Pengintegrasian STEM dalam matematik adalah satu agenda penting berikutan transformasi sistem pendidikan dan melahirkan para pelajar yang menghadapi cabaran abad ke-21. Justeru, para guru perlu memainkan peranan dalam merancang serta mengintegrasikan STEM dalam proses pengajaran harian mereka secara kreatif. Kertas ini akan membincangkan literatur berkaitan isu pengintegrasian STEM dalam pengajaran matematik, aktiviti pengajaran yang bersesuaian dengan pembelajaran matematik dalam pengintegrasian STEM, dan cabaran pengintegrasian STEM dalam pengajaran matematik di sekolah rendah.. Oleh itu, pengkaji mencadangkan bahawa penyelidikan lanjutan diperlukan untuk membuat satu kajian untuk membincangkan impikasi dan kepentingan pengintegrasian STEM dalam pengajaran matematik di sekolah rendah.