Geospatial Kampung Air dan hubungannya dengan kelestarian kebersihan di muara Sg. Darau, Sg. Inanam dan Sg. Buat, Kota Kinabalu, Sabah
List of Authors
  • Mustapa Abd Talip , Zaini Othman

Keyword
  • Geospatial, Kampung Air, guna tanah, kelestarian, titik panas

Abstract
  • Permasalahan tentang petempatan kampung air merupakan satu fenomena persekitaran yang kurang mendapat sambutan dan sokongan oleh kebanyakkan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang menganggap sebagai satu parasit bagi sesuatu landskap bandar. Di samping itu, struktur dan organisasi perkampungan air yang tidak teratur telah menambahkan lagi tanggapan negatif malah menjadi bebanan kepada pihak PBT daripada aspek pengurusan dan pentadbiran. Ketidakaturan persekitaran kampung air telah mengundang pelbagai fenomena sampingan terutamanya isu kebersihan. Serakkan sisa pepejal di lingkungan alur di muara sungai telah menyumbang tahap kebersihan yang tercemar sangat signifikan. Dalam meneliti kelestarian kebersihan tersebut, isu utama yang perlu difokuskan ialah data lokasi yang menyumbang kepada fenofena tersebut. Oleh itu, pendekatan geospatial diaplikasikan dalam mengenalpasti data serakan sisa pejal yang telah menjadi masalah kepada pihak berkuasa tempatan dalam menangani masalah kebersihan di sekitar perkampungan air. Tiga objektif penelitian difokuskan iaitu, mengenalpasti guna tanah dan pola petempatan kampung air dalam bentuk susun atur, memetakan zon penampanan riparian serta memetakan lokasi kluster kampung air yang menjadi titik panas (hot spot) atau punca sampah memasuki alur sungai. Oleh itu, data geospatial daripada ketiga-tiga objektif yang difokuskan digunakan sebagai kaedah analisis untuk memetakan kelestarian kebersihan di kawasan perkampungan air di muara Sg. Darau. Sg. Inanam dan Sg. Buat di dalam sempadan bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.

Reference
  • 1. Allen, D. W. (2011). Getting to know ArcGIS modelBuilder. Esri Press.
    2. Amaluddin Bakeri & Mohammad Raduan Mohd Ariff. (2004). Pembongkaran petempatan kampung air di Pulau Borneo: Kajian kes Kota Kinabalu. Jati-Journal of Southeast Asian Studies, 9, 1-17
    3. Ariff, M. R. M. (1997). Dari Kota Air ke Perkampungan Setinggan: Satu kajian tentang sejarah perkembangan Perkampungan Air di Sabah, 1750-1990. Jati-Journal of Southeast Asian Studies, 3, 28-51
    4. Ariff, M. R. M. (2000). Strategi pembangunan dan pola perubahan petempatan Kampong Air di Pulau Borneo. Beriga, 68, 41-59.
    5. Hall, S. T., & Post, C. J. (2009). Advanced GIS exercise: Performing error analysis in ArcGIS ModelBuilder. Journal of Natural Resources and Life Sciences Education, 38(1), 41-44 https://doi.org/10.2134/jnrlse2009.38141x
    6. Holmes, K. L., & Goebel, P. C. (2011). A functional approach to riparian area delineation using geospatial methods. Journal of Forestry, 109(4), 233-241 https://doi.org/10.1093/jof/109.4.233
    7. Ismail, H., Hussain, T. P. R. S., & Mariyappan, R. (2011). Sikap komuniti setinggan tebingan sungai: Pencemaran alam sekitar dan pengurusannya. Perspektif: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 3(1), 1-12.
    8. Mohd Fadzil Abdul Rashid. (2012). GIS-MCDA bagi mengukur kadar potensi ciri-ciri sosioekonomi dan fizikal setinggan terhadap pencemaran sungai: Petempatan setinggan di sepanjang Sungai Tebrau, Johor, Malaysia. 1st International Conference on Innovation and Technology for Sustainable Built Environment 2012 (ICITSBE 2012), 16-17 April 2012, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak. 845-859. https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/43468/1/43468.pdf
    9. Pimpler, E. (2017). Spatial analytics with ArcGIS. Packt Publishing Ltd.
    10. Ramli Dollah, Fazli Abd. Hamid & Rizal Zamani Idris. (2004). "Jenayah dan perbandaran: Satu kajian awal di kalangan pendatang asing di Kota Kinabalu", Kertas Kerja dibentangkan di Simposium Kebangsaan Dinamika Masyarakat Bandar,18-19 Mei. PJ Hilton, Selangor. https://www.researchgate.net/publication/331285032\
    11. Rasmussen, U., Eddy S., Zaini U., Whiston, T., & Lund, S. (2003). River pollution of Sungai Skudai: The case of squatter settlement in Johor Bahru. Kertas Kerja Seminar, Universiti Teknologi Malaysia. Saat, G. (2019). “Komuniti”, sebagai konsep dan metod dalam penyelidikan sains sosial: Tafsiran sosiologikal Akademika, 89(3). https://doi.org/10.17576/akad-2019-8903-05
    12. Sakawi, Z., Ali, M. H. M., & Rostam, K. (2017). Impak pengurusan tapak pelupusan ke atas kualiti air sungai di Malaysia: Iktibar dari pengalaman tapak pelupusan Pajam dan Sungai Pajam, Negeri Sembilan. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 6(1), 50-59. http://journalarticle.ukm.my/788/1/5.2010-1-zaini_et_al-melayu-1.pdf
    13. Sek Ang, & Chan Ngai Weng, (2013). Cabaran dalam kemampanan pengurusan sungai di Malaysia. Conference: Prosiding Seminar Serantau Ke-2 Pengurusan Persekitaran di Alam Melayu, Pekanbaru, Provinsi Riau, 6-7 Mei 2013. Volume: 1 http://journalarticle.ukm.my/788/
    14. Sidal, A., Rajahdin, F. S., & Ismail, N. (2019). Dari Kampung Air ke Rumah Pangsa: Kesan dislokasi kediaman ke atas persekitaran sosial penghuni PPR Taman Harmoni, Sandakan, Sabah. Sarjana, 34(2), 46-57.
    15. Siti Nurisjah, & Lisa Anisa (2011). Perencanaan landskap riparian Sungai Martapura untuk meningkatkan kualitas lingkungan alami Kota Banjarmasin. Jurnal Landskap Indonesia, 3(1).
    16. Suzanah Etin, Mustapa Abd. Talip, & Kadir Jaafar, (2015). Penglibatan komuniti dalam pengurusan sumber pesisir pantai di Teluk Mengkabong Tuaran, Sabah. International Journal of Administration and Governance, 1(8) Special 2015, 1-8.
    17. Wan Shawaluddin Wan Hassan & Ramli Dollah. (2004). Impak kehadiran pendatang Filipina di Kampung-Kampung Air: Satu tinjauan di Sabah. Jurnal Kinabalu 15, 89-114.