Hubungan Somatotaip dan kadar kardiovaskular atlet olahraga
List of Authors
  • Norlena Binti Salamudin , Sarina Johnical Anthony @ Yna Sarina Abdullah

Keyword
  • somatotaip, kadar kardiovaskular, atlet

Abstract
  • Topik kajian adalah untuk mengenal pasti hubungan antara somatotaip dan tahap kadar kardiovaskular atlet olahraga. Somatotaip ialah sistem klasifikasi yang dibangunkan pada tahun 1940-an oleh William Herbert Sheldon untuk menggambarkan binaan struktur badan seseorang individu. Ia membahagikan individu kepada tiga kategori berdasarkan perkadaran relatif lemak, otot dan tulang dalam badan: endomorf, mesomorf dan ektomorf. Objektif kajian adalah (i) untuk menentukan sama ada terdapat sebarang perbezaan skor somatotaip antara umur, jantina dan etnik atlet, (ii) tahap kadar kardiovaskular berdasarkan somatotaip yang berbeza, (iii) hubungan antara somatotaip dan tahap kadar kardiovaskular atlet olahraga. Dari itu, untuk menentukan kadar kardiovaskular atlet, Ujian Bleep dilaksanakan. Seramai 100 orang responden yang sesuai dengan populasi sasaran telah menyertai penyelidikan secara sukarela. Semua data maklumat dikumpul dan dianalisis menggunakan SPSS versi 26. Daripada keputusan, ia menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi skor somatotaip antara umur, jantina dan etnik atlet. Selain itu, tidak terdapat perbezaan dan hubungan yang signifikan antara somatotaip atlet dengan tahap kadar kardiovaskular mereka.

Reference
  • 1. Alexander, M. (2003). Applying three-dimensional body scanning technologies to body shape analysis. Auburn University.

    2. Carter, J. L., Carter, J. L., & Heath, B. H. (1990). Somatotyping: development and applications (Vol. 5). Cambridge university press.

    3. Choi, W. S., Moon, O. K., Choi, J. H., Kim, B. K., Wang, J. S., Kim, H. R., ... & Kim, S. H. (2013). A Study on the Transition and Classification of Somatotyping. Journal of International Academy of Physical Therapy Research, 4(1), 539-544.

    4. Cooksey, R. W. (2020). Descriptive statistics for summarizing data. In Illustrating statistical procedures: Finding meaning in quantitative data (pp. 61-139). Springer, Singapore.

    5. Jowett, S. (2008). Moderator and mediator effects of the association between the quality of the coach-athlete relationship and athletes’ physical self-concept. International Journal of Coaching Science, 2(1), 1-20.

    6. Keogh, J. W., Hume, P. A., Pearson, S. N., & Mellow, P. (2007). Anthropometric dimensions of male powerlifters of varying body mass. Journal of Sports Sciences, 25(12), 13651376.

    7. Konjengbam, H., Leona Devi, Y., & Meitei, S. Y. (2021). Correlation of body composition parameters and anthropometric somatotypes with Prakriti body types among the Meitei adults of Manipur, India. Annals of Human Biology, 48(2), 160-165.

    8. Lynch, C. S., Chang, J. C., Ford, A. F., & Ibrahim, S. A. (2007). Obese African-American women’s perspectives on weight loss and bariatric surgery. Journal of general internal medicine, 22(7), 908-914.

    9. Penichet-Tomas, A., Pueo, B., Selles-Perez, S., & Jimenez-Olmedo, J. M. (2021). Analysis of Anthropometric and Body Composition Profile in Male and Female Traditional Rowers. International Journal of Environmental Research and Public Health, 18(15), 7826.

    10. Qasim, A., Turcotte, M., De Souza, R. J., Samaan, M. C., Champredon, D., Dushoff, J., ... & Meyre, D. (2018). On the origin of obesity: identifying the biological, environmental and cultural drivers of genetic risk among human populations. Obesity Reviews, 19(2), 121-149.

    11. Sangha, O., Stucki, G., Liang, M. H., Fossel, A. H., & Katz, J. N. (2003). The Self‐Administered Comorbidity Questionnaire: a new method to assess comorbidity for clinical and health services research. Arthritis Care & Research: Official Journal of the American College of Rheumatology, 49(2), 156-163.

    12. Saranga, S. P. J., Prista, A., Nhantumbo, L., Beunen, G., Rocha, J., Williams‐Blangero, S., & Maia, J. A. (2008). Heritabilities of somatotype components in a population from rural Mozambique. American Journal of Human Biology: The Official Journal of the Human Biology Association, 20(6), 642-646.

    13. Watters, J. K., & Biernacki, P. (1989). Targeted sampling: Options for the study of hidden populations. Social problems, 36(4), 416-430.