Kaedah main peranan dalam pembelajaran kemahiran bertutur subjek bahasa
List of Authors
  • Abg. Ashmirul Abg. Abu Nawas , Khairul Azhar Jamaluddin

Keyword
  • main peranan, kemahiran bertutur, pembelajaran bahasa

Abstract
  • Kemahiran bertutur merupakan satu kemahiran yang penting untuk dikuasai pelajar-pelajar yang mempelajari bidang bahasa atau bidang-bidang yang lain. Oleh itu, satu pendekatan yang interaktif dan komunikatif perlulah diaplikasikan di dalam kelas pembelajaran bahasa. Antara kaedah yang melengkapi ciri-ciri ini adalah main peranan di mana pelajar diberi satu watak untuk dilakonkan berdasarkan kepada situasi yang telah ditetapkan. Sehubungan itu, fokus utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti keberkesanan kaedah main peranan terhadap pembelajaran kemahiran bertutur pelajar dalam subjek bahasa. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti kesan kaedah main peranan terhadap motivasi pelajar dalam pembelajaran kemahiran bertutur subjek bahasa. Hasil kajian mendapati kaedah main peranan dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam kemahiran bertutur bagi subjek bahasa. Selain itu, kajian juga mendapati kaedah main peranan meningkatkan motivasi pelajar dalam mempelajari kemahiran bertutur dalam subjek bahasa. Hasil kajian ini boleh dijadikan panduan buat tenaga-tenaga pengajar dalam meningkatkan keberkesanan proses pengajaran kemahiran bertutur dalam subjek bahasa.

Reference
  • 1. Akmal. (2018). The Effect of Role-Play Method in English Speaking Skill. Journal of Science and Social Research 1(1), 48-52

    2. Ana, T., Mulyadi, & Novia, D. (2020). English Teacher's Perception Towards The Use of Role-Play in Teaching Speaking. English Empower 5(2), 62-65.

    3. Azian, N. A., Siti, A. M., & Zaharah, O. (2021). Perkembangan Sosioemosi Kanak-Kanak Melalui Aktiviti Main Peranan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Peringkat PraSekolah. Jurnal Pendidikan Awal kanak-kanak Kebangsaan 10(2), 47-60.

    4. Bukhari, H., & Kechik, N. (2022). Pengaruh Bahasa Ibunda Terhadap Kemahiran Bertutur Dalam Kalangan Murid India di Sebuah Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 63-71.

    5. Castro, L., & Villafuerte, J. 2019. Strengthening English Language Teaching in Rural School through Role-Playing: Teacher's Motivations. International Journal of Educational Methodology 5(2), 289-303.

    6. Dewa, A. S., I, W. A., & Retnyi, A. (2019). Penerapan Teknik Role Play dalam Meningkatkan Kompetensi Berbicara Bahasa Inggeris Siswa Kelas Sebelas Terhadap Keanekaragaman Personality Types di SMK Pariwisata Triatma Jaya Bandung. Litera Jurnal Bahasa dan Sastra 5(2), 46-57.

    7. Firuz Akhtar, M. B., Kaseh, A. B., & Masyitoh, Y. 2018. Kecekapan Bertutur Bahasa Arab dan Pendekatan Pengajaran Berpusatkan Peserta Beserta Elemen Coaching dan Mentoring. ASEAN Journal of Teaching and Learning in Higher Educaton 10(2), 28-44.

    8. Gustyawan, T. (2019). Bermain Peran (Role-Play) dalam Pemelajaran Keterampilan Berbicara Bagi Pelajar Bipa Tingkat Pemula. Art and Design Journal 2(2), 65-68.

    9. Isnaini, N. (2018). The Use of Role Play Technique to Improve Students' Speaking Ability at Grade X of Seniour High School. Journal of English Language and Language Teaching 2(1), 89-94.

    10. Juvrianto, C. 2018. Improving Students' Speaking Ability through Role-Play Method. Indonesian Journal of English Teaching 7(1), 331-340.

    11. Lutfi, A., Rukmimi, D., & Sutopo, D. 2018. The Effectiveness of Simulation and Role-Play in Teaching Speaking for Students with Different Levels of Motivation. English Education Journal 8(4), 489-498. http://journal.unnes.ac.id/sju/index.php/eej/article/view/24828

    12. Mohd, T. T., Nik, M. N., Nooranida, A., Normila, N., Raja, H. R., & Rahimah, E. (2019). Role Playing Techniques in Teaching Arabic Communication: A Case Study at University Sultan Zainal Abidin in Malaysia. International Journal of Academic Research in Business and Social Issues 7(10), 309-318.

    13. Muhammad, S. (2017). The Implementation of Role-Play in Teaching Speaking: An Experimental Study to The Second Years Students of Ma Putra Al-Islahuddiny Kediri Lombok Barat In Academic Year 2017/2018. Journal Realita, 406-417.

    14. Muhammad, S. 2018. The Implementation of Role-Play in Teaching Speaking: An Experimental Study to the Second Years Students of MA Putra Al-Islahuddiny Kediri Lombok Barat in Academic Year 22017/2018. Jurnal Realita 2(2), 406-417.

    15. Muhammad, S. (2021). Teaching Speaking Skills through Role Play at Elementary Level: An Analysis. Jurnal Arbitrer 8(1), 93-100.

    16. Nik Murshidah, N. D., Nurmila, N., Rahimah, E., & Zaiton, M. 2017. Role-Playing Technique in Teaching Arabic Communication: A Case Study at University Zainal Abidin in Malaysia. Journal of Academic Research in Business and Social Sciences 7(10), 309-318.

    17. Norasiah Nurul Fatwa, M. R., & Rosnani, I. 2017. The Use of Simulation and Role-Play in Enhancing Speaking Skills in Learning English Language. Journal of Education and Social Sciences 6(2), 72-78.

    18. Nur Anis Hidayah, M. N., & Abdul Malim, M. (2020). Role-Play in Teaching English as a Secon Language in Early Childhood Education. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan Special Issue(9),, 143-151.

    19. Nur Diyanah, H., & Syaza Hazwani, Z. 2020. Penerapan Kemahiran Sosial Terhadap Kanak-kanak Melalui Kemahiran Main Peranan. Journal Pendidikan Anak Usia Dini 2, 25-40.

    20. Nurul Ajlea, A. R., & Nooreiny, M. (2018). The Effect of Role Play and Simulation Approach on Enhancing ESP Oral Communication Skills. International Journal of Research in English Education 3(3), 64-71.

    21. Simanjuntak, D., & Sinambela, K. 2017. The Use of Oral Drills and Role-Play Method in Improving Students' Interactive Speaking Achievement. Journal of English Language, Pedagogy, Literature and Culture 2(1), 24-45.