrient source in diets for growing sturgeon (Acipenser baeri). Aquaculture Research, 36(2), 188–195. https://doi.org/10.1111/j.1365-2109.2005.01209.x
    36. Pauzai, N. A., & Syed Nong Mohamad, S.N.A (2011). Konsep kepenggunaan mengikut syariah dan aplikasinya dalam perundangan di Malaysia. Kanun, 2(1), 1-20
    37. Pauzi, N & Man, S. (2015). Haiwan jallalah dari perspektif Islam: analisis fatwa Malaysia dan negara Brunei Darussalam. Jurnal Fiqh, 12, 57-78. Roggeri, H. (1995). Tropical freshwater wetlands: A guide to current knowledge and sustainable management. Springer Science & Business Media
    38. Santoso, M. A. F. (2014). Air dan pemeliharaannya dalam perspektif Islam. Tarjih: Jurnal Tarjih dan Pengembangan Pemikiran Islam, 12(1), 97-114.
    39. Shiklomanov, I. A. (1993). World freshwater resources. water in Crisis: A guide to the world's freshwater resources. Climate Change, 45, 379-382. Suryani, A. S. (2020). Pembangunan air bersih dan sanitasi saat pandemi Covid-19. Aspirasi: Jurnal Masalah-Masalah Sosial, 11(2). https://doi.org/10.46807/aspirasi.v11i2.1757
    40. Taqi al-Din. (2001). kifayah al-akhyar fi halli ghayah al-ikhtisar, kitab al-taharah. Dar al-Kutub al- ‘Ilmiyyah
    41. Wahbah, Z. (1986). Usul al-Fiqh al-Islami. Damaskus: Dar Al-Fikr.