Kajian tinjauan keberkesanan penggunaan metaverse dalam membantu pembelajaran dengan memanfaatkan ZEPETO sebagai platform
List of Authors
  • Helmi Norman , Nurul Ajeerah Mohd Ridhuan

Keyword
  • metaverse, ZEPETO, pembelajaran, pendidikan

Abstract
  • Menurut Matthew Ball (2022) Metaverse ditakrifkan sebagai satu rangkaian dunia maya tiga dimensi yang berskala besar dan boleh dikendalikan serta dialami oleh ramai pengguna secara serentak di mana pengguna boleh mempunyai identiti sendiri dan juga kesinambungan data seperti identiti, sejarah, kelayakan, objek, komunikasi serta pembayaran. Metaverse merupakan satu teknologi baru yang pesat berkembang dan mempunyai banyak manfaat dalam pelbagai sektor memandangkan teknologi menjadi semakin canggih saban hari. Justeru itu, kajian tinjauan ini dijalankan untuk menyelidik tahap keberkesan penggunaan Metaverse dalam membantu pembelajaran dengan memanfaatkan ZEPETO sebagai platform untuk pelajar tingkatan empat. Kajian ini merupakan satu kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan ringkas yang telah dilakukan ke atas lapan orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Razak. Data kajian dikumpulkan menggunakan instrumen soal selidik dalam bentuk Google Form yang diedarkan kepada para pelajar melalui penghantaran pautan menggunakan platform Whatsapp. Hasil kajian ini menunjukkan kebanyakan pelajar bersetuju bahawa Metaverse yang memanfaatkan platform ZEPETO berkesan dalam membantu pembelajaran pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Razak.

Reference
  • 1. Matthew, B. (2022). The Metaverse: and How it will Revolutionize Everything . 1-352

    2. Syarafina, A. R., Zainal Fitri, M. Z. & Ying, L. L. (2020). Kepentingan Kemudahan Teknologi dan Motivasi Membentuk Kesedaran Pelajar dalam Pembelajaran Digital. Conference: National Research Innovation Conference.

    3. Wang, Y. et al. (2022). Re-shaping Post-COVID-19 Teaching and Learning: A Blueprint of Virtual-Physical Blended Classrooms in the Metaverse Era.

    4. Nurhamizah, H., & Asbah, R. (2019). Teknologi dan Media Sosial dalam Komunikasi Ibubapa dan Anak-Anak. Malaysian Journal of Communication. 337-352.

    5. Siti, U. R., Suzaimah, R., & Shahaneim, M. (2022). Kajian Tingkah Laku Pengguna Berdasarkan Gambar Profil Media Sosial (Instagram). Jurnal Personalia Pelajar. 61-72.

    6. Siti, A. N., & Ahmad, F. M. Z. (2021). Impak Media Sosial Terhadap Persahabatan. Jurnal Wacana Sarjana. 1-15.

    7. Li, X. et al. (2022). Exploring Online Student Engagement Scaffolded by Teacher Management Communication Style. International Journal of Emerging Technologies in Learning. 4–15.

    8. Han, J., Heo, J., & You, E. (2021). Analysis of Metaverse Platform as A New Play Culture: Focusing on Roblox and ZEPETO. 2nd International Conference on Human-Centered Artificial Intelligence. 27-36.

    9. Jenkins, T. (2022). Immersive Virtual Shopping Experiences in the Retail Metaverse: Consumer-driven E-Commerce, Blockchain-based Digital Assets, and Data Visualization Tools. Linguistic and Philosophical Investigations. 154–169.

    10. Pimentel, J. L. (2010). A Note on the Usage of Likert Scaling for Research Data Analysis. USMR&D. 109-112

    11. Turner, J. 7 Main Ways Technology Impacts Your Daily Life. Tersedia dalam Talian:https://tech.co/vpn/main-ways-technology-impacts-daily-life (diakses pada 23 Oktober 2022)

    12. Biggs, T. Facebook is Betting its Future on the Metaverse – but what is it? Tersedia dalam Talian: https://www.smh.com.au/technology/what-is-the-metaverse-20211123-p59be5.html (diakses pada 3 Januari 2023)

    13. Biggs, T. Bleeding Billions: Can Meta still Deliver the Future of the Internet? Tersedia dalam Talian: https://www.smh.com.au/technology/bleeding-billions-can-meta-still-deliver-the-future-of-the-internet-20221221-p5c81h.html (diakses pada 3 Januari 2023)

    14. Tucci, L., & Needle, D. What is the Metaverse? An Explanation and In-Depth Guide. Tersedia dalam Talian: https://www.techtarget.com/whatis/feature/The-metaverse-explained-Everything-you-need-to-know (diakses pada 3 Januari 2023)

    15. Field, A. Asia’s Largest Metaverse Platform goes Global. Tersedia dalam Talian:https://influence.digital/zepeto-metaverse-social-media-going-global/ (diakses pada 3 Januari 2023)

    16. Davis, C., & Song, J. A. Asia’s Largest Metaverse Platform Zepeto Ramps up Global Expansion. Tersedia dalam Talian: https://www.ft.com/content/14c88e84-f3c8-485e-a9df-31ead34e48f0 (diakses pada 3 Januari 2023)