Faktor dorongan pelajar tingkatan 6 melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda
List of Authors
  • Mohd Nor Shahizan Ali , See Too Kay Leng

Keyword
  • Analisis faktor, motivasi, tingkatan 6, Covid-19, teori planned behavioral

Abstract
  • Pada era pasca pandemik Covid-19 ini telah menyebabkan semua masyarakat kembali kepada kehidupan seperti sedia kala termasuklah pelajar-pelajar sekolah. Fasa pemulihan ini juga menyebabkan ramai masyarakat mengalami tekanan untuk meneruskan kehidupan bahkan pelajar sekolah juga telah mengalami keadaan sukar untuk kembali bersemangat untuk meneruskan pembelajaran pada peringkat seterusnya. Kajian ini telah melakukan tinjauan dan penelitian terhadap pendapat pelajar tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Kerian. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti latar belakang sosioekonomi pelajar tingkatan 6. Selain itu, kajian juga bertujuan untuk menganalisis faktor-faktor mempengaruhi cita-cita pelajar tingkatan 6 ke Menara gading. Penyelidikan ini mengggunakan kaedah pengedaran borang soal selidik untuk mengumpul data. Seramai 43 orang pelajar tingkatan 6 dipilih sebagai responden kajian. Teknik menganalisis data menggunakan teknik Chi-Square dan teknik analisis faktor untuk mengenal pasti hubungkait antara faktor utama yang menyebabkan pelajar ingin menyambung pengajian di universiti. Hasil kajian mendapati walaupun pelajar terdiri daripada keluarga sederhana tetapi mempunyai niat menyambung pengajian di universiti. Selain itu, faktor kendiri adalah faktor utama yang mempengaruhi mereka ingin menjejak kaki ke peringkat yang lebih tinggi. Kajian mikro dan berfokus ini amat diperlukan untuk menjadikan unjuran hala tuju pelajar STPM terutamanya selepas fasa pandemik seterusnya unjuran pemilihan pelajar di peringkat pengajian tinggi dapat dikenal pasti.

Reference
  • 1. Aikens, N. L. & Barbarin, O. (2008). Socioeconomic differences in reading trajectories: The contribution of family, neighborhood, and school contexts. Journal of Educational Psychology, 100, 235-251. http://dx.doi.org/10.1037/0022-0663.100.2.235
    2. Ajzen. (2011). The theory of planned behaviour: Reactions and reflections. Psychology & Health. Taylor & Francis Online, 26(9).
    3. Armitage, J. (2002). State of emergency: An introduction. Theory, Culture & Society. SAGE. 19(4), 27-38
    4. Fortin, D. R. (2000). Clipping coupons in cyberspace: A proposed model of behavior for deal-prone consumers. Psychology & Marketing, 17, 515-534.
    5. Jabatan Perangkaan Malaysia (2022). 72 peratus pelajar tak sambung belajar: Lepasan SPM jawab ‘bukan tak nak tapi ada yang bergelut untuk hidup. https://malaysiadateline.com/72-peratus-pelajar-tak-sambung-belajar-lepasan-spm-jawab-bukan-tak-nak-tapi-ada-yang-bergelut-untuk-hidup/
    6. James, L. A. (1995). Purchase behavior, food safety, and quality controlin seafood and aquaculture marketing discussion. American Journal of Agricultural Economics, 77(5),1319-1321.
    7. Kementerian Pengajian Tinggi (2019). UPU Online: Semakan Infomasi IPTA dan Maklumat Program.
    8. Kementerian Pengajian Tinggi (2022). Siti, Z. M. Z. Malaysia Gazette. 17,800 pelajar asnaf terima sumbangan Simpan SSPN. https://malaysiagazette.com/2022/10/26/17800-pelajar-asnaf-terima-sumbangan-simpan-sspn/
    9. Kennedy, B. P. (2013). The theory of planned behavior and financial literacy: A Predictive Model for Credit Card Debt? [Theses dissertations and Capstones]. Paper 480.
    10. Muhamad, A. 2015. Self-esteem & academic performance among university students. Journal of Education and Practice, 6(1), https://files.eric.ed.gov/fulltext/EJ1083788.pdf
    11. Nnamdi, O and Norhasni, Z. A. (2017). Theory of planned behaviour and readiness for changes: Implication for organisations. Mimbar Pendidikan: Jurnal Indonesia untuk Kajian Pendidikan, 2(1), 1-18.
    12. Orr, A. J. 2003. Black–White differences in achievement: The importance of wealth. Sociology of Education, 76, 281-304. http://dx.doi.org/10.2307/1519867
    13. Paiva, L. E. B., Sousa E. S., Lima, T. C. B. and Silva, D. D. (2020). Planned behavior and religious beliefs as antecedents to entrepreneurial intention: A study with university students. Human and Social Management, 21(2) 2020. https://doi.org/10.1590/1678-6971/eRAMG200022
    14. Sideridis, G. D., Kaissidis, A., & Padeliadu, S. (1998). Comparison of the theories of reasoned action and planned behaviour. British Journal of Psychology, 68(4), 563-580. https://doi.org/10.1111/j.2044-8279.1998.tb01312.x