Kesedaran terhadap isu pengawasan sewaktu mengguna aplikasi media sosial
List of Authors
  • Ali Salman , Mohd Azul Mohamad Salleh

Keyword
  • Kesedaran, isu pengawasan, aplikasi media, media sosial, literasi

Abstract
  • Teknologi Web 2.0 memberi impak yang signifikan dalam pembangunan teknologi komunikasi dan aplikasi Web yang lebih mesra pengguna. Revolusi perkakasan teknologi komunikasi juga merancakkan lagi pembangunan aplikasi jaringan sosial yang membolehkan pengguna berinteraksi dengan lebih mudah dan cepat. Pembangunan aplikasi media sosial seperti Facebook, Whatsapp, Instagram dan Twitter ini memberi kesan kepada pengguna dalam pelbagai aspek seperti pengawasan sosial. Tujuan kajian ini adalah untuk membincangkan kesedaran dan kefahaman pengguna terhadap pengawasan sosial melalui aplikasi media sosial. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu kaedah temubual mendalam dan kumpulan fokus. Hasil kajian mendapati pengguna mempunyai kesedaran terhadap kepentingan dan impak media sosial. Kajian juga mendapati, mereka juga menggunakan media sosial untuk mengawasi maklumat yang dikongsi oleh rakan bagi mendapat maklumat yang terkin dan sebagainya. Selain itu, pengguna juga sedar kepentingan literasi tentang keselamatan dan privasi apabila berkongsi maklumat peribadi mereka dalam media sosial. Oleh itu, kajian ini akan menilai dalam skop yang lebih besar melalui kaedah kuantitatif pada masa hadapan.

Reference
  • 1. Adam Mahamat Helou & Nor Zairah Ab. Rahim. 2014. The influence of social networking sites on student’s academic performance in Malaysia. International Journal of Electronic Commerce Studies. 5(2). 247-254.
    2. Afendi Hamat, Mohamed Amin Embi & Haslinda Abu Hassan. 2012. The use of social sites among malaysian university students. International Education Studies, 5(3), 56-62.
    3. Allmer, T. 2011. Critical surveillance studies in the information society. triple: Communication, Capitalism & Critique. Open Access Journal for a Global Sustainable Information Society. 9(2), 566-592.
    4. Andrews, L. 2011. I know who you are and I saw what you did: social networks and the death of privacy. New York: Free Press. Castells, M. 2000. The rise of the network society. USA: Blackwell Publishers Inc.
    5. Farrah Dina Yusop & Melati Sumari. 2013. The use of social media technologies among Malaysian youth. Procedia Social and Behavioral Sciences. 103. 1204-1209.
    6. Fuchs, C. 2012. The political economy of privacy on Facebook. Television & New Media.13(2), 139-159.
    7. Goldsmith, J. & Wu, T. Who controls the Internet?: illusions of a borderless world. New York: Oxford University Press.
    8. Marwick, A. E. 2012. The public domain: surveillance in everyday life. Surveillance & Society. 9(4), 378-393.
    9. Zurawski, N. 2005. I know where you live: aspects of watching, surveillance and social control in a conflict zone (Northern Ireland). Surveillance and Society. 2 (4). 498-512.