Pengantarabangsaan pengajian tinggi malaysia melalui pengalaman alumni indonesia dengan alma mater
List of Authors
  • Kee, Chang Peng , Nur Amalina Mohd Rashid , Sabariah Mohamed Salleh

Keyword
  • Pengantarabangsaan, hubungan, alumni, alma mater, pengajian tinggi, konsep hubungan organisasi dan publik.

Abstract
  • Pembangunan negara bukan sahaja dinilai daripada kepesatan ekonomi, tetapi juga dapat diukur melalui perkembangan pendidikan sesebuah negara tersebut. Ilmu pengetahuan dan sumber asli juga mampu membantu negara dalam menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat. Oleh itu, usaha-usaha bagi mengantarabangsakan pengajian tinggi negara mula diberikan penekanan yang intensif melalui Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara 2. Salah satu perancangan strategik bagi mengantarabangsakan pengajian tinggi negara adalah melalui hubungan alumni. Oleh itu, kertas ini akan membincangkan kelestarian hubungan alumni yang mampu bertindak sebagai agen atau duta kepada kementerian dalam menyebarkan maklumat dan membantu mempromosikan Institusi Pengajian Tinggi tempatan. Aspek perhubungan alumni yang dikaji adalah berdasarkan kepada dua tema utama iaitu pengantarabangsaan pengajian tinggi negara dan hubungan alumni dan alma mater. Hubungan alumni dan alma mater dibahagikan kepada sub-tema berdasarkan kepada konsep hubungan organisasi dan publik yang diperkenalkan oleh Hon dan Grunig (1999). Metodologi kajian ini adalah menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan temubual mendalam bersama ahli yang memegang jawatan berbeza di dalam Persatuan Pelajar Indonesia. Dapatan kajian menunjukkan kualiti perhubungan yang positif dapat melahirkan pengalaman yang baik kepada alumni sepanjang pengajian mereka dan membentuk jenis hubungan komunal kepada alumni dan alma mater.

Reference
  • 1. Bolsmann, C. & Miller, H. 2008. International Student Recruitment to Universities in England: Discourse, Rationales and Globalisation. Journal of Researach in International Education 10(2).
    2. Chang, P. K., Ahmad, F., Ibrahim, F. (2011). Hubungkait antara Kemahiran Insaniah Prasiswazah dengan Dimensi Hubungan Organisasi-publik. Jurnal Personalia Pelajar, 14, 14.
    3. Economist, T. (2014). "School's In." Indonesia's schools are lousy. The new administration wants to fix them Dec 13th 2014. Retrieved 28 May 2014, 2015, from http://www.economist.com/news/asia/21636098-indonesias-schools-are-lousy-newadministration-wants-fix-them-schools.
    4. Grunig, J. E. (2002) Qualitative Methods for Assessing Relationships Between Organizations and Publics. 1-7 .
    5. Hon, L. C., & Grunig, J. E. (1999). Guidelines for Measuring Relationships in Public Relations. Gainesville, Florida: The Institute for Public Relations, Commission on PR Measurement and Evaluation.
    6. Kementerian Pengajian Tinggi. 2011. Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara 2: Jangkauan Global Malaysia. Putrajaya: P&Y Media Sdn Bhd.
    7. Knight, J. 1999. Internationalization of higher education. Di dalam J. Knight, & H. de Wit (Eds.), Quality and internationalization in higher education, Paris: OECD: pp. 13-23.
    8. Knight, J. 2006. Higher Education Crossing Borders: A Guide to the Implications of the General Agreement on Trade in Services (GATS) for Cross-border Education. Vancouver, BC: Commonwealth of Learning. Healey.
    9. Nigel M. (2008). Is Higer Education in really 'internationalising'? Higher Education, 55(3).
    10. Ouwersloot, H. (2008). Who‘s who in brand communities—And why? European Journal of Marketing, 42(5/6), 571–585.
    11. Petrosko, Melissa D. Newman & Joseph M. (2011). Predictors of Alumni Association Membership. Research Higher Education, 52, 22.
    12. Svensson, L. & Whilborg, M. 2010. Internationalising the Content of Higher Education: The Need for a Curriculum Perspective. Journal of Higher Education 60: (595 – 613)
    13. World Bank. (2014). Indonesia‘s Higher Education System: How Responsive Is It to the Labor Market?, Jakarta: pp. 1-13.
    14. Yang, Minjung Sung & Sung-Un. (2009). Student-University Relationships and Reputation: A Study of the Links between Key Factors Fostering Students' Supportive Behavioral Intentions towards Their UniversityAuthor. Higher Education, 57(6), 26.