Pengurusan Menggunakan Teknik PIE Dalam Pendidikan Berasaskan Teknologi Selepas Pandemik Covid-19
List of Authors
Aida Hanim A. Hamid, Sheren George
Keyword
teknik PIE, pendidikan berasaskan teknologi, perancangan pendidikan
Abstract
Tujuan kertas konsep ini adalah untuk membincangkan pengurusan pendidikan menggunakan teknik PIE (Planning-Perancangan, Implementation-Pelaksanaan, Evaluation-Penilaian) dalam pendidikan berasaskan teknologi selepas pandemik Covid-19 oleh para pentadbir dan guru di sekolah. Teori yang digunakan adalah Teori Kecerdasan Emosi Bar-On (2000) dan Model Pengurusan Berdasarkan Objektif (MBO). Kajian lepas mendapati penggunaan PIE dalam merancang pendidikan semasa era pandemik Covid-19 telah meningkatkan kualiti pengajaran guru. Kajian lepas juga mendapati perubahan pendidikan lebih ke arah pendidikan berasaskan teknologi terutamanya semasa dan selepas pandemik Covid-19. Kertas konsep ini memberi implikasi kepada perancangan pendidikan di Malysia dari segi dasar, latihan dan amalan pentadbir serta guru di sekolah. Penyesuaian kurikulum perlu dirancang sebaiknya agar murid tidak ketinggalan atau berasa tersisih dalam Dasar Pendidikan Digital seperti yang diwar-warkan pada masa ini. Latihan yang boleh dijalankan pula ialah latihan penggunaan dan pengaplikasian teknologi dalam pendidikan agar guru-guru dapat memahami keperluan dan gaya pembelajaran murid pada zaman ini. Selain itu, pentadbir seharusnya memberikan sokongan penuh kepada usaha perancangan pendidikan berasaskan teknologi di sekolah disamping membimbing dan memeberi motivasi kepada guru-guru dalam organisasi masing-masing. Guru pula perlu menggunakan pendekatan berpusatkan murid supaya keperluan belajar murid dapat dipenuhi dengan memberi bimbingan kepada murid menggunakan teknologi dengan sebaiknya dalam meneroka ilmu pendidikan. Guru perlu meningkatkan amalan mendekati murid supaya aktiviti mereka sentiasa terkawal disamping guru dapat memahami keperluan murid. Kesimpulannya, pendidikan berasaskan teknologi ini perlu dirancang dengan sebaiknya kerana perlaksanaanya sangat tidak mudah. Sistem pendidikan di negara kita juga kini telah berubah dan menuju ke alam pendidikan digital seiring dengan perubahan dunia. Oleh itu, teknik PIE ini dikemukakan untuk pengurusan yang lebih terancang dalam kalangan pendidik.