Memahami Hadith dalam Konteks Globalisasi: Isu, Cabaran dan Solusi
List of Authors
  • Mohd Nor Adli Osman

Keyword
  • Hadith, globalisasi, pemahaman kontekstual, maqasid syariah, tabayyun, penyebaran hadith palsu

Abstract
  • Hadith merupakan sumber utama dalam Islam selepas al-Qur’an, namun pemahamannya menghadapi pelbagai cabaran dalam era globalisasi. Artikel ini membincangkan isu dan cabaran yang dihadapi dalam memahami hadith, termasuk penyebaran hadith palsu, tafsiran yang tidak tepat, serta pertembungan budaya yang mempengaruhi konteks pemahaman hadith. Selain itu, kajian ini turut mengetengahkan solusi yang lebih holistik, seperti pendekatan akademik yang mengintegrasikan disiplin ilmu moden, penggunaan teknologi dalam kajian hadith, serta peranan ulama dalam memberikan tafsiran yang lebih kontekstual. Pendekatan maqasid syariah dan semangat tabayyun dalam kalangan masyarakat juga ditekankan bagi memastikan pemahaman hadith yang sahih dan relevan dengan cabaran semasa. Oleh itu, usaha bersepadu antara institusi pendidikan, badan fatwa, dan masyarakat amat diperlukan untuk menjamin kelangsungan hadith sebagai panduan kehidupan Muslim dalam era globalisasi.

Reference
  • No Data Recorded